BAB 4
Mereka bertiga terus ke kelas dan duduk ditempat masing-masing sambil menunggu kelas pertama bermula Kaysha dan Natasha berbual-bual sementara Rindiani sedang menulis dengan fokusnya di dalam notnya yang berwarna hijau.
“Wey Indi kau tulis apa ni.” Tanya Natasha yang sedang duduk dihadapan Kaysha.
“Novel aku la apa lagi dateline dah dekat.” Jawab Rindiani yang masih fokus menulis.
“Yang ni tajuk apa pula.” Soal Kaysha sambil melihat wajah Rindiani.
“Aku tak tahu lagi aku tulis dulu ceritanya nanti baru aku bincang dengan Maria nak letak tajuk apa.” Balas Rindiani sambil membalas pandangan Kaysha.
“Oh okey yang ni kisah tentang apa pula.” Tanya Kaysha lagi.
“Kalau nak tahu kau kena la baca novel aku.” Jawab Rindiani dan terus melanjutkan menulis novelnya.
“Ala kau pun tahu yang aku mana suka baca novel ni tapi kalau komik tu aku okey la.” Kata Kaysha dengan senyuman.
“Tak apa nanti aku cerita kat kau, aku kan peminat setia novelis Nuri so semua cerita dia aku tahu.” Ujur Natasha sambil menunjuk novel terbaru Rindiani yang ada ditangannya.
“Wow kau beli bila thanks sebab support karya aku Sha love you.” Ucap Rindiani sambil membuat mini love kepada Natasha.
“Welcome. Semua novel kau, aku ada yang ni pun aku dah baca separuh tak sabar nak baca yang terbaru pula. Cepat sikit tau publish tu.” Kata Natasha.
“Wey Cikgu Zul dah datang.” Ujur salah seorang rakan sekelas RIndiani. Rindiani yang mendengar terys menyimpan notnya ke dalam beg sekolahnya.
Cikgu Zul masuk dan terus mengajar kelas Rindiani. Setelah itu Cikgu Zul memberi mereka soalan-soalan untuk mereka buat. Semua murid menjawab dengan senyap tanpa ada sedikit pun suara kerana takut akan Cikgu Zul. Setelah menjawab soalan-soalan itu mereka terus menghantar buku masing-masing kepada Cikgu Zul.
Kring.. Kring..
“Baik sampai sini saja kelas saya Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.” Ucap Cikgu Zul dengan tegas.
“Wa’alaikummussalam dan salam sejahtera Cikgu.” Jawab Semua murid ikut agama masing-masing.
“Wey lepas ni kan waktu Math siapa yang akan ganti Cikgu Hidayah ye aku jadi berdebar-debar la Cikgu lelaki ke Cikgu perempuan ye aduh.” Kata Amy yang sedang duduk di sisi Natasha.
“Entah la aku cuma harap satu saja dia tak garang macam Cikgu Zul sudah la.” Balas Kaysha sambil menungkat dagunya.
“Tu la aku pun sama la.” Natasha menyokong kata-kata Kaysha.
“Kau rasa macam mana Indi.” Soal Amy kepada Rindiani yang sedang menulis novelnya.
“Aku mana-mana pun boleh janji jangan bagi homework melampaui batas sudah.” Balas RIndiani yang masih fokus menulis.
“Oh ya Indi congrats ya untuk pencapaian novel terbaru kau, aku dengar novel kau paling banyak terjual sekali lagi congrats ye.” Ucap Amy dengan senyuman.
“Thanks Amy.” Balas Rindiani dengan senyuman yang membuatkan lesung pipitnya timbul dan dia Kembali fokus pada notnya.
5 minit kemudian seorang lelaki berbaju kemeja berwarna hijau muda masuk ke dalam kelas itu. Semua yang melihat terus tersenyum lebar Kaysha yang melihat terus menyiku Rindiani yang sedang fokus menulis. Rindiani terus melihat ke arah Kaysha dan terus melihat kearah Kaysha.
“Apa kau ni.” Tanya Rindiani dengan kesal.
“Tu ke Cikgu baru kita macam kenal je.” Balas Kaysha dengan berbisik-bisik.
“Dia buat apa di sini aduh jantung aku dah mula buat hal dah ni.” Kata Rindiani juga dalam keadaan berbisik-bisik.
“Bangun Assalammualaikum dan salamat sejahtera Cikgu.” Kata ketua kelas dengan kuat dan diikuti semua murid yang ada di dalam kelas itu.
“Wa’alaikummussalam sila duduk, perkenalkan nama saya Ahmad Samuel Gabriel bin Ahmad Shamsul boleh panggil saya Sir Sam. Umur 26 tahun dan saya akan mengajar kamu Math.” Ujur Samuel dengan senyuman dengan pakej lesung pipit di kedua pipinya.
‘Ya Allah dia buat apa disini aduh jantung aku dah buat hal dah.’ Gumum Rindiani didalam hati.
“Baik saya nak kamu semua perkenalkan diri masing-masing mula dari kamu yang duduk ditepi pintu itu.” Kata Samuel sambil menunjuk kearah ketua kelas itu.
Setelah semua memperkenalkan diri kini tibalah giliran Rindiani. Rindiani berdiri sambil mengenggam tangannya menjadi satu. Samuel yang melihat terus tersenyum senget.
“Saya Nur Rindiani Binti Ahmad Radzi boleh panggil saya Indi.” Ujur Rindiani dan terus duduk semula.
“Baik sebelum saya mulakan kelas hari ini kamu ada apa-apa soalan tak.” Tanya Samuel.
“Saya em.. saya nak tanya Cikgu sudah ada girlfriend ke.” Soal Alisya dengan nada gedik.
“Oh kalau yang tu semestinya sudah tipu la kalau saya kata tak ada. Okey cukup mari kita mulakan kelas kita ye.” Jawab Samuel. Wajah Rindiani dan Alisya terus berubah selepas mendengar jawapan dari Samuel.
“Baik Sir.” Jawab semua murid yang ada didalam kelas itu.
Samuel mula mengajar kelas pertamanya dengan gembira. Alhamdulillah semua murid yang ada di dalam kelas itu menerima cara Samuel mengajar dan mereka mudah memahami apa yang diajar oleh Samuel.
“Okey kalau semua sudah faham saya nak kamu buat soalan dimuka surat 65-80 ye.” Kata Samuel sambil berdiri.
“Banyaknya Sir.” Ujur Salah seorang rakan sekelas Rindiani.
“Oh.. Banyak so kamu buat dari muka surat 65-85 full stop.” Balas Samuel dengan tegas.
“Baik sir.” Jawab Semua yang ada di dalam kelas itu.
“Good. Saya nak esok kumpul ye.” Ucap Samuel yang sedang duduk ditempat guru yang disediakan.
“Baik Sir.” Balas Semua serentak.
“Baik kamu semua sudah boleh mula jawab sekarang dan saya minta izin ke bilik air kejap ye.” Ujur Samuel dan berlalu keluar dari kelas Rindiani.
Setelah Samuel keluar dari kelas itu Alisya juga turut mengikut langkah Samuel tanpa Samuel sedari. Setelah Samuel masuk ke dalam salah satu bilik air itu Alisya turut masuk dan melekatkan sehelai kertas di bahagian dalam pintu itu.
“Okey done.” Gumum Alisya dengan perlahan.
Tak lama kemudian Samuel keluar dan terus ke sebuah singki untuk membasuh tangannya. Selepas itu baru saja dia hendak keluar dia melihat kertas yang ada namanya dilekatkan dipintu itu dan dia mengambil dan terus membacanya.
‘I LOVE YOU AND YOU WILL BE MINE FOREVER SIR SAMUEL.’ Samuel membaca tulisan yang ada di kertas itu.
Tanpa menghiraukan kata-kata itu Samuel terus keluar dan menyimpan surat itu ke dalam poket seluarnya dan terus ke kelasnya semula. Samuel mengajar kelas itu sehingga habis waktu.
Share this novel