Rindiani menyandarkan kepalanya dibahu Samuel. Samuel mengenggam tangan Rindiani dan diletakkan di atas pehanya. Tiba-tiba dia teringat sesuatu dan terus memberitahu kepada Rindiani
“Honey dah bagitahu ibu kalau honey nak stay rumah mama, papa.” Tanya Samuel kepada Rindiani.
“Allah honey belum bagitahu la hubby kejap honey coll ibu kejap ye.” Balas Rindiani dan mengambil telefonnya yang ada di dalam beg galasnya.
Setelah mengambil telefonnya Rindiani terus menelefon ibunya. Panggilan bersambung tapi tak dijawab oleh Datin Rose. Rindiani mencuba lagi tapi tetap sama Rindiani menoleh kearah Samuel dengan berkerut dahinya.
“Kenapa honey.” Tanya Samuel kepada Rindiani.
“Ibu tak jawab la risau pula ibu tak pernah macam ni.” Balas Rindiani dengan cemas.
“Insyaallah tak apa honey try coll lagi kalau ibu tak jawab honey coll babah.” Kata Samuel sambil mengusap tangan Rindiani.
“Okey hubby.” Jawab Rindiani dan dia terus menelefon ibunya lagi.
“Hello Assalammualaikum ibu, ibu sihat.” Tanya Rindiani kepada Datin Rose di talian.
“Wa’alaikummussalam ibu sihat ada apa asyu coll ibu ni.” Balas Datin Rose sambil melihat bunga-bunganya yang ada di halaman belakang rumahnya.
“Tadi asyu coll ibu banyak kali tapi ibu tak jawab risau asyu.” Kata Rindiani dengan berkerut dahinya.
“Asyu tak perlu risau la ibu baik-baik saja ni ada apa asyu coll ibu.” Soal Datin Rose.
“Asyu coll nak bagitahu yang asyu nak pergi rumah mama, papa dalam beberapa hari.” Jawab Rindiani sambil bermain dengan tangan Samuel.
“Okey sayang nanti kirim salam ibu pada mama ya.” Ujur Datin Rose dengan senyuman.
“Insyaallah ibu. Ni ibu sedang buat apa.” Tanya Rindiani kepada Datin Rose.
“Tadi ibu berbual-bual dengan Pak Samad dekat luar tu yang tak dengar telefon berbunyi. Sekarang ibu ada di luar sambil melihat bunga-bunga ibu saja.” Balas Datin Rose.
“Oh patut la oh ya ibu sekarang asyu on the way balik Kuala Lumpur.” Kata Rindiani dengan senyuman sambil melihat wajah suaminya.
“Ye ke okey nanti ada apa-apa bagitahu ibu atau babah ye.” Jawab Datin Rose dengan senyuman.
“Okey la ibu, asyu nak buat kerja kejap nanti apa-apa asyu coll ye.” Ujur Rindiani.
“Ha ye la. Assalammualaikum.” Ucap Datin Rose di talian.
“Wa’alaikummussalam.” Jawab Rindiani dan terus menamatkan panggilan itu.
Setelah menamatkan panggilan Rindiani menyimpan telefonnya ke dalam beg galasnya. Samuel melihat Rindiani yang sedang mengambil buku nota itu terus menegakkan badannya dan terus melihat tepat kearah wajah isterinya itu.
“Honey tak nak bagitahu hubby ke kerja apa yang honey sebenarnya.” Ujur Samuel kepada Rindiani.
“Sorry buat masa sekarang honey belum bersedia nak bagitahu hubby lagi sorry hubby.” Ucap Rindiani sambil mengusap wajah suaminya.
“It’s Okey hubby faham nanti kalau honey sudah bersedia untuk bagitahu hubby, hubby ada untuk honey.” Jawab Samuel dengan senyuman walaupun dia sedikit kecewa dengan jawapan Rindiani.
“Sekali lagi honey minta maaf hubby.” Kata Rindiani.
“Tak apa dah honey buat la kerja tu hubby nak settlekan kerja hubby juga nanti kalau mengantuk honey tidur saja okey.” Balas Samuel dengan senyuman dan terus membuka telefonnya.
“Okey hubby.” Ucap Rindiani dan terus menyambung menulis di buku notanya.
Rindiani dan Samuel melakukan kerja masing-masing dengan suasana yang sunyi sekali. Setelah menulis dua chapter Rindiani menoleh kearah Samuel yang sedang fokus dengan telefonnya saja.
‘Khusyuk gila dia ni kalau buat kerja. Aduh tekak aku dah kering ni dahaga la pula. Ha aku tahu nak buat apa.’ Gumum Rindiani didalam hati dan terus menyimpan buku notanya ke dalam beg galasnya.
Setelah menyimpan buku notanya kedalam beg galasnya Rindiani mengambil telefonnya dan terus menaip sesuatu pada telefonnya. Setelah selesai Rindiani menutup telefonnya dengan senyuman yang manis dan terus bersandar di kerusinya.
Ting…
‘Hubby Tolong!!!.’- My Honey.
Samuel yang baru lepas membaca chat dari isterinya itu terus menoleh kearah Rindiani yang sedang bersandar dengan berkerut dahinya. Samuel terus memegang tangan Rindiani dengan cemas dan berkerut dahinya.
“Honey, honey okey tak ni honey sakit ke.” Tanya Samuel kepada Rindiani.
Rindiani hanya menjawab dengan anggukkan sambil melihat wajah suaminya. Samuel terus merapatkan dirinya kearah Rindiani dengan cemas.
“Sakit dekat mana honey bagitahu hubby sekarang.” Soal Samuel dengan cemas.
“Sakit dekat sini.” Jawab Rindiani sambil menunjuk kearah lehernya.
“Sakit macam mana cuba bagitahu hubby.” Kata Samuel.
“Rasa perit pula tekak ni honey dahaga sangat la hubby.” Balas Rindiani sambil melihat wajah Samuel.
“What!! Honey chat hubby hanya sebab dahaga saja ke. Honey tau tak jantung hubby ni macam nak tercabut tau tak bila dengar yang honey sakit.” Ujur Samuel dengan tegas sambil mengurut dadanya.
“Sorry la hubby tadi..” Kata-kata Rindiani terhenti kerana tekaknya merasa kering dan terus terbatuk.
“Honey, honey kejap hubby ambil air kejap.” Ujur Samuel dan terus bangun dan mengambil botol airnya yang ada di tempat penyimpanan atas itu.
Setelah mengambil botol air itu Samuel terus kembali duduk di tempatnya dan terus menghulurkan pada Rindiani dan dia terus mengusap belakang isterinya. Rindiani menyambut huluran dari Samuel terus minum dengan rakus.
“Perlahan-lahan honey nanti tersedak pula.” Kata Samuel sambil mengusap belakang isterinya itu.
Setelah merasa tekaknya sedikit lega Rindiani menutup Kembali botol air itu dan terus mengembalikan kepada Samuel. Samuel menyambut botol air itu dan terus menyimpannya Kembali di tempatnya.
“Thanks hubby.” Ucap Rindiani sambil melihat kearah Samuel yang baru duduk di sisinya.
“Welcome honey. Sudah honey buat la kerja honey tu kalau dah habis honey tidur la hubby banyak lagi la dokumen yang nak kena hubby semak.” Balas Samuel sambil membuka telefonnya Kembali.
“Okey.” Ujur Rindiani ringkas dan terus menyandarkan kepalanya di bahu Samuel.
Samuel hanya membiarkan saja kepala isterinya itu di bahunya dan dia meneruskan kerja yang tertunggak tadi. Rindiani melihat Samuel yang sedang menyemak dokumen yang ada di telefonnya dengan fokus. Lama-kelamaan mata Rindiani semakin berat dan RIndiani tertidur di bahu Samuel. Samuel yang merasa isterinya hanya diam terus melihat kearah wajah Rindiani yang sedang tertidur dengan senyuman.
Share this novel