Setelah 30 minit berada didalam container caravan itu Rindiani minta diri untuk kembali pada kawan-kawannya. Samuel hanya mengikuti kemahuan isterinya itu dan mereka keluar dari container caravan itu dan terus bergabung kembali dengan yang lain.
“Wey Indi asal kau lambat sangat kitorang dah nak habis dah makan.” Kata Natasha sambil menyuapkan bihun goreng kedalam mulutnya.
“Sorry aku ada hal tadi.” Balas Rindiani dengan gugup.
“Hal apa ke along ada buat apa-apa kat kau.” Ujur Samaira pula.
“Eh.. tak adalah merepek saja kau ni.” Jawab Rindiani dengan sedikit gagap.
Flashback
“Kenapa awak bawa saya masuk sini saya nak pergi tolong Ustazah Hashitah la.” Kata Rindiani sambil duduk di atas katil itu.
“Kejap la saya nak minta tolong awak sapukan ini pada belakang saya.” Balas Samuel sambil menunjukkan krim nyamuk kepada Rindiani.
“Kenapa awak tak minta tolong dengan Maira saja tadi.” Tanya Rindiani sambil menundukkan kepalanya.
“Saya ada isteri yang boleh buat kenapa saya kena minta tolong dengan adik saya pula. Sekarang saya nak awak sapukan boleh honey.” Balas Samuel dengan senyuman.
“Bo.. boleh.” Ujur Rindiani dengan gugup.
“Good kejap saya buka baju senang awak nak sapukan krim itu.” Ucap Samuel dan terus menanggalkan baju t-shirt Polonya.
Setelah Samuel membuka bajunya Samuel duduk di atas katil sambil membelakangi Rindiani. Rindiani membuka penutup krim itu dan dia perlahan-lahan menyapu krim itu pada belakang Samuel dengan jantungnya yang berdegup kencang.
“Okey sudah selesai jadi saya boleh pergi kan.” Tanya Rindiani sambil menutup krim itu semula.
“Belum honey. Awak belum pakai lagi pun krim ini meh saya tolong sapakan.” Balas Samuel sambil mengambil krim yang ada ditangan Rindiani.
“Eh tak apa nanti saya suruh Maira saja yang buat awak tak perlu susah-susah nak buat.” Kata Rindiani dengan gugup.
“Awak kan ada suami kenapa nak suruh orang lain yang buatkan. Saya bukan nak buat apa pun cuma nak sapukan krim ini saja. Sudah pusing sekarang pandang sana.” Ucap Samuel dengan tegas.
Mendengar saja ucapan Samuel itu Rindiani terus membelakangi Samuel dengan gugup jantungnya tak berhenti berdegup kencang. Samuel mula menyingkap baju Rindiani yang di belakang dan mula menyapu krim itu dengan perlahan-lahan.
“Awak cepat la nanti apa pula diorang kata kalau saya lambat kesana.” Ujur Rindiani dengan gugup.
“Kejap la dah sekarang awak pusing pandang saya kejap.” Ucap Samuel sambil menutup krim nyamuk itu.
Setelah menutup krim itu Samuel terus meletakkan krim itu di atas meja yang berhampiran dengan katil itu dan dia melihat kearah Rindiani semula. Samuel mendekatkan wajahnya ke wajah Rindiani dan tanpa menunggu lama Samuel terus mengucup bibir indah isterinya itu. Setelah 10 minit dalam keadaan begitu Samuel melepaskan ciuman itu dengan senyuman yang manis. Rindiani hanya menundukkan kepalanya saja kerana malu.
“Honey kenapa tunduk saja ni.” Tanya Samuel sambil mengangkat dagu isterinya.
“Tak ada apa-apa.” Bohong Rindiani dengan wajah yang merah.
“Awak jangan tipu saya la saya tahu awak malukan saya buat macam itu kan. Awak jangan lah malu macam tu kitakan suami isteri yang sah tak salah pun kita buat macam tu.” Kata Samuel sambil mengusap pipi isterinya.
“Memang tak salah tapi kitakan sudah buat perjanjian awak lupa ke.” Balas Rindiani sambil menundukkan semula wajahnya.
“Tentang kontrak tu saya dah..” Kata-kata Samuel terhenti bila Rindiani memotong percakapannya.
“Eh tak apalah awak, saya pergi dulu nanti diorang cari saya pula. Awak jangan lupa pergi makan ye tadi awak tidur lama mesti awak lapar kan.” Potong Rindiani sambil bangun berdiri dan membetulkan tudung dan bajunya.
“Nanti honey saya belum habis cakap lagi tunggu.” Ujur Samuel sambil memegang tangan Rindiani.
“Tak apalah lain kali saja awak bagitahu saya. Saya pergi dulu Assalammualaikum.” Ucap Rindiani dan terus keluar dari kontener itu dan terus ke tempat Ustazah Hashitah menghidangkan makanan tadi.
End Flashback
“Wey Indi kau dengar tak ni.” Kata Kaysha dengan kuat sambil menepuk bahu Rindiani.
“Ha apa sorry aku tak dengar.” Balas Rindiani dengan gugup.
“Macam mana kau nak dengar kau asyik berangan saja dari tadi sampai apa yang Maira tanya pun kau tak dengar.” Ujur Natasha sambil minum airnya.
“Sorry la korang aku fikirkan apa yang Sir bagitahu tadi masa aku dan Maira pergi jumpa dengan dia.” Tipu Rindiani dengan gugup.
“Ala kalau pasal tu kau jangan risau la anak-anak buah along boleh uruskan. Sekarang kau makan dulu nanti malam kita ada aktiviti.” Jawab Samira sambil menghulurkan sepinggan nasi ayam dan secawan air kepada Rindiani.
“Ha okey la korang tunggu aku tau.” Kata Rindiani sambil menyuap nasi kedalam mulutnya.
“Okey.” Jawab semua kawan-kawannya serentak.
Setelah selesai makan Rindiani bangun dan terus membuang pinggan dan cawan pakai buang itu ke dalam plastic yang disediakan. Dia terus menuju ke sinki untuk membasuh tangannya dan kembali berkumpul dengan kawan-kawannya semula. Samuel hanya melihat isterinya dari jauh dan kemudian memerhati anak-anak buahnya dan terus kembali berkumpul dengan para guru yang lain.
“Baik sekarang saya minta semua pelajar berkumpul cepat.” Kata Cikgu Haziq sambil menggunakan Handheld Megaphone.
Tanpa menunggu lama semua para pelajar berlari dan berkumpul dihadapan Cikgu Haziq mengikut kelas masing-masing. Cikgu Haziq berdiri disamping para guru yang lain terus memberi arahan seterusnya.
“Baik kalau semua sudah berkumpul. Saya hanya ingin memberitahu yang sekarang kamu boleh melakukan aktiviti bebas tapi pukul 4 petang nanti kamu semua perlu berkumpul di sini balik faham.” Ujur Cikgu Haziq dengan mengunakan handheld megaphone itu.
“Faham Cikgu.” Jawab semua para pelajar serentak.
“Baik Guru-guru lain ada nak cakap.” Tanya Cikgu Haziq kepada Guru-guru yang berdiri disisinya. Semua Guru-guru yang ada disitu hanya mengelengkan kepala saja.
“Baik kalau tak ada apa-apa lagi kamu boleh bersurai tapi ingat jangan pergi jauh dari tapak perkhemahan faham.” Sambung Cikgu Haziq dengan tegas.
“Faham Cikgu.” Ucap Semua pelajar dan mereka terus melakukan aktiviti masing-masing.
Setelah mendengar arahan dari Cikgu Haziq, Rindiani dan kawan-kawannya terus pergi kebawah pohon yang rendang dan mereka duduk disitu sambil menikmati permandangan pantai yang luar itu. Rindiani masih lagi dengan buku notanya Kaysha yang melihat kearah Rindiani hanya mengelengkan kepala saja.
“Wey korang perasan tak dari tadi sejak kita datang Pulau ni diorang tu asyik ikut kita saja kan.” Kata Natasha dengan perlahan sambil menunjuk kearah anak-anak buah Samuel.
“Ye la aku ingat aku saja yang perasan tentang diorang tu. Tapi kenapa diorang asyik ikut kita saja.” Soal Amy dengan berkerut dahinya.
“Oh itu korang jangan risau diorang tu baiklah. Kalau korang nak tahu itu anak-anak buah along aku diorang ikut kita sebab diorang ada tugas untuk menjadi bodyguard aku dan Indi.” Jelas Samaira dengan slambanya.
“Oh yeka tapi bodyguard untuk apa.” Tanya Kaysha kepada Samaira.
“Along aku tak nak Alisya buat sesuatu yang berbahaya pada isteri dan aku macam hari tu. Diorang bertiga tu still single But not that one because he already has a lover.” Balas Samaira dengan senyuman yang manis.
“Haah lover dia yang sedang bercakap tu.” Sampuk Rindiani sambil menulis.
“Ish kau ni dengar kat along nanti mati aku dah la aku tak bagitahu dia yang aku..” Kata-kata Samaira terhenti bila mendengar suara seseorang dari belakangnya.
“Kau apa.” Tanya Samuel dari belakang.
“He he.. Along, tak ada apa-apa lah ni along buat apa kat sini.” Soal Samaira kepada Samuel balik.
“Along Cikgu disini dan along saja jalan-jalan tengok semua pelajar-pelajar lagi lakukan aktiviti apa kenapa tak boleh ke.” Balas Samuel sambil tangan berpeluk tubuhnya.
“He he sorry lupa.” Kata Samaira sambil menundukkan wajahnya.
“Ben sini.” Panggil Samuel kepada salah seorang anak buahnya. Berlari anak buahnya itu mendekati Samuel.
“Kau kenal ini siapa.” Tanya Samuel kepada Ben sambil menunjuk kearah Samaira.
“Kenal bos ini Cik Samaira adik bos.” Balas Ben sambil menundukkan wajahnya.
“Ye adik aku merangkap Girlfriend kau kan.” Soal Samuel dengan berpeluk tubuh. Semua yang ada disitu terkejut dengan apa yang Samuel katakan.
“Eh Mana ada along.” Bantah Samaira dengan cepat.
“Korang jangan nak bohong dengan aku sebab aku dah lama tahu apa hubungan korang berdua dan aku nak kau Ben jaga adik aku baik-baik kalau tak kau akan aku tembak faham dah aku pergi dulu.” Ujur Samuel dengan tegas dan terus berlalu pergi. Samaira dan Ben memandang sesama sendiri kerana terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Samuel.
Pap… Pap…
Rindiani dan yang lain bertepuk tangan dengan kuat Samaira terus melihat kearah kawan-kawannya yang sedang bertepuk tangan itu dengan senyuman. Ben Kembali berdiri ke tempatnya semula dengan senyuman yang manis.
Share this novel