Setelah mendapat izin dari Dato Radzi dan Datin Rose mereka terus bertolak ke KLIA. Setelah sampai di KLIA Razlan menurunkan beg pakaian abang dan adiknya dan diletakkan diatas troli beg.
“Dah belum acik.” Tanya Rosyam kepada Razlan.
“Okey dah jom.” Balas Razlan sambil menolak troli itu perlahan.
Mereka masuk kedalam sambil berbual-bual Rindiani yang sedang meminpin tangan dengan Rizman masuk kedalam dengan senyuman yang sangat manis. Tanpa mereka sedari ada seseorang sedang memerhati mereka dan menangkap gambar mereka.
Ting..
Alisya yang berbaring diatas katilnya terus bangun selepas mendapat chat dari seseorang. Dia membuka dan melihat gambar-gambar yang dihantar oleh orang suruhannya itu.
“Good job ni kena hantar kat dia ni biar dia makin benci pada perempuan tak guna tu lagi.” Gumum Alisya sendiri dengan senyuman yang sukar ditafsirkan.
Tanpa membuang masa dia terus menghantar gambar-gambar itu pada seseorang dengan senyuman yang sukar ditafsirkan. Setelah itu dia terus keluar dari biliknya dan terus ke bawah.
Ting.. Ting.. Ting..
Samuel yang baru selesai solat terus mengambil telefonnya kerana bunyi chat yang masuk dengan banyak sekali. Mula-mula dia melihat chat itu masih beriak biasa tapi bila sudah sampai diakhir dia berkerut dahinya membaca chat itu.
‘Wow romantiknya jalan-jalan siap pegang tangan lagi dengan kekasih gelap depan orang ramai pula tu tak tahu malu langsung.’- Unknown.
Samuel membaca chat itu dengan berkerut dahinya. Dia terus menutup telefonnya dan dia terus duduk dibirai katilnya.
“Romantik memang romantic tapi itukan alang jadi apa maksud orang ni hantar gambar Indi pimpin tangan dengan alang pula dia nak bagi aku jealous ke.” Gumum Samuel sendiri.
Samuel terus bangun dan terus ke bilik adiknya Samaira. Sampai di bilik itu dia masih ragu-ragu hendak mengetuk pintu bilik adiknya itu. Tiba-tiba pintu bilik dibuka dari dalam oleh Samaira.
“Eh along buat apa di sini.” Tanya Samaira kepada abangnya itu.
“Along datang nak tanya tentang gambar yang along dapat haritu dan along nak adik jawab dengan jujur.” Balas Samuel kepada adiknya.
“Nak tanya apa lagi along haritu Indi nak cerita along tak nak dengar apa yang adik boleh bagitahu Indi langsung tak curang dengan along pasal gambar tu kitorang semua ada masa tu dan Alisya and the geng pun ada dan disebabkan Alisya tolak Indi lah lelaki tu tolong Indi kalau tak rasanya mungkin sekarang Indi hanya tinggal nama saja.” Ujur Samaira kepada Samuel sambil masuk kedalam biliknya semula.
“Tinggal nama apa maksud adik.” Soal Samuel dan berkerut dahinya.
“Kalau along nak tahu masa tu kitorang baru balik dari tuisyen di sekolah lepastu kitorang lepak di cafe yang dekat dengan sekolah tu baru saja kitorang nak balik Alisya tolak Indi kebetulan masa tu kitorang dah ada di tepi jalan dan ada kereta laju datang kami tak sempat nak tolong Indi tapi lelaki tu dengan laju menarik Indi dan Indi selamat sampailah sekarang.” Jawab Samaira kepada Samuel dengan Panjang.
“Adik kenal tak lelaki tu.” tanya Samuel dengan berkerut dahinya.
“Adik tak kenal tapi hari tu Indi ada bagitahu yang lelaki tu bernama Daniel salah seorang anak buah abang Syam.” Balas Samaira sambil melihat wajah abangnya itu.
“Daniel anak buah Rosyam Ya Allah kenapa along tak cam yang itu dia.” Ujur Samuel sambil menepuk dahinya.
“Macam mana along tak cam kalau dah hati tengah marah tu la bini nak terangkan apa jadi tapi tak nak dengar sekarang duk tepuk kepala pula.” Ucap Samaira kepada Samuel.
“Along betul-betul tak cam dia tadi bila along dapat gambar Indi dengan lelaki lain tu yang along tanya adik.” Kata Samuel sambil melihat wajah adiknya itu.
“WHAT!!! Along dapat gambar lagi mana nak tengok.” Pinta Samaira sambil menghulurkan tangan kepada Samuel.
Tanpa menunggu lama Samuel terus memberi telefonnya kepada Samaira. Terbuntang matanya bila melihat chat di telefon Samuel itu terus Meletus ketawanya.
“Lawak la dia ni ha.. ha.. ada ka pulak abang Riz tu kekasih gelap Indi baik jadi kekasih cerah Indi ha.. ha.. ha..” gumum Samaira sambil ketawa.
“Along rasa along nak siasat la siapa dalang dari semua ni.” Kata Samuel dengan tegas.
“Okey along buat la apa pun tapi adik tak rasa yang indi nak jumpa dengan along buat masa sekarang.” Balas Samaira bersahaja kepada Samuel.
Tanpa membalas apa-apa Samuel terus menelefon Ben untuk meneruskan hasratnya tadi. Setelah selesai menelefon Ben, Samuel terus berlalu keluar dari bilik Samaira. Dia yang baru masuk biliknya terus matanya tertancap pada bingkai gambar kahwinnya dengan Rindiani.
“Rindunya hubby pada honey. Honey buat apa sekarang ni.” Gumum Samuel sambil melihat gambar kahwinnya di dinding biliknya itu. Samuel terus mengambil telefonnya dan menelefon Rindiani. Tapi sayang nombor Rindiani tak dapat dihubungi sama sekali.
“Kenapa tak dapat beteri telefon dia habis ke tak mungkin lah.” Gumum Samuel sambil melihat skrin telefonnya.
Selepas itu Samuel terus membuka aplikasi whatsapp dan dia terus membuka chat dari Rindiani. Tapi sudah beberapa jam Rindiani tak online dia merasa tak sedap hati kemudian dia terus ke wardrop dan dia terus menukar pakaian.
“Ya Allah rindunya hubby pada honey. Honey tunggu ya hubby dah..” kata-katanya terhenti dan dia terus berlari ke bilik air dan memuntahkan semua isi perutnya.
Setelah memuntahkan segala isi perutnya semua terus keluar dari bilik air dan duduk di birai katilnya. Dia sendiri tak faham dengan dirinya sudah 3 hari dia asyik mual dan muntak-muntah. Dia sudah pergi jumpa doktor tapi doktor bagitahu yang dia hanya masuk angin saja.
“Aduh.. kenapa dengan aku ni masuk angina pa sampai 3 hari dah ni. Aku ada sakit parah ke Ya Allah aku nak jumpa dengan isteri aku dulu Ya Allah sebelum apa-apa jadi pada ku Ya Allah.” Ujur Samuel sambil melihat gambar Rindiani yang ada di meja tidurnya.
Setelah itu dia terus bangun dan terus keluar dari biliknya dan terus memandu ke rumah mertuanya. Setelah sampai Samuel terus keluar dan terus mengetuk pintu rumah Dato Radzi.
“Assalammualaikum.” Ucap Samuel dengan kuat sambil mengetuk pintu rumah itu.
“Wa’alaikummussalam kejap.” Balas Mak Moon sambil membuka pintu.
“Eh Tuan Mue masuklah Tuan.” Kata Mak Moon kepada Samuel.
“Terima kasih Mak Moon oh ya Mak Moon mana yang lain.” Tanya Samuel sambil mencari keberadaan isi rumah Dato Radzi itu.
“Oh Dato ada di bilik bacaan, Datin ada diatas dan kalau yang lain pergi hantar Indi dengan Syam ke KLIA.” Balas Mak Moon sambil menutup pintu.
“Hantar Indi dengan angah ke KLIA buat apa bukan lusa ke diorang ke Korea.” Soal Samuel dengan berkerut dahinya.
“Kalau yang tu Mak Moon tak pasti tapi diorang pergi pukul 8.30 tadi Tuan.” Jawab Mak Moon kepada Samuel.
Setelah mendengar penjelasan dari Mak Moon, Samuel terus melihat jam yang ada di pegelangan tangannya. Terbuntang matanya bile melihat jam di tangannya itu sudah 3 jam berlalu Rindiani dan Rosyam ke KLIA dan ada kemungkinan mereka sudah bertolak ke luar negara. Dato Radzi yang naru keluar dari bilik bacaan terkejut bila meliaht Samuel sedang berbual dengan Mak Moon.
“Mue bila kamu sampai.” Tanya Dato Radzi kepada menantunya itu.
“Baru saja baba, Mue datang nak jumpa dengan Indi tapi Mak Moon bagitahu dia dengan angah ke KLIA.” Balas Samuel sambil bersalam dengan Dato Radzi.
“Haah diorang bertolak malam ni sebab Indi kata nak sesuaikan diri dulu di sana.” Ujur Dato Radzi kepada Samuel.
“Baba tahu tak dimana Indi tinggal disana.” Soal Samuel.
“Maaf Mue, baba tak tahu semua angah yang uruskan sebab tak bagi baba uruskan dia suruh baba rehat saja dirumah dan baba pun setuju saja la. Nanti Indi akan bagitahu kamu juga jangan risau la ye.” Jawab Dato Radzi dengan riak biasa. Samuel hanya menganggukkan kepala saja.
Setelah Panjang berbual Samuel minta diri untuk pulang dengan riak kecewa dia memandu pulang. Sedih hatinya bila ingin berjumpa dengan isteri tapi isterinya sudah pergi jauh darinya dan dia tak tahu dimana isterinya sekarang.
Share this novel