Rindiani berdiri dihadapan Alisya dengan wajah marah. Semua yang melihat merasa terus jika ada sesuatu yang akan berlaku. Siapa yang tak kenal dengan Rindiani kalau ada yang cari pasal dengan dia pasti teruk dia kerjakan. Tanpa menunggu lama Samaira terus berlari dari situ.
“Kau kenapa halang jalan aku nak lalu tepi la.” Kata Alisya kepada Rindiani.
“Aku takkan tepi sebelum kau bagitahu apa yang kau dah ceritakan pada semua orang di sekolah ini.” Balas Rindiani dengan tegas.
“Hahaha Hei Rindiani kenapa kau nak takut kalau kau tak buat salah. Aku cuma ceritakan apa yang aku tahu saja salah ke.” Ujur Alisya sambil berpeluk tubuh.
“Masalahnya apa yang kau ceritakan tu semuanya salah. Kau sendiri tahu apa yang terjadi masa pengetua tangkap aku dan Sir Samuel di makmal sains kan sebab tu semua rancangan kaukan. Kau ingat aku tak tahu Sir Samuel dah ceritakan pada aku selepas anak buah dia dah selesai siasat tentang kejadian itu. Dan lepas ni kau tunggu apa yang aku lakukan pada kau.” Ucap Rindiani dengan tegas. Para pelajar yang mengelilingi mereka turut terkejut denga napa yang dikatakan oleh Rindiani.
“Mana ada aku rancang semua itu kau jangan buat-buat cerita ye.” Kata Alisya dengan gugup.
“Kau masih tak mahu mengaku itu semua rancangan kau ke kau nak aku cerita semuanya dekat sini biar semua orang yang dekat sini tahu macam mana perangai kau.” Jawab Rindiani sambil berpeluk tubuh.
“Kau jangan nak main tuduh-tuduh saja ya dah la aku nak pergi kantin dulu tepilah.” Ujur Alisya sambil ingin melangkah pergi tapi lengannya ditarik oleh Rindiani.
“Kau nak pergi mana urusan kita masih belum selesai lagi. Kau jangan cuba nak mengelat ye.” Ucap Rindiani sambil mengeratkan pengangannya pada lengan Alisya.
“Urusan apa lagi aku dah tak ada apa yang nak diselesaikan.” Balas Alisya kepada Rindiani.
“Apa kau kata tak ada apa yang nak diselesaikan baik kalau kau tak nak mengaku aku akan ceritakan apa yang sebenarnya belaku. Pada hari itu aku dan kawan-kawan aku duduk disini sambil makan tiba-tiba Hana datang bagitahu yang Sir Samuel nak jumpa aku so aku pun pergi la tapi bila aku masuk ke dalam dan tanya kenapa Sir Samuel nak jumpa aku tapi Sir Samuel kata dia tak ada pun nak jumpa aku. Bila aku keluar saja dari makmal sains itu sudah ada pengetua, ustaz, ustazah dan beberapa Cikgu lainnya. Dari jauh aku nampak kau dengan wajah marah pada masa tu aku tak mau bersangka buruk pada kau tapi bila anak buah Sir Samuel sudah selesai siasat dan ternyata dalang semua tu adalah kau jadi aku terfikir sebenarnya kau nak perangkap Sir Samuel supaya jadi suami kau tapi takdir berkata lain sebab aku yang ditangkap bersama Sir Samuel aku tak marah sebab aku memang mencintai Sir Samuel sejak dari umur aku 12 tahun lagi tapi bila kau dah mereka-reka cerita yang tak betul aku dah tak boleh tahan lagi dah.” Terang Rindiani dengan Panjang. Semua yang mendengar terus berubah riak wajah mereka semua.
“kau jangan nak mengarut boleh tak.” Dalih Alisya dengan gagap.
“Oh kau masih tak nak mengaku ke baik kalau macam tu aku nak tanya Hana betul atau tak apa yang aku cerita tadi Semua ni rancangan Alisya.” Ujur Rindiani kepada Hana yang sedang berada di belakang Alisya.
Mereka semua melihat kearah Hana yang sedang mendiamkan diri. Alisya sudah tersenyum bila melihat Hana mendiamkan diri. Kesabaran Rindiani sudah habis dia menghampiri Hana yang masih mendiamkan diri.
“Hana jawab la apa yang aku tanya tadi biar semua orang yang ada di sini dengar.” Ujur Rindiani kepada Hana dengan kuat sehingga menyebabkan semua yang ada di situ ketakutan.
“Ye memang semua ni adalah rancangan Alisya. Dia rancang supaya dia dan Sir Samuel ditangkap oleh pengetua tapi aku dan Hani tak nak rancangan itu berjaya so aku pergi panggil kau supaya kau yang ditangkap bersama Sir Samuel sebab aku ada dengar kau akan berhenti mencintai Sir Samuel sebab Sir Samuel sudah ada kekasih. Aku minta maaf Indi sebab libatkan kau dalam rancangan gila Alisya ni.” Terang Hana pada Rindiani.
“Tak apa Hana aku sudah maafkan kau. Dan aku nak ucapkan terima kasih pada kau sebab sudah menyatukan aku dengan cinta pertama aku.” Balas Rindiani dan terus memeluk Hana.
“Dan kau aku takkan maafkan kau sebab kau sudah menyebarkan cerita yang tidak betul tentang aku dan Sir Samuel.” Sambung Rindiani sambil melepaskan pelukannya.
“Ada aku kisah.” Balas Alisya dengan nada sombong.
“Kau memang nak kena dengan aku.” Kata Rindiani sambil mengangkat tangan ingin menampar Alisya tapi tangannya dihalang oleh Samuel.
“Honey sabar.” Ujur Samuel sambil memegang tangan Rindiani.
“Hurm.. Kau selamat kali ni.” Ucap Rindiani kepada Alisya.
Tanpa menunggu lama Rindiani terus berlalu pergi selepas mengambil beg sandangnya. Kawan-kawannya yang lain juga mengikuti Rindiani selepas Rindiani berlalu Hani dan Hana juga berlalu mengikuti Rindiani dan kawan-kawannya. Samuel yang masih berada di situ sambil melihat wajah Alisya.
“Ini amaran terakhir saya pada awak Alisya kalau awak nak hidup di jalanan awak teruskan sebar cerita yang tidak betul tentang saya dan isteri saya atau awak nak jadi anak yatim piatu awal kali ini saya tak main-main ye Alisya.” Ujur Samuel dengan tegas dan terus berlalu pergi dari situ.
“Tak guna korang tunggu apa yang akan akubuat pada korang.” Gumum Alisya sendirian dan terus berlalu pergi.
Rindiani dan kawan-kawannya sudah masuk kedalam dewan dan duduk mengikut kelas masing-masing. Hana dan Hani juga ikut duduk berhampiran Rindiani dan kawan-kawannya.
“Indi kitorang nak minta maaf pada kau dan kami nak join kumpulan kau boleh.” Ujur Hani kepada Rindiani.
“Aku dah lama maafkan korang dan korang boleh join group kami.” Balas Rindiani dengan senyuman.
“Thanks Indi.” Ucap Hana dengan gembira.
“Kejap kalau korang join group kitorang Alisya macam mana.” Soal Kaysha dengan berkerut dahi.
“Lantak la dia kitorang dah malas nak ambil tahu pasal dia tak habis dengan iri hati dia saja.” Jawab Hani.
“Ish.. korang ni tak baik la macam tu Alisya kan pernah jadi kawan korang so korang kena la berbaik dengan dia.” Ujur Rindiani kepada Hana dan Hani.
“Ha ye la.” Jawab Hana dan Hani serentak.
Mereka berbual-bual berserta gelak tawa Alisya yang melihat kedua sahabatnya rapat dengan Rindiani terus berubah wajahnyha. Setelah semua guru-guru dan pelajar sudah berada di dalam dewan penolong pengawas terus memanggil Rindianiselaku ketua pengawas naik ke atas pentas. Tanpa menunggu lama Rindiani terus naik keatas pentas dengan wajah tegasnya.
“Assalammualaikum dan selamat sejahtera kita mulakan perhimpunan kita pagi ini dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Mohd Zulkifli Bin Zulkarnain dipersilakan.” Ujur Rindiani dan terus mengundur 5 tapak ke belakang. Setelah Rindiani mengundur kebelakang Zulkifli terus mula memimpin bacaan doa. Setelah selesai bacaan doa Rindiani meneruskqan perhimpunan pagi itu sehingga akhir tiba-tiba Samuel terus bangun dari tempatnya dan mendekati microphone dan dia memulakan dengan memberi salam dan dijawab oleh semua yang ada di dalam dewan itu.
“Assalammualaikum.. Maaf saya nak minta waktu dari kamu semua sebab saya ada nak bagitahu tengtang gossip yang sudah tersebar antara saya dan Rindiani. Pasti semua ada mendengar cerita tentang saya dan Rindiani betul.” Tanya Samuel kepada mereka semua.
“Betul.” Jawab Semua pelajar yang ada di dewan itu.
“Baik disini saya nak terangkan apa yang kamu semua dengar itu adalah kurang tepat kenapa kurang tepat sebab orang yang bagitahu cerita ini sudah menokok tambah cerita yang sebenarnya. Yang sebenarnya memang saya dan Rindiani di tangkap oleh pengetua dan guru-guru yang lain tapi ini semua adalah rancangan dari salah seorang pelajar yang menyukai saya. Dia mahu saya dan dia yang ditangkap oleh pengetua tapi rancangan itu gagal sebab saya ditangkap dengan Rindiani dan bukan dengan dia. So dia sebarkan cerita yang sudah ditambah supaya kamu semua sangka ini rancangan saya atau Rindiani. Bagi pengetahuan semua sayan dan Rindiani sudah berkahwin selepas dari kejadian itu dan semasa di Pulau Perhentian jug pelajar ini ada buat sesuatu yang menyebabkan Rindiani terluka dan selepas ini jika perkara ini terjadi lagi saya akan ambil tindakan tegas kepada dia. Okey itu saja yang saya nak sampaikan terima kasih.” Terang Samuel dengan Panjang lebar.
“Sama-sama Sir.” Jawab semua yang ada disitu.
Setelah menyampaikan ucapan itu Samuel terus berjalan meninggalkan dewan itu dengan segera. Rindiani dan kawan-kawannya terus masuk kedalam kelas dan duduk di tempat masing-masing. Hana dan Hani juga sudah tukar tempat dengan kawan mereka yang lain mereka sudah tak mahu berurusan dengan Alisya lagi.
Share this novel