BAB 73
30 minit kemudian Samuel dan yang lain sampai di hospital itu dan terus bertanya kepada seorang nurse dimana labour room dan mereka terus berlari kearah yang ditunjuk oleh nurse itu. Dari jauh Samuel dapat melihat mama, ibu mertuanya, nenek-neneknya dan adiknya sedang menunggu di kerusi yang disediakan.
“Mama, Ibu, Indi macam mana.” Tanya Samuel dengan cemas kepada Puan Sri Giselle dan Datin Rose.
“Indi masih didalam Mue kita tunggu disini dulu mungkin kejap lagi doktor atau nurse keluar bagitahu apa-apa.” Balas Datin Rose kepada menantunya itu.
Setelah mendengar jawapan dari mertuanya Samuel dan yang lain terus duduk di kerusi yang disediakan. Setelah 30 minit menunggu seorang doktor wanita keluar dari labour room itu dan terus memanggil keluarga pesakit.
“Keluarga Puan Rindiani.” Panggil Doktor itu. Semua yang ada disitu terus bangun dan mendekati doktor itu.
“Kami semua keluarga Rindiani doktor dan saya suaminya.” Balas Samule dengan berkerut dahinya.
“Oh encik ni suami Puan Rindiani maaf encik kami ingin minta encik untuk sign dokumen ini sebab Puan Rindiani perlu dioperation kerana jalan keluar untuk baby tidak terbuka jadi kami kena lakukan tindakan operation untuk menyelamatkan ibu dan baby.” Ujur Doktor yang bernama Mazidah itu.
“Baik kalau macam tu saya akan tandatangan dokumen itu.” Ucap Samuel dan terus mengambil kertas yang ada ditangan doktor itu dan menurunkan tandatangannya disitu.
Setelah menandatangan dokumen itu Samuel langsung menyerahkan kembali kepada doktor itu semula. Doktor Mazidah menyambut dokumen itu dan terus menbaca setelah itu doktor itu berterima kasih dan ingin melangkah masuk kedalam labour room itu semula tapi dicegah oleh Samuel.
“Ya encik ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu.” Tanya Doktor Mazidah itu kepada Samuel.
“Kalau saya nak masuk teman isteri saya boleh tak doktor.” Soal Samuel kepada doktor itu.
“Boleh silakan encik.” Jawab Doktor Mazidah itu dan terus mempersilakan Samuelmasuk kedalam labour room itu.
Samuel dan Doktor Mazidah masuk kedalam dan terus lampu operation menyala. Semua yang ada di luar bilik itu terus menunggu dan berdoa agar dilancarkan proses Rindiani melahirkan.
“Ibu, Baba, Along dengan Angah pergi cafeteria kejap ya nanti apa-apa bagitahu kitorang.” Kata Ruzaini dan terus bangun dan berlalu pergi diikuti oleh Rosyam dari belakangnya.
“Mama, adik dengan angah pergi bilik air kejap ye.” Ucap Samaira dan terus menarik tangan kakaknya itu.
Setelah sampai di cafeteria Ruzaini dan Rosyam terus mengambil beberapa botol air mineral dan beberapa kotak sandwish yang ada disitu dan terus ke kaunter bayaran. Setelah siap urusannya di bilik air Samaira keluar dan membersihkan tangannya disingki yang disediakan. Setelah itu mereka terus ke labour room kembali.
“Macam mana mama ada apa-apa berita tentang Indi.” Tanya Samaira kepada Puan Sri Giselle.
“Belum kita tunggu lagi ya.” Balas Puan Sri Giselle. Samaira dan Samantha hanya menjawab dengan anggukan saja.
Tak lama kemudian Ruzaini dan Rosyam datang dengan 2 bungkus plastik merah. Ruzaini mengagihkan sandwish kepada semua yang ada disitu manakala Rosyam mengagihkan air mineral. Setelah semua dapat mereka duduk ditempat yang kosong.
“Wey along lama lagi ke.” Tanya Rosyam kepada abangnya itu.
“Entah mana la aku tahu kau tanya la ibu dah jangan kacau aku nak chat dengan Kay.” Balas Ruzaini sambil tangannya masih menaip di telefonnya.
“Ye la ibu lama lagi ke ibu.” Soal Rosyam kepada Datin Rose pula.
“Ibu pun tak tahu angah kita tunggu saja la sampai doktor atau nurse keluar bagitahu kita angah sabar ye.” Jawab Datin Rose kepada anaknya itu.
“Assalammualaikum ibu, auntie, baba, uncle macam mana keadaan Indi.” Soal Natasha yang baru tiba dengan diikuti oleh Amy, Kaysha, Hani dan Hana dari belakang dan bersalam dengan semua wanita yang ada disitu.
“Wa’alaikummussalam Sha, Indi masih didalam Mue juga ada didalam temankan dia kamu semua duduk dulu nanti keluar la tu.” balas Datin Rose kepada kawan-kawan anaknya itu.
Mereka terus berjalan duduk di kerusi yang masih kosong. Semua menunggu dengan sabar dan tak berhenti berdoa untuk Rindiani dan anaknya. Kaysha, Natasha, Amy, Hani, Hana dan Samaira berbual-bual sebab lama tak berjumpa kerana masing-masing sambung belajar dilain-lain tempat.
“Wey Sha jom teman aku beli air dahaga la.” Ujur Kaysha sambil membongkok melihat wajah Natasha.
“Jom aku pun lapar ni dari tadi tak makan lagi dengar saja Indi masuk hospital aku terus bersiap dan tunggu kau tadi.” Ucap Natasha kepada Kaysha sambil membetulkan beg tangannya.
“Sayang tak payah la pergi beli ni tadi biy ada beli air mineral dengan sandwish nak. Lagipun cafeteria jauh nak jalan.” Kata Ruzaini sambil menghulurkan sebotol air mineral dan sandwish kepada Kaysha dan Natasha.
“Boleh juga thanks biy.” Balas Kaysha dengan senyuman kepada tunangannya itu.
“Sha tak jadi la.” Sambung Kaysha sambil membuka penutup botol air itu.
“Okey.” Jawab Natasha dengan ringkas dan terus membuka bekas sandwish dari Ruzaini itu.
Setelah makanan dan minuman diambil oleh Kaysha dan Natasha, Ruzaini duduk kembali di tempatnya Rosyam hanya melihat tunangnya dari jauh saja kerana terjadi salah faham sikit diantara mereka sejak Natasha, Rindiani dan Amy pulang dari luar negara.
“Kau pujuk la dia hari ni kan hari raya.” Kata Ruzaini kepada adiknya itu.
“Ye kejap lagi aku ada surprice untuk dia sekarang kita buat tak tahu saja.” Balas Rosyam dengan nada berbisik-bisik.
“Kau nak bagi surprice apa untuk dia.” Tanya Ruzaini kepada Rosyam.
“Adalah kau tunggu dan lihat saja.” Jawab Rosyam dengan senyuman.
Tak lama kemudian Daniel datang dengan sejambak bunga ros yang sederhana besar. Daniel datang kehadapan Natasha dan dengan senyuman terus menghulurkan jambangan bunga itu kapada Natasha. Natasha yang masih belum memahami apa-apa terus melihat wajah Daniel dengan berkerut dahinya.
“Apa.” Soal Natasha kepada Daniel dengan berkerut dahinya.
“Ambil dan baca surat yang ada didalam itu.” Jawab Daniel kepada Natasha. Natasha menoleh melihat kiri dan kanannya dan terus menyambut huluran itu.
Setelah Natasha mengambil jambangan bunga itu Daniel terus berlalu pergi. Natasha melihat bunga itu dan terdapat sehelai kertas berwarna merah jambu didalamnya.
‘Kehadapan bakal isteriku yang tercinta,
Maaf kalau biy ada buat salah biy harap darling dapat maafkan bie sebab lagi 2 bulan kita dah nak kahwin biy tahu biy tak romantic macam pasangan yang lain tapi jauh dari sudut hati biy, biy betul-betul minta maaf dengan darling.
Sayang dari bakal suamimu
Rosyam
“Darling maafkan biy tapi ingat jangan buat lagi ye.” Kata Natasha tanpa melihat kearah Rosyam.
Setelah mendengar kata-kata Natasha, Rosyam hanya balas dengan senyuman yang manis. Semua yang ada disitu turut tersenyum dengan gelagat pasangan itu.
Share this novel