BAB 73

Romance Series 71296

Setelah 4 jam menunggu Samuel keluar dari bilik operation itu dengan senyuman yang manis. Semua yang melihat Samuel keluar dari bilik itu terus mendekatinya.

“Macam mana Mue keadaan asyu dengan baby,” Tanya Datin Rose kepada menantunya itu.

“Indi dengan baby selamat ibu. Semua sihat alhamdulillah sekarang kita cuma tunggu indi dipindahkan masuk wad saja lepas tu kita boleh masuk tengok dia.” Balas Samuel dengan senyuman.

“Alhamdulillah.” Ucap semua yang ada dihadapan Samuel itu dengan gembira.

Sedang mereka berbual-bual ada seorang nurse datang menghampiri mereka kerana terlalu gembira mereka tak menyedari jika nurse itu memanggil. Rizman yang perasan terus menepuk bahu Samuel dan terus menunjuk kearah nurse itu kepada Samuel.

“Maaf nurse tak perasan.” Ujur Samuel kepada nurse itu.

“Tak mengapa saya cuma nak bagitahu Puan Rindiani dan baby sudah ada di wad VVIP 004.” Balas nurse yang bernama Raysya itu.

“Oh okey thanks nurse maaf sekali lagi ye.” Ucap Samuel sambil menundukkan kepalanya dihadapan nurse itu.

“Tak mengapa saya faham saya minta diri dulu assalammualaikum.” Jawab Nurse Raysya itu dengan senyuman.

“Wey alang tu bukan girl..” Kata-kata Razlan terhenti apabila Rizman memekup muluknya.

“Diamlah kau.” Kata Rizman dengan tegas dan sedikit kuat. Semua yang mendengar terus terdiam.

“Erm.. eh jom pergi tengok asyu.” Dalih Ruzaini kepada semua yang ada disitu.

“Haah jom.” Balas Samuel dengan cepat.

Mereka terus berjalan kearah lift dan menaiki lift ke tingkat 3. Setelah lift terbuka mereka terus mencari wad yang ditempati oleh Rindiani. Setelah menjumpai mereka masuk kedalam dan terus mendekati Rindiani yang sedang baring itu.

“Asyu okey nak apa-apa tak ibu ambilkan.” Soal Datin Rose kepada anaknya itu.

“Tak nak ibu tadi kak sya dah tolong asyu tadi.” Balas Rindiani dengan senyuman.

“Kak sya?? Natasha masuk dulu kesini ke tadi.” Ujur Datin Rose sambil mencari keberadaan Natasha.

“Bukan Natasha la ibu Kak Sya yang asyu maksudkan nurse Raysya girlfriend alang.” Ucap Rindiani kepada ibunya itu.

“What girlfriend alang.” Kata Semua yang ada didalam bilik itu dengan kuat.

“Bila alang bercinta.” Soal Dato Radzi dengan tak percaya.

“Haah bila kau ada girlfriend kenapa kitorang tak tahu dan macam mana asyu boleh tahu ni.” Tanya Ruzaini pula kepada adiknya itu.

“Jawab soalan kami Rizman jangan diam saja.” Ucap Rosyam dengan tegas.

“Okey fine alang jawab sebenarnya alang dengan Raysya dah 6 tahun kami bercinta sejak kitorang di universiti lagi alang ingat hujung tahun ini nak suruh ibu dengan baba masuk minang dia tapi disebabkan mulut adik-adik alang yang tak ada insyuran ni semua sudah tahu tentang hubungan kami.” Jelas Rizman kepada semua yang ada didalam bilik itu. Setelah itu Rizman terus duduk disofa yang ada didalam bilik itu.

“Wow tak sangka kau lagi lama bercinta dari abang-abang dan adik-adik kau dasyat.” Kata Ruzaini sambil menepuk tangannya.

“Habis macam mana acik dengan asyu boleh tahu yang tu girlfriend kau.” Soal Rosyam kepada adiknya itu.

“Acik tahu masa dia terserempak dengan aku dikedai makan Kampung Baru dan asyu tahu masa kita hantar dia ke airport masa mula-mula dia nak ke Australia tu pun kebetulan Raysya baru lepas hantar adik dia sambung study juga.” Jawab Rizman sambil berpeluk tubuh.

“Oh macam tu.” Kata Rosyam dan Ruzaini serentak.

Mereka berbual-bual dengan gembira Samuel duduk disisi Rindianisambil memeluk bahu isterinya itu. 30 minit kemudian pintu diketuk dari luar dengan kuat Samuel ang mendengar ketukan itu terus bangun dan membuka pintu itu.

“Maaf encik ini baby Puan Rindiani sudah dibersihkan dan boleh disusui ye saya minta diri dulu.” Ujur Nurse itu dengan senyuman.

“Baik Nurse terima kasih ye nurse tapi saya nak minta tolong nurse jaga baby saya yang satu ni saya ingat saya nak beri surprice kepada family saya boleh nurse.” Ucap Samuel dengan bisik-bisik kepada nurse itu.

“Oh kalau macam tu boleh encik.” Jawab Nurse itu dengan senyuman.

Samuel menolak crandle baby itu masuk dengan perlahan-lahan. Samuel menjengukkan kepalanya sedikit untuk melihat semua yang ada didalam bilik itu.

“Baik diminta para ahli keluarga Ahmad Samuel dan Nur Rindiani berdiri dan jangan bergerak sama sekali ye.” Ujur Samuel sambil menampakkan kepala saja dari sebalik dinding.

“Baik tanpa membuang-buang masa lagi saya ingin perkenalkan cucu pertamu bagi keluarga kita inilah dia.” Sambung Samuel sambil menolak crandle baby kearah keluarganya.

“Ya Allah comelnya lelaki ke perempuan along.” Tanya Puan Sri Giselle kepada anaknya itu.

“Lelaki mama.” Balas Samuel dengan senyuman.

“Wah kitorang ada geng la kan angah, alang, acik kan.” Kata Ruzaini dengan senyuman yang manis.

“Haah la along boleh la ajak pergi menembak nanti.” Sokong Razlan denga nada yang dikatakan oleh Ruzaini.

“Aip bukan kita saja ada geng tau ibu, mama, opah dengan tok umi pun ada geng tau kejap ye.” Ucap Samuel dan terus berlari pergi.

Semua yang mendengar kata-kata Samuel terus tergamam dan tak mengerti apa yang dikatakan oleh Samuel tadi. Samuel masuk dengan sebuah crandle baby lagi semua yang ada didalam bilik itu terus tergamam Rindiani dan Samuel hanya tersenyum melihat gelagat ahli keluarga mereka itu.

“Ini anak siapa pula Mue.” Tanya Dato Radzi kepada menantunya itu.

“Anak Mue dengan Indi la baba takkan anak orang lain pula.” Balas Samuel kepada bapa mertuanya dengan senyuman yang sangat manis.

“Kalau ini anak kamu berdua jadi Indi bersalin kembarlah ye.” Kata Puan Hidayah yang sedang berdiri disis crandle baby yang pertamu itu.

“Ye Asyu lahirkan baby kembar kitorang saja tak nak bagitahu nak buat surprice untuk semua so macam mana surprice dari kitorang ni.” Ujur Rindiani dengan senyuman kepada semua yang ada didalam bilik itu.

“Tahniah Mue, asyu.” Ucap Ruzaini, Rosyam, Rizman dan Razlan serentak.

“Congrats anak-anak mama Ya Allah happynya mama.” Kata Puan Sri Giselle dengan senyuman yang sangat manis. Rindiani dan Samuel hanya membalas dengan senyuman dan anggukan saja.

“Tahniah cucu-cucu tok umi sebab sudah bagi tok umi 2 orang cicit sekali gus.” Tok umi gembira sangat.” Ujur Puan Hidayan pula.

“Tahun depan lagi ramai la cicit tok umi kan bro.” Ucap Samuel sambil melihat kearah abang-abang iparnya itu.

“Insyaallah.” Jawab Ruzaini, Rosyam dan Rizman serentak dan setelah itu mereka terus keluar dari bilik itu.

Setelah mereka bertiga keluar riuh bilik rawat Rindiani dengan gelak tawa ahli keluarga mereka. Salah seorang anak Rindiani menangis kerana terkejut mendengar ketawa kuat didalam bilik itu manakala yang seorang lagi masih tidur dengan nyenyaknya. Samuel langsung mengendong anaknya lalu menyerahkan kepada isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience