BAB 40

Romance Series 71296

Setelah Samaira, Amy dan Natasha keluar dari Caravan itu Samuel terus masuk ke dalam bilik air dan membersihkan diri. Setelah 15 minit membersihkan diri Samuel keluar dan melihat isterinya sudah bangun dan sedang bersandar dikepala katil sambil bermain telefon.

“Honey, awak sudah bangun nak mandi dulu ke nak makan dulu.” Tanya Samuel sambil menyidai tualanya.

“Saya nak mandi dulu la tapi baju saya macam mana.” Balas Rindiani sambil duduk di birai katil.

“Baju awak jangan risau sebab tadi saya dah suruh Kaysha ambilkan dan ini dia baju awak.” Kata Samuel sambil menunjuk kearah sebuah beg yang berwarna merah itu.

“Ye ke ha okey la saya mandi dulu la.” Jawab Rindiani sambil ingin bangun berdiri tapi di halang oleh Samuel.

“Dah awak jangan bangun biar saya yang angkat awak okey.” Ucap Samuel dan terus mencempung RIndiani masuk ke dalam bilik air.

Semuel mencempung Rindiani ke bilik air Rindiani hanya terdiam kerana terkejut dengan tindakan Samuel. Samuel meletakkan Rindiani di atas sebuah kerusi kecil yang ada di dalam bilik air itu dan Samuel terus keluar meninggalkan Rindiani sendirian di dalam bilik air itu.

“Honey, awak mandi dulu nanti kalau sudah siap awak panggil saya ye awak jangan nak cuba-cuba jalan sendiri ye.” Laung Samuel dari luar bilik air.

“Ye la.” Jawab Rindiani ringkas.

Setelah 30 minit membersihkan diri dan menganti pakaian Rindiani memanggil Samuel tapi tak ada jawapan akhirnya Rindiani keluar dari bilik air sendiri. Setelah keluar dari bilik air dia melihat Samuel tak ada di dalam caravan itu dia terus duduk dibirai katil sambil melihat jam di telefonnya.

“Baru 11.30 awal lagi aktiviti selanjutnya petang pukul 3 aduh bosannya duduk dalam ni seorang-seorang.” Gumum Rindiani sendirian.

“Siapa kata honey seorang-seorang saja di dalam ni Hubby kan ada untuk temankan honey.” Kata Samuel kepada Rindiani dengan senyuman.

“Awak buat apa kat sini kenapa tak tolong Cikgu Haziq di luar sana.” Soal Rindiani sambil melihat Samuel yang sedang menutup pintu caravan itu.

“Hubby baru saja lepas jumpa Haziq sekarang hubby akan teman honey okey.” Balas Samuel sambil duduk disisi Rindiani.

“Awak rehat la dulu saya nak buat kerja kejap.” Ujur Rindiani sambil ingin bangun berdiri.

“Kejap honey, hubby nak bagitahu satu perkara pada honey.” Ucap Samuel sambil memegang tangan Rindiani.

“Perkara apa yang awak nak bagitahu saya.” Tanya Rindiani sambil berdiri di hadapan Samuel.

“Hubby bak bagitahu yang hubby.. hubby..” Kata-kata Samuel terhenti kerana dia berasa gugup tiba-tiba.

“Hubby.. hubby.. cuba cakap betul-betul.” Ujur Rindiani sedikit kuat.

“Sorry hubby nervous pula nak cakap okey sebenarnya hubby sudah mula jatuh cinta dengan honey, hubby sendiri pun tak tahu sejak bila perasaan ni muncul dalam hati hubby yang penting sekarang ni hubby betul-betul sudah mencintai honey.” Ucap Samuel sambil menatap wajah Rindiani.

“Hah awak jangan buat lawak boleh tak kalau awak mencintai saya macam mana dengan Rania awak juga mencintai dia saya tak nak jadi perampas.” Balas Rindiani sambil menjauh dari Samuel.

“No honey, honey bukan perampas. Honey isteri hubby yang sah jadi hubby berhak mencintai honey. Honey tak perlu dengar apa yang orang-orang kata yang penting kita sudah sah disisi agama dan undang-undang.” Terang Samuel sambil mengusap pipi isterinya.

“Ye memang kita sudah sah disisi agama dan undang-undang tapi..” Kata-kata Rindiani dipotong oleh Samuel.

“Tak ada tapi-tapi sekarang hubby sudah bagitahu tentang perasaan hubby pada honey sekarang dan hubby nak tahu adakah honey masih mencintai hubby seperti dulu.” Tanya Samuel sambil menatap wajah isterinya itu.

“Rania macam mana.” Soal Rindiani sambil melihat mata suaminya.

“Tentang Rania tu honey tak perlu la risau dia juga sudah ada pilihannya sendiri Hubby dengan dia sudah tak ada apa-apa lagi kalau honey tak percaya honey boleh tanya Ben dia pun ada masa hubby putus dengan Rania.” Balas Samuel sambil mengusap kepala isterinya.

“Hurm yela.” Kata Rindiani acuh tak acuh.

“Honey please hubby nak tahu apa perasaan honey pada hubby sekarang.” Ujur Samuel sambil duduk di birai katil.

“Sorry perasaan saya sudah..” Ucapan Rindiani terhenti apabila dipotong oleh Samuel.

“Tak apa hubby faham honey buat la kerja dulu nanti hubby datang balik.” Potong Samuel dan ingin berlalu pergi tapi terhenti apabila lengannya ditarik.

“Saya belum habis cakap awak sudah potong cuba dengar sampai habis.” Ujur Rindiani sambil menarik lengan Samuel.

“Hubby tahu perasaan honey sudah tak ada pada hubby lagi kan tak apa hubby faham.” Balas Samuel sambil melihat kearah lain.

“Hubby, honey belum habis cakap hubby sudah potong cuba dengar dulu apa yang honey nak bagitahu. Sebenarnya honey nak bagitahu yang perasaan honey sudah ada pada hubby dari dulu lagi tak pernah sikit pun berkurang malah semakin honey cuba untuk melupakan hubby perasaan tu makin bertambah I Love You Hubby.” Ucap Rindiani sambil menundukkan kepalanya.

“Betul ke apa yang honey katakan ni.” Soal Samuel tak percaya.

“Ye betul honey sudah lama mencintai hubby sejak dari honey umur 12 tahun lagi tapi honey hanya pendamkan saja tapi bila honey tahu yang hubby sudah ada kekasih hati honey cuba untuk membuang perasaan ini tapi tak berjaya jadi honey hanya mampu mencintai hubby walau hanya dalam diam. Walaupun kita sudah berkahwin pun honey masih cuba membuang perasaan tu sebab honey tahu honey tak mungkin akan dapat hati hubby sebab hubby sudah ada kekasih hati tapi hari ini honey gembira sebab honey dapat dengar luhan hati hubby untuk honey thanks hubby.” Terang Rindiani sambil mengalir airmatanya.

“Maafkan hubby sebab hubby tak pernah tahu tentang perasaan honey pada hubby. Mulai saat ini kita mulakan hidup kita yang baru sebagai suami isteri yang sebenar-benarnya ye.” Balas Samuel sambil mengusap pipi Rindiani yang dibasahi oleh airmata itu.

“Baik hubby.” Kata Rindiani sambil menganggukkan kepalanya.

Setelah mendapat jawapan dari Rindiani, Samuel terus memeluk isterinya dengan erat sekali dan Rindiani juga turut membalas pelukan itu. Samuel menarik Rindiani duduk di birai katil dan Rindiani hanya mengikuti saja tindakan suaminya itu.

“Terima kasih honey sebab masih setia mencintai hubby. Hubby takkan sesekali tinggalkan honey itu janji hubby pada honey.” Kata Samuel sambil mengusap pipi isterinya.

“Honey yang patut ucapkan terima kasih sebab membalas rasa cinta yang honey pendam selama ini pada hubby.” Balas Rindiani sambil melihat kedalam mata Samuel.

“Sama-sama honey.” Ucap Samuel dan terus mencium bibir isterinya.

Hari itu bermulalah kehidupan mereka sebagai pasangan suami isteri yang sebenarnya dan mereka melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan rela. Tepat pukul 3 mereka terus berkumpul dengan yang lain di tempat berkumpul semua kawan-kawannya pelik melihat Rindiani dan Samuel asyik senyum saja sejak dari keluar dari caravan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience