BAB 11

Romance Series 71296

BAB 11

Sebulan kemudian.

Seperti yang di janjikan tepat pukul 10 pagi Puan Rashidah datang kerumah Datin Rose. Mereka menyambut kedatangan Puan Rashidah dengan gembira dan mesra. Sedang mereka berpelukan ada sebuah kereta masuk kedalam halaman ruman Dato Radzi.

“Ha tu Sham dah sampai.” Kata Dato Radzi sambil menunjuk kearah kereta yang berwarna silver.

“Assalammualaikum.” Laung Tan Sri Shamsul dengan kuat sambil keluar dari keretanya.

“Wa’alaikummussalam.” Jawab semua yang ada di hadapan rumah Dato Radzi itu.

“Mak long apa khabar.” Tanya Tan Sri Shamsul sambil bersalam dengan Puan Hidayah.

“Mak long sihat saja. Kamu sihat ke Sham.” Soal Puan Rashidah sambil memegang bahu Tan Sri Shamsul.

“Saya sihat alhamdulillah Mak Long.” Balas Tan Sri Shamsul dengan senyuman.

“Assalammualaikum.” Puan Sabrina memberi salam sambil di pimpin oleh Samaira.

“Wa’alaikummussalam.” Jawab semua yang ada di situ.

“Kak long lamanya tak jumpa.” Ujur Puan Sabrina sambil memeluk kakaknya Puan Rashidah.

“Tu la Acik sihat ke.” Soal Puan Rashidah sambil membalas pelukan adiknya.

“Acik sihat kak long.” Jawab Puan Sabrina.
“Umi, Auntie, semua jom masuk kita berbual di dalam sambil minum.” Ujur Datin Rose dengan senyuman.

Mereka masuk ke dalam rumah dan terus berkumpul di ruang tamu. Puan Rashidah dan Puan Sabrina duduk bersebelahan sambil melepas rindu diantara mereka. Samuel terus pergi berkumpul dengan abang-abang Rindiani di sudut kiri ruang tamu. Rindiani duduk bersama-sama dengan adik-adik Samuel di tepi tangga sambil berbual-bual dan gelak ketawa.

“Rina, kak long tengok Mue tu dah besar sudah ada pasangan ke.” Tanya Puan Rasidah dengan senyuman.

“Biasa la kak long budak-budak zaman sekarang kalau tak ada kekasih mana boleh duduk.” Balas Puan Sabrina.

“Mue sekarang kerja apa.” Soal Puan Rashidah kepada Samuel.

“Mue jadi cikgu Tok Long kalau cuti Mue masuk office.” Jawab Samuel dengan senyuman.

“Kamu betul-betul jadi cikgu, Tok Long ingat tu cuma cita-cita masa kecil kamu saja.” Ujur Puan Rashidah.

“Dah dia minat Mak Long nak buat macam mana biarkan saja.” Kata Tan Sri Shamsul.

“Tak apa la jangan dia buat kerja yang tak berfaedah sudah. Kamu mengajar di mana.” Tanya Puan Rashidah lagi.

“Mue mengajar di Sekolah Edward Smith Tok Long.” Jawab Samuel sambil melihat kearah Rindiani. Entah kenapa dia merasa Rindiani mula berubah sikap dengannya.

“Itu bukan sekolah Indi ke.” Kata Puan Rashidah sambil melihat kearah Rindiani. Rindiani yang mendengar hanya mendiamkan diri saja.

“Betul Tok Long.” Ujur Samuel bagi pihak Rindiani.
“Bagus la kalau macam tu.” Ucap Puan Rashidah.

Setelah lama berbual-bual mereka terus ke meja makan untuk menikmati makan tengahari. Samuel mengambil tempat di hadapan Rindiani, Rindiani yang melihat Samuel duduk di hadapannya terus buat-buat tak melihatnya.

“Tok Umi nak apa biar Indi ambilkan.” Ujur Rindiani sambil bangun berdiri.

“Indi ambilkan ikan dengan sayur sudah la Tok Umi bukan makan banyak macam abang Ruz kamu tu.” Balas Puan Rashidah sambil sindir cucu pertamanya.

“Apa Ruz pula yang kena Tok Umi.” Kata Ruzaini dengan mucungnya.

“Dah tak payah nak manja sangat kamu tu sepatutnya dah kahwin Tok Umi pun nak merasa ada cicit tahu tak.” Ucap Puan Rashidah sambil menyuap makanan ke dalam mulutnya.

“Belum sampai jodoh lagi la Tok Umi nanti kalau ada Ruz kahwin la.” Jawab Ruzaini dan terus menikmati hidangan yang ada didalam pinggannya itu.

“Herm.. Ye la.” Kata Puan Hidayah lalu melanjutkan suapannya.

Mereka menikmati makanan tengahari mereka sambil berbual-bual. Rindiani yang perasan seperti ada mata yang sedang memerhatinya terus mengangkat kepalanya dan terus bertentangan mata dengan Samuel tak lama kemudian Rindiani mengalihkan pandanggannya kearah lain.

“Em.. Ibu, Indi naik atas dulu ye ada kerja sikit yang Indi nak buat.” Ujur Rindiani berdiri sambil mengangkat pinggannya ke dapur.

“Ha ye la.” Jawab Datin Rose.

Selepas meletakkan pinggannya di singki Rindiani terus masuk ke dalam lift. Tak tahan dia duduk lama-lama di meja makan itu. Dia terus masuk ke dalam bilik air dan membersihkan dirinya dan selepas membersihkan diri terus duduk diatas katil sambil menunggu waktu solat.

“Bila dia nak balik ye aduh kalau macam ni cinta aku pada dia akan bertambah bukan makin berkurang haih apalah nasib kau Indi.” Gumum Rindiani sendirian.

‘Wey korang tolong aku crush aku ada di rumah aku sekarang ni. Macam mana aku nak lupakan dia.’- Rindiani.

‘Kau buat tak tahu saja.’- Kaysha

‘Indi aku kan ada kau buat tak tahu saja dengan along aku tu jangan layan dia tu.’- Samaira.

‘Aku dah cuba tapi mata ni tak mampu nak tahan la.’- Rindiani.

‘Macam ni kalau ada dia kau pergi la duduk jauh dari dia tak pun kau pergi duduk di luar rumah kau jangan duduk didalam rumah amacam.’- Kaysha.

‘Boleh juga tu. Lepas zohor kita lepak di laman belakang saja amacam.’- Samaira.

‘Okey On nanti Maira kau ajak Mantha sekali la boleh main dengan Mike dan Mint.’- Rindiani.

‘Okey On.’- Samaira.

Selepas membalas chat rindiani terus ke bilik air untuk mengambil wudhu selepas itu dia terus menunaikan solat zohor. Selepas menunaikan solat dia terus turun ke bawan dan terus berlalu ke laman belakang bersama Mike dan Mint iaitu kucing peliharaannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience