BAB 25

Romance Series 71296

Bab 25

Setelah 2 minggu bertungkus lumus akhirnya mereka sudah selesai menjalani peperiksaan SPM. Rindiani pergi sekolah seperti biasa sejak peristiwa itu Rindiani kurang bercakap dengan Samuel.

"Indi wait." Panggil Samuel sambil berlari.

"What." Tanya Rindiani memandang ke arah lain.

"Nanti balik dengan saya boleh sebab saya ada nak bawa awak pergi suatu tempat." Balas Samuel sambil mengatur nafasnya.

"Sorry saya dah janji dengan Samaira nak balik dengan dia." Kata Rindiani sambil melihat kearah lain.

"Oh ye ke tak apa lah kalau macam tu lain kali la saya bawa awak pergi sana." Jawab Samuel.

"Ada apa-apa lagi ke kalau tak ada saya pergi dulu ye." Ucap Rindiani dan terus berlalu pergi meninggalkan Samuel sendirian.

Samuel hanya melihat langkah Rindiani pergi meninggalkannya sendirian di situ. Hatinya merasa sakit sekali kerana Rindiani menolak pelawaannya.

'kenapa dia asyik mengelak dari keluar dengan aku. Ya Allah kenapa hati aku rasa sakit sangat sekarang ni.' Gumum Samuel sendiri dan terus berlalu ke bilik guru.

Rindiani masuk ke dalam kelas dan duduk di tempatnya. Walaupun dia sangat merindukan Samuel tapi dia perlu menjauhkan dirinya dari Samuel.

'Sorry awak mungkin ini lebih baik untuk kita.' Gumum Rindiani di dalam hati.

"Wey Indi tadi kau pergi mana." Tanya Kaysha sambil duduk di tempatnya.

"Aku pergi tandas." Balas Rindiani sambil melihat keluar tingkap.

"Aku ada benda nak bagitahu kau ni tapi kau jangan potong bila aku cakap boleh." Kata Kaysha dengan berbisik-bisik.

"Apa yang kau nak bagitahu aku tadi okey aku janji aku akan dengar sampai habis dulu." Jawab Rindiani yang masih melihat ke luar tingkap.

"Tadi masa aku baru keluar dari bilik guru aku nampak Sir Samuel muka dia lain la. Kau tahu tak hidung dan mata dia merah semacam je aku tengok takut pula aku." Ujur Kaysha sambil melihat ke wajah Rindiani.

"Merah kenapa pula takkan sebab tadi kot." Gumum Rindiani sendiri.

"Maira sini kejap." Panggil Rindiani sambil melambai tangannya.

"Ada apa Indi." Soal Samaira sambil duduk di hadapan Rindiani.

"Aku nak tanya kalau Sir Samuel marah apa yang jadi pada muka dia maksud aku ada tak perubahan macam merah mata ke merah hidung ke apa ke." Tanya Rindiani sambil melihat tepat pada wajah Samaira.

"Setahu aku kalau Along marah telinga dia yang merah tapi kalau mata dan hidung tu mungkin sebab dia baru menangis atau sedang tahan nangis. Kenapa kau tanya macam tu Indi." Jawab Samaira dengan berkerut dahi.

Mendengar saja jawapan dari Samaira terbuntang mata Rindiani dan Kaysha. Samaira juga jadi penasaran kenapa kakak iparnya tanya soalan sebegitu kepadanya.

"Tadi masa aku baru keluar dari bilik guru aku nampak mata dan hidung Sir merah sebab tu aku bagitahu Indi tapi bila dengar jawapan kau tadi aku rasa Sir Samuel baru lepas nangis tapi sebab apa aku pun tak tahu." Kata Kaysha sambil melihat ke arah Rindiani.

"Tadi dia ada ajak aku pergi suatu tempat lepas waktu sekolah tapi aku tolak sebab aku dah janji dengan kau kan Maira nak balik sekali saja takkan sebab tu kot tak mungkinlah." Balas Rindiani.

"Aku rasa boleh jadi sebab dia ada bagitahu mama yang dia akan balik lewat hari ni pejabat pun dia tak masuk.” Ujur Samaira.

“Buat masa sekarang biarlah aku menjauh dari dia dulu.” Ucap Rindiani sambil memandang ke luar tingkap.

“Tapi baik kau bincang dengan dia elok-elok tak baiklah kau buat dia macam ni.” Balas Natasha sambil membaca novelnya.

“Eh ye la. Maira aku nak minta tolong kau sikit boleh tak.” Tanya Rindiani kepada Samaira.

“Kau nak minta tolong apa kalau aku boleh tolong aku akan tolong kau.” Balas Samaira dengan senyuman.
“Aku nak minta tolong kau pergi jumpa dengan Sir lepastu kau bagitahu dia yang aku nak jumpa dia di makmal sains 2 masa rehat nanti boleh.” Kata Rindiani sambil melihat wajah Samaira.

“Boleh aku pergi sekarang la ye nanti along ada kelas pula.” Jawab Samaira dan terus menarik tangan Amy keluar dari kelas itu.

Samaira keluar dan terus berjalan dengan laju kea rah bilik guru. Sampai saja di bilik guru itu Samaira terus masuk diikuti dengan Amy dari belakang. Samuel yang sedang menanda buku Latihan di hadapannya langsung terkejut bila ada yang menepuk bahunya.

“Oh Mak Kau Hijau.” Latah Samuel sambil memegang dadanya.

“Haih apa kau ni adik buat aku terkejut je nasib aku tak ada sakit jantung kalau tak dah lama aku gone.” Sambung Samuel.

“Kalau along gone tak boleh la jumpa dengan Kak Long nanti time rehat kan Amy.” Kata Samaira sambil menyiku lengan Amy.

“Apa kau kata tadi jumpa Kak Long. Aku tak faham.” Balas Samuel dengan berkerut keningnya.

“Ish along ni nama saja cikgu tapi tu pun tak faham. Tadi Indi suruh adik bagitahu along yang dia nak jumpa dengan along di makmal sains 2 waktu rehat nanti boleh tak.” Ujur Samaira kepada Samuel.

“Boleh nanti along pergi.” Ucap Samuel dengan teruja dan senyuman yang sangat manis.

“Okey kalau macam tu adik naik kelas dulu sebelum tu adik nak yang ni sikit.” Kata Samaira sambil mengambil beberapa coklat Cadbury yang ada di atas meja Samuel dan terus belalu pergi.

Setelah Samaira dan Amy keluar Samuel melanjutkan kerjanya yang tertangguh tadi dengan senyuman. Cikgu Haziq yang baru masuk ke dalam bilik guru itu berkerut dahi melihat Samuel tersenyum seorang diri. Samaira masuk ke dalam kelasnya dan memberitahu yang Samuel akan menemui dengan Rindiani.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience