BAB 74

Romance Series 71296

Rindiani menyambut anaknya dengan perlahan-lahan. Setelah itu Samuel terus membantu menurunkan sedikit katil itu sepaya mudah untuk Rindiani menyusui anak mereka.

“Baik kalau macam tu kami balik dulu nanti petang kami datang lagi ye.” Kata Tan Sri Shamsul kepada anak menantunya itu.

“Ha yela papa nanti pesan pada Ben untuk bawa balik kereta along sebab along akan teman Indi sampai keluar wad nanti.” Pasan Samuel kepada Tan Sri Shamsul.

“Ha okey.” Balas Tan Sri Shamsul lagi.

“Baik kami balik dulu assalamualaikum.” Ucap Dato Radzi kepada anak dan menantunya dan terus keluar dari bilik itu.

“Wa’alaikummussalam.” Jawab Samuel dan Rindiani serentak.

Setelah semua keluarga mereka balik Samuel menghampiri Rindiani yang sedang menyusu itu. Tersenyum Samuel melihat anaknya sedang menyusu dengan lancar Rindiani juga tidak kekok kerana di Australia Rindiani menghadiri kelas mengurus baby.

“Honey nak makan apa-apa tak hubby belikan.” Tanya Samuel kepada Rindiani yang sedang menyusu itu.

“Tak payah la hubby kejap lagi hospital akan hantar makanan honey makan yang tu saja la.” Balas Rindiani dengan senyuman kepada Suaminya.

“Okey kalau macam tu hubby order untuk hubby saja la ye.” Ujur Samuel sambil menaip sesuatu ditelefonnya

“Okey.” Jawab Rindiani dengan ringkas.

“Nasib honey sempat makan lemang periuk kera dan rendang nasib semalam kan kalau tak hubby tak tahu la jadi apa.” Kata Samuel sambil melihat wajah Rindiani.

“Itu la tadi pun sempat makan tapi sikit saja tapi tak apa semalam dah makan banyak dah kan.” Balas Rindiani sambil menepuk belakang anaknya.

“Honey dah ada nama untuk si kembar kita ni.” Soal Samuel kepada isterinya itu.

“Ada beberapa yang honey pilih.” Balas Rindiani sambil meletakkan anaknya kedalam crandle.

“Apa mana tahu hubby suka dengan nama tu.” Ujur Samuel kepada Rindiani dengan berkerut dahinya.

“Meh sini.” Ucap Rindiani dan terus berbisik di telinga Samuel.

“Nama yang bagus makna dia pun baik hubby setuju.” Jawab Samuel dengan senyuman yang manis.

Setelah sepakat dengan nama yang dipilih oleh Rindiani, Samuel terus menyimpan nama itu kedalam telefonnya. Rindiani juga gembira kerana nama pilihannya disukai oleh suaminya. Setelah itu Samuel menerima begitu banyak notifikasi ditelefonnya dan dia terus membuka.

“Ya Allah banyaknya mana hari ini hari raya pula tu aduh diorang ni.” Gumum Samuel sambil melihat skrin telefonnya itu.

Rindiani yang mendengar terus menoleh kearah Samuel dengan berkerut dahinya. Lama dia memerhati wajah suaminya itu tapi langsung taka da tindak balas dari suaminya itu. Rindiani terus mengambil telefonnya dan menghantar chat kepada seseorang dan terus kembali berbaring di katil itu.

“Hubby okey ke.” Tanya Rindiani kepada Samuel yang masih fokus melihat telefonnya itu.

“Okey Cuma banyak dokumen yang hubby kena check tapi tulah telefon ni kecik jadi lambat sikit ka checknya dah honey rehat la hubby temankan honey okey.” Balas Samuel kepada isterinya sambil mata dan tangannya masih pada telefonnya.
“Okey nanti kalau ada yang ketuk pintu hubby tolong buka ye.” Ujur Rindiani kepada Samuel dengan senyuman.

“Okey honey.” Jawab Samuel dengan ringkas.

Tanpa menunggu lama Rindiani sudah tertidur disisi Samuel. Samuel masih lagi melakukan kerjanya di telefonnya dengan fokus. 30 minit kemudian ada yang mengetuk pintu dan Samuel terus membuka dan melihat ada Ben dan Samaira dihadapan pintu itu.

“Ha ada apa.” Tanya Samuel kepada mereka berdua.

“Maaf bos tadi Puan chat saya suruh hantarkan laptop bos sebab tu saya dan Maira ada disini.” Balas Ben sambil menghulurkan beg laptop itu kepada Samuel.

“Oh ye ke thanks dah korang masuklah.” Ujur Samuel kepada adik dan anak buahnya itu.

“Indi buat apa along.” Soal Samaira kepada abangnya itu.

“Indi tidur dia masih letih lagi. Itu yang along suruh dia rehat.” Jawab Samuel dan terus duduk di sisi Rindiani semula.

“Masyaallah comelnya anak buah adik ni along. Yang mana yang pertama dan yang kedua along.” Tanya Samaira kepada Samuel sambil tangannya menyentuh pipi salah seorang anak buahnya itu. Kerana dia baru pertama kali melihat anak-anak buahnya itu kerana semasa Rindiani melahirkan dia kena berjumpa dengan bos tempat dia praktikal.

“Yang dibedung dengan kain biru tu yang pertama dan yang kedua yang dibedung dengan kain pink tu.” balas Samuel sambil melakukan kerjanya mengunakan laptopnya.

“Wow comelnya rasa macam nak peluk kuat-kuat.” Ujur Samaira sambil membuat gaya sekali.

“Kau jangan nak mengada ye along benarkan semua orang sentuh saja kalau lebih no way.” Ucap Samuel dengan tegas kepada adiknya itu.

Setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Samuel. Samaira terus menarik muncung itiknya. Ben yang melihat gelagat kekasih hatinya itu turut tersenyum manakala Samuel masih lagi fokus dengan pekerjaannya.

Tok.. Tok..

“Adik tolong bukakan pintu tu jap.” Kata Samuel yang masih menaip di laptopnya.

“Ye ada apa.” Tanya Samaira sambil membuka pintu itu.

“Maaf cik ini makanan untuk Puan Rindiani makan sampai habis ye terima kasih.” Balas Nurse itu dengan senyuman dan terus berlalu pergi.

Samaira hanya membalas dengan anggukan dan terus masuk kedalam bilik itu. Samaira meletakkan dulang itu di atas meja sisi katil Rindiani itu dan terus duduk di sisi Ben.

“Along nurse tu pesan suruh Indi makan makanan itu sampai habis.” Ucap Samaira kepada Samuel.

“Ha okey. Honey, honey bangun makan. Nurse dah hantarkan makanan untuk honey.” Panggil Samuel sambil menepuk-nepuk tangan Rindiani perlahan.

“Ada apa hubby.” Tanya Rindiani yang masih mamai itu.

“Bangun makan nurse dah hantar makanan tu.” Balas Samuel kepada Rindiani dengan senyuman.

“Okey.” Ujur Rindiani dan terus bangun bersandar di kepala katil.

Baru saja Rindiani bersandar tiba-tiba matanya terpandang 2 sosok asing didalam bilik itu. Samaira dan Ben hanya tersenyum bila Rindiani memandang kearah mereka.

“Bila korang sampai.” Tanya Rindiani kepada Samaira dan Ben.

“Baru setengan jam yang lalu. Oh ya tahniah kak long dan along sebab dapat baby kembar. Aku ingat seorang saja rupanya 2 terus kau dan along proses wow hebat gile.” Balas Samaira dengan senyuman dan mengangkat 2 jari ibu ke atas.

“Dah kau tak payah nak merepek ye aku nak makan ni nanti tak pasal-pasal ada yang telan sudu dengan garfu ni.” Ucap Rindiani sambil mengelap sudu dan garfu ditangannya.

“Okey-okey aku diam sorry jangan la marah kak long.” Jawab Samaira dengan muncung itiknya.

Rindiani menyambung menikmati makanan yang dihadapanya manakala Samuel dan Ben hanya melihat keduanya sambil mengelengkan kepala saja. Setelah itu Samuel kembali menyiapkan kerjanya semula dan yang lain hanya berbual-bual kosong saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience