BAB 71

Romance Series 71296

BAB 72

Rindiani bangun bila mendengar suara azan subuh dari surau yang tak jauh dari rumah mertuanya itu. Dia bangun dan terus masuk ke bilik air untuk membersihkan diri. Setelah selesai Rindiani terus masuk ke dalam wardrop dan menyalin pakaian setelah itu Rindiani membangunkan suaminya yang sedang nyenyak tidur itu.

“Hubby bangun dah subuh dah ni nanti habis waktu pula.” Panggil Rindiani sambil mengoyang bahu Samuel dengan perlahan.

“Ha ye la hubby bangun la ni honey dah mandi belum.” Tanya Samuel sambil mengosok matanya.

“Dah honey dah mandi hubby pergi la mandi dulu lepas tu kita solat sama-sama. Honey tunggu hubby okey.” Balas Rindiani sambil duduk dibirai katil.

“Ha ye la hubby pergi mandi dulu ye.” Kata Samuel dan terus turun dari katil dan masuk kedalam bilik air.

Setelah suaminya masuk ke dalam bilik air Rindiani hendak bangun perlahan-lahan tiba-tiba pianggangnya rasa sakit tapi Rindiani hanya buat tak tahu saja. Setelah 10 minit membersihkan diri Samuel keluar dan terus masuk ke dalam wardrop dan menyalin pakaiannya. Setelah siap Samuel terus menghampiri isterinya yang sedang duduk diatas kerusi itu.

“Honey okay tak ni.” Tanya Samuel bila melihat wajah isterinya yang sedikit berkerut.

“Sakit pinggang saja hubby jangan risau la ye honey okey lagi ni kejap lagi hilang la ni.” Balas Rindiani sambil menahan rasa sakit.

“Nanti kalau sakit lagi kita terus ke hospital lah ye.” Ujur Samuel sambil mengusap belakang isterinya yang berlapik telekung itu.

“Tapi hari ni kan hari raya hubby jangan risau la kejap lagi okey la ni dah jom solat dulu.” Ucap Rindiani dengan senyuman. Samuel hanya menganggukan kepalanya saja.

Mereka mula menunaikan solat Jemaah. Setelah selesai Samuel menoleh menghadap Rindiani dan terus menghulurkan tangannya pada Rindiani. Rindiani menyambut huluran itu dan terus mencium belakang tangan suaminya itu.

“Honey dah okey ke sakit lagi tak.” Tanya Samuel kepada isterinya.

“Honey dah okey dah tak sakit dah.” Balas Rindiani dengan senyuman yang manis.

“Okey kalau macam tu jom bersiap semalam papa ada bagitahu pukul 8 semua kena berkumpul di ruang tamu.” Kata Samuel sambil mengusap tangan isterinya.

“Okey jom.” Jawab Rindiani sambil bangun dari kerusi itu dan dibantu oleh Samuel.

Mereka masuk kedalam wardrop dan terus menyalin pakaian. Setelah siap Rindiani memakai lipgloss dan sedikit bedak saja. Setelah siap mereka turun kebawah sambil memimpin tangan. Setelah lift terbuka Samuel memimpin tangan isterinya dan berlalu ke ruang tamu.

“Indi macam mana dah okey ke.” Tanya Puan Hidayah kepada cucunya itu.

“Indi dah okey Tok Umi insyaallah hari ni boleh sambut raya dengan semua.” Balas Rindiani kepada neneknya dengan senyuman yang manis.

“Alhamdulillah tapi nanti kalau sakit lagi kita terus ke hospital ye.” Kata Puan Sabrina pula.

“Baik Opah.” Jawab Rindiani dengan senyuman.

“Dah jom kita pergi duduk di ruang tamu dulu nanti sakit pula kaki tu.” Ucap Puan Hidayah dan terus memimpin tangan Rindiani ke arah ruang tamu.

Rindiani duduk diantara Puan Hidayah dan Puan Sabrina. Manakala Samuel pula duduk disisi Ruzaini. Setelah semua sudah berkumpul diruang tamu. Dato Radzi memberi isyarat kepada Tan Sri Shamsul dan dibalas dengan anggukan kepala dari Tan Sri Shamsul saja kerana memahami maksud dari sepupunya itu.

“Baik kalau semua sudah berkumpul disisi papa nak bagitahu raya tahun ini yang lelaki saja akan ke masjid manakala yang wanita duduk saja dirumah jaga Rindiani. Papa dengan baba takut jadi apa-apa pula kalau kita semua pergi masjid nanti Frank akan ada dirumah kalau Indi sakit keapa ke kamu suruh saja Frank yang hantarkan apa-apa bagitahu saja okey.” Ujur Tan Sri Shamsul kepada semua yang ada di situ.

Setelah mendengar ucapan dari Tan Sri Shamsul semua yang ada di ruang tamu itu hanya menganggukkan kepala saja. Samuel terus menoleh melihat isterinya itu Rindiani membalas dengan senyuman yang manis saja kepada suaminya.

“Baik kalau tak ada apa-apa lagi jom kita pergi masjid nanti lambat pula.” Sambung Tan Sri Shamsul kepada semua yang ada disitu.

Mereka keluar dan pergi ke masjid menaiki kereta vellfire milik Samuel. Setelah tiba di masjid mereka terus masuk dan mengambil tempat masing-masing. Sementara itu di rumah Tan Sri Shamsul, Rindiani duduk di ruang tamu di temani oleh Samaira.

“Indi kau okey tak ni.” Tanya Samaira kepada Rindiani yang sedang memegang perutnya.

“Aku okey cuma baby ni tendang kuat sangat.” Balas Rindiani sambil mengusap perutnya.

“Betul ni ke kau nak pergi hospital aku boleh panggilkan Frank untuk hantar kau.” Ujur Samaira kepada Rindiani.

“Tak payah la aku okey lagi boleh tahan aku bukan nak bersalin lagi.” jawab Rindiani kepada adik iparnya itu.

“Ha ye la nanti kalau sakit kau bagitahu aku cepat-cepat tau. Aku nak pergi ambil makanan kejap kau nak apa-apa tak aku tolong ambilkan.” Ucap Samaira sambil berdiri dihadapan Rindiani.

“Boleh juga kau tolong ambilkan aku lemang periuk kera dengan rendang Nasib sekali boleh.” Balas Rindiani kepada Samaira dengan senyuman manis.

“Boleh kejap kau tunggu kejap aku ambilkan okey.” Kata Samaira dan terus berlalu pergi.

“Thanks Maira.” Jerit Rindiani dengan sedikit kuat dan didengari oleh Samaira.

Samaira yang mendengar hanya membalas dengan isyarat ‘Ok’ saja. Setelah itu Samaira melangkah ke ruang makan untuk mengambil makanan untuknya dan Rindiani. Sementara Rindiani duduk di ruang tamu sambil membalas chat dari Samuel. Tiba-tiba pinggangnya merasa sakit Rindiani tak menghiraukannya dia malah berbaring disofa sambil membalas chat dari suaminya itu. Samaira datang dengan 2 pinggan di tangannya. Samaira meletakkan 1 pinggan dihadapan Rindiani dan 1 lagi disisi pinggan Rindiani.

“Makanan dah sampai selamat menjamu selera.” Kata Samaira dengan senyuman.

“Okey thanks Maira.” Balas Rindiani sambil meletakkan telefonnya disisi pinggannya.

“Welcome my sister in-law dah kau makan dulu aku nak ambil air kejap.” Ujur Samaira dan terus berlalu pergi ke ruang makan.

Setelah Samaira pergi Rindiani mula menjamu selera tiba-tiba pinggangnya terasa sakit lagi dia mula makan dengan perlahan-lahan. Samaira datang dengan 2 cawan air dan diletakkan diatas meja. Samaira melihat Rindiani yang makan dengan perlahan itu dengan berkerut dahinya.

“Indi kau okey tak ni apasal kau berpeluh ni.” Tanya Samaira kepada Rindiani.

“Sakit Maira sakit.” Balas Rindiani dengan gagap-gagap.

“Sakit kejap-kejap aku panggil ibu dengan mama kau baring dulu. Ibu, mama, Tok Umi, Opah cepat Indi sakit.” Panggil Samaira dengan meninggikan sikit oktaf suaranya untuk memanggil Puan Sri Giselle, Datin Rose, Puan Hidayah dan Puan Sabrina.

Selepas memanggil semua orang yang ada didalam rumah itu Samaira terus keluar untuk memanggil Frank yang ada di luar. Setelah memberitahu Frank untuk menyediakan kereta Samaira terus masuk kedalam rumah dan melihat Puan Sri Giselle dan Datin Rose sedang memimpin Rindiani berjalan kearah pintu utama.

“Mama dengan ibu bawa Indi masuk dalam kereta dulu Maira nak pergi ambil barang-barang Indi kejap.” Kata Samaira sambil ingin berlari kearah lift tapi di haling oleh Puan Sabrina.

“Tak payah barang-barang Indi semua ada didalam kereta along kamu sekarang kita pergi hospital dulu nanti dalam kereta kamu telefon abang kamu bagitahu keadaan Indi dah sekarang jom.” Balas Puan Sabrina dan terus menarik tangan cucunya itu.

Setelah semua sudah masuk ke dalam kereta Frank terus memandu ke hospital yang diberitahu oleh Samuel sebelum dia ke masjid tadi. Setelah 30 minit perjalanan kini mereka tiba di hospital Frank terus memanggil nurse yang bertugas. Nurse datang menghampiri kereta Rindiani dengan sebuah katil pesakit. Setelah itu mereka terus menolak Rindiani masuk ke dalam labour room.

“Adik dah coll along ke.” Tanya Puan Sri Giselle kepada Samaira.

“Dah mama sekarang along dan yang lain dalam perjalanan.” Balas Samaira sambil duduk di kerusi yang disediakan.

“Ha ye la.” Ujur Puan Sri Giselle dalam keadaan risau.

Mereka menunggu Samuel dan yang lain tiba di hospital dengan perasaan yang bercampur aduk. Rindiani juga masih di dalam labour room dan masih belum ada khabar dari doktor atau nurse yang merawatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience