Hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba kini mereka semua akan bertolak balik ke Malaysia. Samuel merasa teruja untuk bertemu dengan idolanya itu sehingga menyuruh salah seorang anak buahnya untuk mengambil semua novelnya yang ada di officenya dan dihantar ke rumah.
“Wey along kau dah kenapa tersenyum macam kerrang busuk saja dari tadi adik tengok.” Tanya Samaira kepada Samuel.
“Siapa yang tak gembira kalau nak jumpa dengan idola dipuja selama ini finally aku akan jumpa kau juga ‘NURI’ ah tak sabarnya.” Balas Samuel dengan gembira sambil memeluk bahu Rindiani dengan erat.
“Lah itu saja dulu masa adik from 1 hingga sekarang adik selalu jumpa dengan idola along tu adik rapat tau dengan dia kalau tak percaya tanya Indi.” Ujur Samaira dengan senyuman.
“Eleh tak percayalah takkan ‘NURI’ tu sama umur dengan adik dari cara dia tulis novel pun macam umur dia sudah lebih dari 20 tahun betul tak honey.” Ucap Samuel dan terus menoleh kearah isterinya.
“Betullah penulis ‘NURI’ tu sama umur dengan Maira kalau tak percaya hubby tunggu dan lihat nanti.” Balas Rindiani dengan senyuman.
“Biar betul honey ni hubby tak percayalah.” Kata Samuel dengan tak percaya.
“Tak percaya sudah dia juga bekas murid hubby masa from 5 dulu.” Jawab Rindiani dan terus menoleh kearah luar tingkap kapal terbang itu.
Samuel masih tak percaya denga napa yang dikatakan oleh isteri dan adiknya itu. Dia terus menutup matanya dan dia terus tertidur dengan senyuman. Setelah berjam-jam perjalanan dari Sydney ke Kuala Lumpur akhirnya mereka sampai di KLIA. Samuel memegang dadanya yang semakin berdebar dengan kuatnya.
“Hubby okey tak ni.” Tanya Rindiani kepada Samuel yang sedang memegang dadanya.
“Hubby okey Cuma jantung ni berdebar lain macam pula.” Balas Samuel dengan senyuman.
“Ala buat biasa saja macam hubby jumpa honey tak perlu nak berdebar sangat.” Ujur Rindiani dan terus menolak beg pakaiannya ke pintu lapangan terbang itu.
“setelah mengambil beg pakaian masing-masing mereka terus menaiki kereta yang sudah menunggu diluar lapangan terbang itu. Dalam perjalanan mereka berpisah ke rumah masing-masing Rindiani dan Samuel ikut pulang ke rumah Puan Sri Giselle dan Tan Sri Shamsul.
“Indi event tu pukul berapa.” Tanya Samaira sambil duduk disofa ruangtamu.
“Pukul 10 pagi kejap lagi kau nak ikut tak kalau nak ikut boleh pergi sekali.” Balas Rindiani yang duduk dihadapan Samaira itu.
“Boleh juga nak juga tengok berapa ramai peminat ‘NURI’ yang nak tanda tangan dia tu.” ujur Samaira dengan senyuman.
“Okey cun kejap lagi pukul 9.30 kita gerak sebab tempat tu tak jauh dari sini boleh la kita gerak lambat sikit.” Jawab Rindiani sambil membalas chat dari Maria.
“Ni along mana tak nampak pun dari tadi.” Kata Samaira sambil mencari abangnya itu.
“Tadi katanya nak tunggu dekat luar sampai kita nak gerak nanti.” Balas Rindiani dengan senyuman.
“Apalah reaksi along nanti kalau dia jumpa dengan ‘NURI’ tun anti mau terkejut beruk dia nanti.” Ucap Samaira dan terus Meletus ketawanya.
Rindiani tak membalas ucapan adik iparnya itu dia hanya fokus pada chat yang dikirim oleh Maria itu saja. Samuel duduk di gazebo sambil mencari gambar-gambar ‘NURI’ di Instagram. Tepat jam 9.30 mereka bertolak ke hotel pacific.
“Hubby dah ready ke.” Tanya Rindiani kepada Samuel.
“Sudah.” Jawab Samuel dengan ringkas.
“Aik pendeknya jawapan along kenapa.” Soal Samaira yang duduk dihadapan sebelah pemandu itu.
Samuel hanya diam tak menjawab soalan dari adiknya itu. Rindiani tersenyum melihat gelagat suami dan adik iparnya itu sambil membalas chat dengan Maria. Setelah 35 minit perjalanan kini mereka tiba dihadapan Hotel Pacific dan disambut oleh Maria dan seorang lagi anak buah Rindiani.
“Bos acara akan bermula lagi 5 minit jom kita gerak sekarang.” Kata Maria sambil melihat jam di pegelangan tangannya.
“Okey jom. Malik kau tolong bawa suami dan adik ipar aku ke bahagian VVIP sebab diorang tetamu istimewa ‘NURI’ faham.” Uju Rindiani dengan tegas.
“Baik bos saya faham.” Balas Malik yang sedang berdiri disisi Maria itu.
“Hubby, Maira ikut Malik ye honey ada urusan sikit dengan Mar nanti kita jumpa di dalam ye bye.” Ucap Rindiani dan terus berjalan meninggalkan Samuel, Samaira dan Malik.
Setelah Rindiani berlalu pergi Samuel dan Samaira terus mengikuti Malik dari belakang. Setelah tiba di barisan hadapan Malik terus mengambil microphone yang ada diatas salah satu kerusi itu.
“Maaf encik ni microphone untuk encik.” Kata Malik sambil menghulurkan microphone berwarna purple itu kepada Samuel.
“Apa maksud kau.” Tanya Samuel dengan berkerut dahinya.
“Oh ni atas permintaan Penulis ‘NURI’ dan sebentar lagi encik akan nyanyi duet dengan ‘NURI’ boleh encik. Kalau encik tak mahu kami akan cari orang lain untuk duet dengan ‘NURI’.” Balas Malik kepada Samuel.
“Terima sajalah along bukan selalu ‘Nuri’ tu nak duet dengan peminat dia selalunya dia akan nyanyi sendiri saja ni first time dia nak duet dengan peminat dia tahu tak.” Ujur Samaira dengan senyuman dan disokong oleh Malik.
Setelah berfikir Samuel terus mengambil microphone dari tangan Malik. Samaira dan Malik tersenyum dengan tindakan Samuel itu. Didalam hati Samuel masih lagi ragu-ragu dengan keputusannya itu.
“Encik ini lirik lagu yang encik akan nyanyi nanti dengan ‘NURI’.” Ujur Malik sambil menyerahkan sehelai kertas warna biru pada Samuel.
“Kisah kuinginkan.” Baca Samuel dan terus melihat wajah Malik semula.
“Ya itu lagu yang dipilih oleh ‘NURI’ sendiri untuk duet dengan peminatnya.” Kata Malik kepada Samuel.
“Wow lagu kesukaan along la ‘NURI’ pilih untuk duet dengan peminatnya.” Ujur Samaira dengan ceria.
“Kalau macam tu Encik dengan cik boleh duduk dulu tunggu sampai saya datang okey. Saya pergi belakang dulu ye.” Ucap Malik dan terus berlalu pergi.
Setelah Malik berlalu pergi Samuel dan samaira duduk sambil berbual-bual. Bermacam-macam soalan Samuel tanya pada samaira sehingga samaira tak mampu menjawab. 15 minit kemudian Malik datang kearah samuel dan samaira.
"Encik kejap lagi lagu akan dimainkan encik boleh stand by untuk naik ke atas pentas ye lepastu 'NURI' akan sambung sambil naik keatas pentas pula okey." Terang Malik dengan panjang kepada Samuel.
"Okey." Balas Samuel dengan ringkas sambil memegang dadanya.
Samuel mengerti setiap arahan yang disampaikan oleh Malik sebentar tadi. Samuel bersedia untuk naik ke atas pentas sambil merapikan penampilannya. Samaira hanya tersenyum melihat gelagat abangnya itu sambil tangannya memegang telefonnya dan bersedia untuk merakam aksi abangnya dan kakak iparnya akan bernyanyi. Malik berdiri disisi Samuel sambil menunggu isyarat dari belakang tabir.
Share this novel