Setelah mereka semua solat maghrib Cikgu Haziq menyuruh mereka berkumpul di tempat makan. Setelah semua para pelajar berkumpul mereka mula menikmati makan malam sambil berbual-bual.
“Baik sambil kamu makan saya ada 2 perkara yang nak disampaikan yang pertama adalah selepas solat isyak kita akan adakan campfire saya nak semua pelajar berkumpul di tepi pantai dan kedua esok pagi kita akan adakah jungle trakking selepas solat subuh kamu semua hendaklah berkumpul di tempat kita berkumpul siapa lambat akan di denda Faham.” Ujur Cikgu Haziq dengan tegas.
“Faham Cikgu.” Jawab semua para pelajar dan mereka Kembali menyambung makan semula.
Setelah selesai makan Rindiani dan kawan-kawannya terus ke bilik air untuk mengambil wuduk. Setelah mengambil wuduk mereka terus ke surau dan menunggu waktu solat isyak. Setelah masuk waktu solat isyak mereka menunaikan solat bersama-sama. Selepas menunaikan solat mereka kembali ke khemah untuk meletakkan barang-barang mereka dan setelah itu mereka terus ke tepi pantai.
“Wey Indi kau ni asyik dengan buku nota kau je. Sampai kami tanya pun kau tak dengar.” Kata Amy sambil melihat kearah Rindiani yang sedang menulis itu.
“Sorry la korang aku dapat idea banyak so aku tulis la nanti kalau aku tak ada idea aku stop la.” Balas Rindiani yang masih menulis.
“Ye la.” Jawab semua kawan-kawannya serentak.
“Semua sudah ada ke.” Tanya Cikgu Haziq dengan mengunakan Handheld megaphone itu.
“Sudah Cikgu.” Jawab semua pelajar yang ada di situ.
Setelah mendengar jawapan dari semua pelajarnya Cikgu Haziq terus menyalakan api dan dibantu oleh 2 orang pelajar lelaki. Samuel yang baru selesai solat datang dengan 2 buah gitar di tangannya. Alisya yang melihat kearah Samuel terus tersenyum lebar.
“Baik malam ni kita akan nyanyi ramai-ramai siapa yang nak nyanyi boleh bagitahu Sir Samuel dia akan mainkan gitar okey.” Kata Cikgu Haziq dengan senyuman.
“Okey Cikgu.” Balas semua pelajar.
Samuel duduk tak jauh dari Rindiani matanya melihat Rindiani yang sedang menulis dengan fokus itu. Cikgu Haziq yang sedang menyalakan api terus minta Sir Samuel menyanyikan sebuah lagu sebagai permulaan. Samuel mula memetik gitarnya dan diikuti oleh Ben semua bertepuk tangan bila melihat Samuel mula memetik gitar itu.
“Cinta takkan terbiaskan dengan waktu, aku tetap menanti kamu.” Nyanyi Samuel sambil memetik gitarnya dengan senyuman.
“Senyumku tak mampu sembunyikan lagi,
seriku yang telah terhapus saat kau pergi,
kau bawa bersama ceria hariku,
Kau tinggalkan senyum palsuku,
namun tak terubah, setiaku masih ada,
Cinta takkan terbiaskan dengan waktu,
Aku tetap menanti kamu,
Biarpun sejuta datang kepadaku,
Tetap kamu masih kamu.” Sambung Samuel dan berhenti seketika dan petikan gitar tetap dimainkan.
“Cinta takkan terbiaskan dengan waktu,
Aku tetap menanti kamu,
Biarpun sejuta datang kepadaku,
Tetap kamu masih kamu huo...
Cinta takkan terbias waktu.” Samubung Samuel lagi dan setelah Samuel habis menyanyi semua pelajar tepuk tangan dengan gemurah.
“Baik siapa lagi yang nak nyanyi bagitahu Sir Samuel cepat.” Ujur Cikgu Haziq yang duduk disisi Sir Samuel.
“Cikgu saya cadangkan biar Rindiani pula yang nyanyi Cikgu macam mana.” Balas Kaysha dengan senyuman.
“Wey asal aku pula.” Bisik Rindiani sambil menepuk lengan Kaysha.
“Okey boleh baik Indi kamu nak nyanyi lagi apa.” Tanya Cikgu Haziq kepada Rindiani.
“Tak apalah cikgu lain kali saja.” Balas Rindiani dengan senyuman.
“Saya nak awak nyanyi Rindiani dan saya tahu lagu apa yang awak kena nyanyi.” Ujur Samuel dan terus memetik gitarnya.
“What!! Tapi..” Kata-kata Rindiani dipotong oleh Samuel.
“Tak ada tapi-tapi Rindiani NOW.” Kata Samuel dengan tegas dan terus memetik gitarnya dan diikuti oleh Ben.
“Okey.” Jawab Rindiani.
“Aku masih ada di sini,
Masih dengan perasaanku yang dahulu,
Tak berubah dan tak pernah berbeda,
Aku masih yakin nanti milikmu,
Aku masih di tempat ini,
Masih dengan setia menunggu khabarmu,
Masih ingin mendengar suaramu,
Cinta membuatku kuat bergini,
Aku merindu ku yakin kau tahu,
Tanpa batas waktu, Ku terpaku,
Aku meminta walau tanpa kata,
Cinta berupaya,
Engkau jauh dimata tapi dekat di doa,
Aku merindukanmu,
Aku masih dunia ini melihatmu dari jauh bersama dia,
Walau pasti ku terbakar cemburu,
Tapi janganlah kau kemana-mana,
Aku merindu ku yakin kau tahu,
Tanpa batas waktu, Ku terpaku,
Aku meminta walau tanpa kata,
Cinta berupaya, oh..,
Aku merindukanmu
Aku merindukanmu…..” Rindiani bernyanyi dengan penuh perasaan dan matanya tak lepas melihat kearah Samuel yang sedang main gitar.
Semua yang mendengar nyanyian Rindiani terus bertepuk tangan. Alisya yang dari tadi melihat Rindiani hanya menahan rasa marah di hatinya. Samuel hanya senyum bila dengar nyanyian Rindiani itu hatinya berdebar-debar saat bertentangan mata dengan isterinya itu.
“Lagu ni kamu nyanyikan untuk siapa Rindiani.” Tanya Ustazah Hashitah kepada Rindiani.
“Untuk someone special di hati saya dan untuk semua yang ada disini Ustazah.” Balas Rindiani sambil melihat kearah Samuel dengan malu-malu.
“Wow someone special boleh saya tahu siapa.” Soal Cikgu Haziq sambil melihat Samuel dan Rindiani silih ganti.
“Cikgu ni dah tahu buat-buat tak tahu pula.” Jawab Natasha dengan senyuman.
“Hehe.. saja tanya.” Kata Cikgu Haziq dengan senyuman.
Setelah mendengar jawapan dari Cikgu Haziq mereka terus ketawa di ikuti pelajar yang lain. Rindiani hanya tersenyum sambil melihat kearah Samuel yang sedang melihat kearahnya juga. Mereka meneruskan campfire dengan nyanyian, berbual-bual dan gelak ketawa.
Share this novel