BAB 10
Sebelum menghantar Kaysha pulang Ruzaini membawa Kaysha ke Pavilion mereka pergi menonton wayang. Selepas menonton wayang mereka pergi ke sebuah food court sambil minum mereka berbual tentang Rindiani dan Samuel.
“Honey, Biy nak tanya tadi honey bual apa dengan asyu masa di lift.” Tanya Ruzaini sambil mengacau airnya.
“Oh tadi honey tanya kenapa Indi block semua media social yang berkaitan dengan Sir Samuel dan dia kata dia cuba untuk move on dan honey sebagai kawan akan sokong apa pun keputusan dia.” Balas Kaysha sambil melihat wajah Ruzaini.
“Biy harap asyu boleh move on sebab sudah 5 tahun dia mencintai Mue.” Kata Ruzaini.
“Honey pun harap macam tu biy sekarang kita doakan yang baik-baik saja untuk Indi okey.” Ujur Kaysha sambil minum airnya sehingga habis.
“Okey. Eh dah la jom kita balik nanti ibu, ayah marah pula.” Jawab Ruzaini sambil berdiri.
“Okey jom.” Ucap Kaysha ringkas.
Mereka keluar dari Pavilion dan terus menuju ke tempat parking kereta. Ruzaini memandu ke rumah Kaysha setelah sampai mereka masuk ke dalam rumah itu. Ibubapa Kaysha menyambut kedatangan Ruzaini dengan gembira kerana Ruzaini merupakan salah seorang kawan anak mereka iaitu abang kepada Kaysha.
“Assalammualaikum auntie, uncle sihat.” Tanya Ruzaini sambil bersalam dengan Dato Khalid.
“Wa’alaikummussalam kami sihat saja kamu dari mana ni.” Soal Dato Khalid kepada Ruzaini.
“Oh tadi lepas Kay habis study group saya bawa dia pergi tengok wayang sorry sebab tak minta izin dengan uncle dulu kami memang pergi tengok wayang saja tak ada pergi tempat lain.” Jawab Ruzaini.
“Uncle tak kisah asalkan kamu pandai menjaga batas.” Ujur Dato Khalid sambil meletakkan Ipadnya diatas meja.
“Baik uncle.” Ucap Ruzaini.
“Eh okey la uncle saya balik dulu dah lewat dah ni nanti kalau saya free saya datang lagi.” Sambung Ruzaini sambil melihat jam di tangannya.
“Nak balik dah ha ye la elok-elok drive tu.” Pesan Dato Khalid.
“Baik uncle.” Jawab Ruzaini dengan senyuman.
Setelah Ruzaini balik Kaysha turun ke ruang tamu untuk berbual-bual dengan ibubapanya. Dato Khalid dan Datin Sarah terus melihat ke arah Kaysha yang baru turun ke ruang tamu itu.
“Senyum saja anak ibu ni ada apa-apa ke.” Tanya Datin Sarah sambil menuang air kedalam cawan suaminya.
“Tak ada apa la ibu. Oh ya ibu, abang mana selalu kalau cuti macam ni dia ada dirumah.” Soal Kaysha Kembali.
“Abang kamu pergi outstation 3 hari sebab tu kamu tak nampak dia sebab dia keluar awal pagi tadi.” Balas Datin Sarah sambil duduk di sisi suaminya.
“La yeke ha okey la baru nak ajak dia pergi shopping.” Ujur Kaysha sambil main telefonnya.
“Shopping apa lagi bukan baru minggu lepas dah pergi shopping dengan abang ke.” Kata Dato Khalid.
“Memang la minggu lepas dah pergi tapi kali ni adik nak pergi beli hadiah untuk Ruz tak lama lagi birthday dia so adik nak beli la sesuatu yang paling special untuk dia.” Jawab Kaysha dengan semangat.
“Oh ye ke tak apa nanti kita pergi sekali ibu pun ada benda nak beli dari hari tu lagi ibu tengok benda tu tapi sampai sekarang ibu tak jadi nak beli benda tu.” Ujur Datin Sarah sambil menjeling kearah suaminya.
“Benda apa ibu adik jadi penasaran la ibu.” Tanya Kaysha dengan teruja.
“Ala handbeg Prada saja.” Jawab Datin Sarah dengan selamba.
“Wow ibu mesti cantikkan nanti boleh la adik pinjam.” Kata Kaysha.
“Boleh saja tapi adik kena janji dengan ibu yang adik akan jaga beg itu dengan baik ibu tak nak ada calar sikit pun faham.” Balas Datin Sarah dengan tegas.
“Baik ibu adik janji.” Ujur Kaysha dengan mengangkat tangan seperti bersumpah.
“Haih habis la duit aku.” Gumum Dato Khalid dengan perlahan tapi mampu didengari oleh Datin Sarah dan Kaysha.
Mendengar saja apa yang di katakan oleh Dato Khalid, Datin Sarah dan Kaysha terus ketawa. Dato Khalid hanya melihat saja gelagat Isteri dan anak kesayangannya itu ketawa.
“Assalammualaikum.” Ruzaini memberi salam sambil membuka pintu utama rumah.
“Wa’alaikummussalam, ha baru balik dah nak dekat maghrib dah ni pergi hantar Kay ke pergi melencong ke tempat lain.” Balas Rindiani dengan kuat.
“Biasa la sebelum hantar dia balik along bawa dia pergi tengok wayang dulu lepas tu baru hantar balik. Asyu tahu apa.” Kata Ruzaini sambil duduk di sofa ruang tamu.
“Ye la dah la asyu nak naik bilik dulu.” Ujur Rindiani sambil bangun berdiri.
“Jom la along pun nak naik juga dah melekit dah badan along ni.” Ucap Ruzaini sambil bangun berdiri dan terus memeluk bahu adiknya.
Mereka berjalan menuju ke dalam lift dan Ruzaini terus menekan butang no 3 dan pintu lift pun tertutup. Setelah sampai di tingkat atas mereka terus ke bilik masing-masing. Rindiani terus mengambil tualanya dan terus menuju ke bilik air dan membersihkan dirinya.
“Bosan la baik aku turun bawah boleh berbual-bual dengan Mak Moon.” Gumum Rindiani yang baru lepas menyikat rambutnya.
Rindiani terus bangun dan menuju ke tangga dan terus menuruni tangga yang banyak itu. Dia terus mendekati Mak Moon yang sedang menghidang makanan di atas meja dengan senyap.
“Bah..” sergah Rindiani dari belakang Mak Moon.
“Oh mak kau kuning.” Latah Mak Moon sambil menampar bahu Rindiani dengan kuat dan terus terjatuh diatas lantai.
“Aduh sakitnya.” Kata Rindiani sambil mengosok punggungnya yang sakit.
“Ya Allah Indi meh Mak Moon tolong ha tu la buat Mak Moon terkujut lagi kan dah boleh sakit.” Ujur Mak Moon sambil memegang bahu Rindiani.
“Mak Moon kalau latah mulut saja tak boleh ke ni sampai tangan pun naik. Habis sakit semua badan Indi ni.” Ucap Rindiani dengan muncung mulutnya.
“Kan Mak Moon memang macam tu kalau melatah salah Indi juga dah tau Mak Moon kalau melatah macam tu lagi duk kacau memang kena la.” Balas Mak Moon sambil meneruskan kerjanya yang tertangguh.
“Sorry Mak Moon, Indi bosan la.” Ujur Rindiani sambil duduk dikerusi itu.
“Aik bosan ni mesti bendera jepun kan sebab tu bosan.” Tanya Mak Moon. Rindiani yang memdengar terus menganggukkan kepalanya.
“Dah agak dah tak apa meh kita bual-bual nasib Mak Moon sudah solat kalau tidak tak tahu la.” Sambung Mak Moon dengan senyuman.
Mereka berdua berbual-bual dan bergelak tawa sehinggalah Datin Rose turun ke ruang makan. Datin Rose juga ikut berbual-bual dengan anaknya dan Mak Moon sementara menunggu Dato Radzi dan anak-anak lelakinya turun makan.
Share this novel