Setelah 2 minggu sejak kejadian itu kini Samuel dan Rindiani mula bersekolah kembali. Samuel mengambil cuti kerana kakinya sedang sakit sementara Rindiani mengambil cuti untuk menjaga suaminya yang sedang sakit.
“Hubby sure nak pergi sekolah hari ini.” Tanya Rindiani kepada Samuel yang sedang memakai tali leher itu.
“Yes honey I’m sure dah jom kita gerak sekarang nanti lambat pula.” Balas Samuel sambil melihat wajah isterinya.
“Okey jon nanti kalau hubby sakit bagitahu honey ye.” Ujur Rindiani sambil mengambil beg sekolahnya di meja belajarnya.
“Okey honey dah jom.” Jawab Samuel dan terus menghulurkan tangannya kepada Rindiani. Rindiani menyambut huluran itu dan mereka menaiki lift sambil berpegangan tangan.
Terbuka saja pintu lift itu mereka keluar dan terus ke meja makan. Semua yang ada di meja makan tersenyum bila melihat pasangan suami isteri itu berpegangan tangan. Setelah duduk di meja makan Rindiani menyendukkan bihun goreng ke dalam pinggan suaminya.
“Thanks honey.” Ucap Samuel kepada Rindiani.
“Welcome hubby.” Balas Rindiani dengan senyuman.
“Hahaha..” Ketawa Ruzaini, Rosyam dan Razlan serentak dengan kuat manakala Rizman hanya tersenyum saja.
“Kamu semua dah kenapa ketawa kuat sangat ni.” Tanya Datin Rose kepada anak-anak terunanya itu.
“Tak ada apa la ibu kaki kitorang kena gigit semut saja sebab ada pasangan sweet sangat sampai banyak pula semut pagi ni kan along, angah.” Balas Razlan kepada Datin Rose. Ruzaini dan Rosyam hanya menjawab dengan anggukkan.
“Sudah tak payah nak ketawakan Asyu makan cepat nanti lambat pula masuk meeting.” Ujur Dato Radzi sambil menutup I-padnya.
“Tak apa la baba bagi saja diorang ketawa tu pun kalau diorang berani nak rasa teknik baru asyu macam mana asyu buat pada suami asyu ni.” Ucap Rindiani dengan tegas.
Mendengar saja kata-kata Rindiani mereka terus mendiamkan diri dan menikmati makanan masing-masing. Samuel yang melihat gelagat isteri dan abang-abang iparnya hanya tersenyum tak berani bersuara. Setelah selesai makan Samuel dan Rindiani menyalami Dato Radzi dan Datin Rose dan terus gerak ke sekolah.
“Honey okey ke tak ni hubby tengok dari tadi gelisah saja wajah tu.” Tanya Samuel sambil memegang tangan isterinya.
“Okey cuma terfikir apa lagi rancangan Alisya lepas ni.” Balas Rindiani sambil melihat wajah suaminya.
“Sudah honey tak peyah la fikir sangat nanti kalau dia buat hal lagi honey cepat-cepat bagitahu hubby okey.” Ujur Samuel sambil mengusap tangan Rindiani.
“Baik hubby.” Jawab Rindiani dan terus mengenggam tangan suaminya dan di balas oleh Samuel.
Samuel terus memandu ke sekolah sambil mengenggam tangan isterinya. Setelah sampai disekolah Rindiani terus menghulurkan tangannya kepada Samuel dan disambut oleh Samuel. Setelah bersalam Rindiani hendak keluar dari kereta tapi pintu kereta masih berkunci Rindiani terus menoleh kearah Samuel yang sedang tersenyum.
“Hubby bukalah kunci kereta nanti lambat pula.” Kata Rindiani kepada Samuel.
“No honey lupa sesuatukan sebab tu hubby tak buka lagi kunci kereta.” Balas Samuel sambil membetulkan tali lehernya.
“Lupa apa pula hubby.” Tanya Rindiani dengan berkerut dahinya.
“Lupa tentang ni.” Balas Samuel sambil menunjuk kearah pipinya.
“Ya Allah lupa pula.” Ujur Rindiani sambil menepuk dahinya.
Tanpa menunggu lama Rindiani terus mencium pipi Samuel tapi Samuel menolehkan wajahnya kearah Rindiani yang mengakibatkan bibir mereta bertaut. Terbuntang mata Rindiani bila bibir mereka bertaut begitu. Lama bibir mereka bertaut dan akhirnya Samuel melepaskan ciuman itu.
“Sorry honey tapi tak apa buat bekal untuk hubby hari ini.” Kata Samuel sambil mengeyitkan matanya kepada Rindiani.
“Dah la honey pergi dulu nanti lambat pula masuk dewan.” Balas Rindiani sambil membetulkan tudungnya.
“Okey tapi wang saku dah ada ke belum.” Tanya Samuel Samuel kepada Rindiani.
“Sudah ada hubby jangan risau la okey bye Assalammualaikum.” Balas Rindiani dan terus keluar dari kereta selepas Samuel membuka kunci kereta itu.
Samuel hanya melihat gelagat isterinya itu dengan senyuman. Hatinya betul-betul gembira sekarang bila bersama Rindiani. Samuel mengambil beg kerjanya dan keluar dari kereta itu dan dia terus ke bilik guru. Setelah sampai di bilik guru Samuel mendengar ada beberapa guru Wanita sedang berbual-bual tentang dia dan RIndiani.
“Itu la saya pun tak sangka yang Sir Samuel sanggup melakukan semua itu dengan pelajarnya sendiri.” Ujur Salah seorang guru wanita disitu.
“Itu la saya pun pada mulanya tak percayatapi bila Alisya cerita semuanya tentang diorang jadi saya pun mula percaya tak sangka seorang guru yang berpelajaran tinggi sanggup buat macam itu.” Kata salah seorang guru wanita lagi.
“Maaf boleh saya tahu Alisya cerita apa pada cikgu-cikgu semua.” Tanya Samuel dengan nada tegas.
“Arr.. tak ada apa apa pun Sir.” Balas guru yang memakai baju kurung hijau itu.
“Saya nak cikgu bagitahu saya sekarang semua yang diceritakan oleh Alisya Now.” Ujur Samuel dengan tegas dan kuat.
Samuel masih menunggu penjelasan dari guru-guru itu tapi mereka hanya mendiamkan diri. Kesabaran Samuel sudah habis wajahnya sudah berubah dingin dan tegas.
“Saya tanya sekali apa yang Alisya ceritakan pada cikgu-cikgu atau cikgu-cikgu nak saya guna cara kekerasan baru cikgu nak bagitahu pada saya.” Kata Samuel dengan tegas dan kuat.
“Baik-baik saya ceritakan semuanya.” Balas Guru yang bernama Azura itu.
Cikgu Azura memberitahu semua yang diceritakan oleh Alisya kepadanya. Samuel hanya mendengar apa yang diceritakan oleh Cikgu Azura dengan berkerut dahi. Setelah Cikgu Azura selesai bercerita Samuel terus berjalan meninggalkan guru-guru itu tanpa berkata apa-apa. Dia terus keluar dari bilik guru itu dan menelefon seseorang.
Rindiani pula masikh tertanya-tanya kenapa setiap kali dia berselisih dengan pelajar lain mereka akan berbisik-bisik antara mereka dan ada yang menjeling kepadanya. Setelah berjumpa dengan kawan-kawannya yang lain dia bertanya pada kawan-kawannya dan mereka terus menceritakan apa yang terjadi di sekolah mereka Ketika dia bercuti.
“Aku nak korang cerita apa yang terjadi masa aku cuti haritu NOW.” Ujur Rindiani dengan tegas kepada rakan-rakannya.
“Okey kitorang akan ceritakan apa yang terjadi tapi kau kena janji dengan aku yang kau akan sabar okey.” Balas Kaysha kepada Rindiani.
“Okey aku janji.” Ucap Rindiani sambil berpeluk tubuh.
Kaysha dan yang lain menceritakan semua yang terjadi pada Rindiani. Rindiani yang mendengar terus berdiri dengan perasaan marah dan geram. Samaira yang melihat terus mendekati Rindiani dengan terus mengusap belakang Rindiani. Tiba-tiba Alisya dan kawan-kawannya berjalan melewati tempat berkumpul Rindiani dan rakan-rakannya tanpa membuang masa Rindiani terus mendekati Alisya dan kawan-kawannya.
Share this novel