BAB 26

Romance Series 71296

Kring..

Setelah mendengar loceng Rindiani terus mengemas buku-bukunya yang ada di atas meja dimasukkan di dalam begnya. Selepas itu dia terus bergerak ke makmal sains 2 untuk berjumpa dengan suaminya.

“Assalammualaikum.” Rindiani memberi salam sambil membuka pintu makmal itu.

Rindiani masuk dan terus duduk di dalam bilik yang ada di dalam makmal itu. Samuel yang baru habis kelas terus berlari ke bilik guru untuk mengambil sebuah kotak yang ada didalam beg kerjanya dan dia terus keluar dari bilik guru itu dengan tergesa-gesa. Setelah sampai Samuel terus masuk ke dalam makmal itu dan terus mencari keberadaan isterinya.

“Indi.” Panggil Samuel yang berada dihadapan pintu bilik itu. Rindiani yang sedang menunguk terus mengangkat wajahnya.

“Sampai pun ingat lupa dah tadi.” Ujur Rindiani dan terus berdiri.

“Mesti la saya ingat mana boleh saya lupa dan ni saya ada hadiah untuk awak. Saya harap awak suka dengan hadiah yang saya pilih ni.” Ucap Samuel sambil menghulurkan sebuah kotak kepada Rindiani.

“Sorry saya tak boleh terima hadiah dari awak dan saya nak jumpa dengan awak ni sebab saya nak bagitahu awak yang saya nak kita jalani kehidupan kita seperti sebelum kita kahwin. Saya takkan halang awak nak buat apa pun, awak nak keluar dengan siapa pun saya tak kisah saya harap awak pun akan lakukan perkara yang sama pada saya. Mulai saat ini saya nak kita jalani kehidupan kita masing-masing ye.” Kata Rindiani sambil memandang wajah Samuel dengan mata yang berkaca-kaca.

“No awak isteri saya nanti apa pula mama, papa, ibu dan baba akan cakap walaupun saya tak mencintai awak tapi awak masih tanggungjawab saya.” Balas Samuel juga dengan mata yang berkaca-kaca.

“Kalau tentang tu awak tak perlu risau saya tak akan lama ada di dekat dengan awak lepas ni awak saya akan duduk jauh dari awak.” Ujur Rindiani sambil menundukkan wajahnya.

“Awak nak pergi mana saya ni suami awak tau. Awak tak boleh pergi tanpa izin saya.” Tanya Samuel sambil mengawal air matanya.

“Saya akan pergi sambung belajar di luar negara saya harap awak izinkan saya pergi sebab ini untuk masa depan saya.” Balas Rindiani sambil melihat wajah Samuel.

“Kalau itu keputusan awak saya izinkan tapi saya akan datang berjumpa dengan awak di sana ye.” Kata Samuel sambil memegang tangan Rindiani.

“Tak perlu la awak datang jumpa dengan saya lagipun saya tak nak menyusahkan awak. Awak mesti sibuk dengan office, sekolah dan Rania kan jadi awak tak perlu susahkan diri awak untuk saya.” Jawab Rindiani sambil menepuk tangan Samuel yang ada di atas tangannya.

“Walaupun saya sibuk dengan dengan semua pekerjaan saya disini awak juga tanggungjawab saya yang perlu saya jaga dan melindungi awak.” Kata Samuel sambil mengusap pipi Rindiani.

“Ye memang saya ni tanggungjawab awak tapi ada angah yang boleh melindungi saya. Awak urus saja semua yang ada di sini saya biar angah yang jaga dan kalau awak nak kahwin dengan Rania pun boleh tapi awak tolong uruskan peceraian kita dulu ye. Okey la saya masuk kelas dulu ye waktu rehat pun dah nak habis ni saya pergi dulu ye Assalammualaikum.” Ucap Rindiani lalu menyalami tangan Samuel.

“Saya tetap akan pergi jumpa awak bila ada masa yang terluang dan saya tak boleh biarkan tanggungjawab saya di pikul oleh orang lain walaupun keluarga awak sekalipun. Saya akan tetap menjalankan tanggungjawab saya pada awak.” Jawab Samuel sambil memegang dagu Rindiani.

“Saya cuma tak nak menyusahkan awak cukuplah saya sudah rampas awak dari Rania dan saya tak nak terus menerus menyusahkan awak.” Ujur Rindiani sambil memegang tangan Samuel yang ada dipipinya.

“Awak langsung tak menyusahkan saya honey awak isteri saya dan saya langsung tak merasa yang awak menyusahkan saya pun honey.” Ucap Samuel dan terus mengucup bibir Rindiani.
“Apa awak ni, awak dah lupa ke dengan peraturan awak sendiri sudahlah saya pergi dulu Assalammualaikum.” Kata Rindiani selepas Samuel melepaskan pautan bibir mereka.

“Okey nanti lepas waktu sekolah kita balik sekali ye.” Balas Samuel sambil memegang tangan Rindiani.

“Tapi tadikan saya sudah bagitahu supaya kita jalani kehidupan kita masing-masing awak tak faham ke.” Soal Rindiani kepada Samuel.

“No saya takkan ikut apa pun yang awak cakap tadi mulai saat ini awak kena ikut cakap saya sebab saya ni suami awak muktamat awak dengar tak apa yang saya cakap ni.” Jawab Samuel dengan nada tegas.

“Saya dengar tapi saya cuma taknak menyusahkan awak. Saya tahu yang awak tak mencintai saya sebab itu saya nak awak jalani kehidupan awak seperti sebelum kita berkahwin.” Kata Rindiani kepada Samuel.

“Balik nanti saya tunggu awak di kereta tapi kalau awak tak datang awak akan terima hukuman dari saya faham.” Ujur Samuel selepas mengucup bibir Rindiani dan dia terus keluar dari makmal itu meninggalkan Rindiani sendirian.

Setelah Samuel keluar dari makmal itu Rindiani juga turut keluar dari makmal itu. Dia masih memikirkan apa yang patut dia buat sekarang kalau dia tak ikut apa yang dikatakan oleh Samuel dia akan mendapat hukuman. Jadi dia terpaksa ikut apa yang dikatakan oleh Samuel tadi.

“Wey Indi kau pergi jumpa along buat apa story la kat aku.” Tanya Samaira sambil berdiri disisi Rindiani.

“Ish.. Kau ni hal rumah tangga orang pun nak tahu ke tak malu.” Kata Amy kepada Samaira.

“Tak ada apa yang menarik pun cuma dia ajak aku balik sekali dengan dia saja. Wey korang ada beli makanan lebih tak aku lapar la pula.” Soal Rindiani sambil memegang perutnya.

“Sorry la Indi kitorang ingat kau dah makan jadi kitorang tak beli la apa-apa pun untuk kau.” Balas Kaysha yang duduk disisi Rindiani.
“Tak apalah nanti la..” kata-kata Rindiani terhenti apabila ada yang mengetuk pintu kelas itu. Semua yang ada disitu menoleh kearah pintu kelas itu.

Samuel yang berdiri dihadapan pintu terus masuk dengan membawa sebuah plastic berwarna merah di tangannya. Dia berjalan menghampiri meja Rindiani lalu meletakkan bungkus plastic itu di atas meja Rindiani. Rindiani terus melihat kearah wajah Samuel dengan berkerut dahi.

“Ini makanan untuk awak. Awak makan cepat nanti habis masa rehat pula. Saya pergi dulu bye honey.” Ucap Samuel dan terus berlalu keluar dari dalam kelas itu tanpa menoleh ke belakang.

Semua yang mendengar terus melopong termasuk Rindiani kerana ini bukan kali pertama dia berfikir dia salah dengar rupanya tidak. Semua yang ada disitu melihat kearah Rindiani yang sadang termenung.

“Woi Indi kau menungkan apa.” Tanya Kaysha sambil menepuk bahu Rindiani.

“korang dengar tak apa yang Sir Samuel katakan tadi aku kurang dengar la.” Soal Rindiani yang menginginkan kepastian.

“Ah tadi along kata dia belikan makanan untuk kau. Dia suruh kau makan cepat dan dia panggil kau honey.” Jawab Samaira dengan berkerut dahinya.

‘Jadi aku tak salah dengar la. Dia berlakon saja panggil aku dengan panggilan mesra itu di depan semua orang. Kau jangan perasan la Indi dia just berlakon saja.’ Gumum Rindiani dalam hati.

“Apa yang kau buat sampai Sir panggil kau Honey.” Tanya Alisya yang berdiri di hadapan pintu. Rindiani dan kawan-kawannya terus menoleh kearah suara itu.

“Kenapa semua yang diam jawab la.” Soal Alisya dengan nada yang kuat.

“Em.. apa yang nak hairan sangat kami dua pupu dan dari dulu memang abang aku panggil Indi ni honey so kau jangan nak meroyan lebih-lebih ye.” Bohong Samaira sambil melihat Alisya.

“Aku tak percaya la apa yang kau cakap sebab aku dah dengar semua yang korang cakapkan sebelum Sir masuk tadi. Sekarang aku nak kau bagitahu aku apa hubungan kau dengan Sir Samuel.” Ujur Alisya sambil mendekati Rindiani.

“kalau kau tak percaya sudah sekarang Indi baik kau makan sebelum Cikgu Haziq masuk kang tak pasal kelaparan pula dua pupu aku ni.” Ucap Samaira sambil mengusap bahu Rindiani. Semua yang ada disitu hanya menahan ketawa melihat gelagat Samaira itu kecuali Alisya.

Tanpa berlengah Rindiani terus membuka bekas makanan dan mula menikmati makanan itu. Cikgu Haziq masuk dan terus duduk di tempatnya dan menunggu sehingga Rindiani habis makan. Selepas Rindiani habis makan Cikgu Haziq terus mula mengajar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience