Setelah 2 jam berada di dalam dewan sekolah untuk mengambil keputusan SPM kini mereka keluar dari situ dengan senyumn yang sangat manis. Samuel yang sudah lama menunggu terus menghampiri Rindiani dan kawan-kawannya.
“Assalamualaimkum maaf kalau saya menganggu kamu semua di sini.” Ujur Samuel dengan senyuman.
“No it’s okey la Sir lagi pun kami faham Sir mesti nak jumpa isteri tercinta kan.” Balas Natasha kepada Samuel dengan senyuman.
“Saya datang bukan nak jumpa dengan Indi saja tapi kamu semua. Kamu semua juga pelajar saya kan.” Kata Samuel.
“Ye juga kan.” Jawab Amy dan mereka semua ketawa serentak.
Mereka berbual-bual dan bergelak tawa bersama. Tanpa mereka sedar ada yang sedang memerhati mereka dengan perasaan marah. Samuel menadah tangannya kearah Rindiani dan Rindiani melihat Samuel dengan berkerut dahinya.
“What!!.” Tanya Rindiani kepada Samuel.
“Sini hubby nak lihat keputusan honey macam mana.” Balas Samuel kepada Rindiani.
“Oh nah.” Ujur Rindiani sambil menghulurkan slip keputusannya kepada Samuel.
“Alhamdulillah straight A lepas ni honey nak sambung belajar kat mana.” Soal Samuel kepada Rindiani dengan senyuman.
“Hari tu honey ada bagitahu angah yang honey nak sambung belajar di Seoul, Korea.” Jawab Rindiani sambil melihat wajah suaminya.
“Jauhnya honey tapi tak apa hubby akan selalu datang berjumpa dengan honey okey.” Kata Samuel dengan senyuman.
“Boleh saja.” Balas Rindiani sambil membalas senyuman Samuel.
“Adik kau dapat berapa.” Tanya Samuel kepada Samaira.
“Nah tengok la sendiri.” Balas Samaira sambil menghulurkan slip keputusannya pada Samuel.
Samuel mengambil slip itu dan melihat keputusan adiknya. Setelah itu dia melihat wajah adiknya dengan senyuman Samaira yang faham akan senyuman itu terus mengukir senyuman.
“Okey along akan uruskan semua mengikut permintaan kau.” Kata Samuel kepada Samaira.
“Okey thanks along.” Ucap Samaira dan terus memeluk Samuel.
Samuel hanya tersenyum bila melihat gelagat adiknya itu. Semua yang melihat juga hanya tersenyum dengan sikap manja Samaira. Mereka meleraikan pelukan itu dan Samuel terus mengusap kepala adiknya itu.
Ting.. Ting..
“Kejap ada chat kamu semua berbual la dulu nanti kita sambung balik.” Ujur Samuel sambil membuka telefonnya.
“Baik sir.” Jawab Kaysha, Natasha dan Amy serentak.
Samuel membuka chat yang dihantar oleh nombor yang tidak dikenali itu. Terbuntang matanya bila melihat gambar yang diterimanya dengan perasaan marah Samuel terus berlalu pergi begitu saja tanpa sebarang kata.
“Wey kenapa tu.” Soal Amy sambil menunjuk kearah Samuel.
“Tak tahu ada hal kerja kot.” Balas Rindiani dengan matanya masih melihat kearah suaminya.
“Wey lepas ni nak ke mana.” Tanya Kaysha kepada rakan-rakannya.
“Takt ahu aku ikut korang saja.” Jawab Rindiani dengan senyuman.
“Apa kata kita pergi lepak tempat biasa amacam.” Cadang Samaira.
“Okey juga tu tapi kita pergi beli air dulu amacam.” Kata Natasha dengan senyuman.
“Okey jom.” Balas Rindiani dan diikuti oleh anggukkan dari rakan-rakannya yang lain.
Mereka berlalu ke kantin sekolah sambil berbual-bual Alisya yang melihat terus mengikuti mereka. Manakala Samuel pula sudah ada di dalam makmal sains 2 bersama Cikgu Haziq. Dia masih melihat gambar yang diterimanya tadi dengan perasaan marah.
“Wey Mue kau dah kenapa muka merah macam udang kena panggang saja.” Tanya Cikgu Haziq kepada Samuel.
“Tak ada apa-apa la.” Tipu Samuel.
“Kau jangan nak tipu aku la aku tahu kau ada sorokkan sesuatu dari aku kan.” Kata Cikgu Haziq kepada Samuel dan terus bangun mengunci pintu bilik itu.
“Tak ada la aku cuma marah sikit saja.” Balas Samuel sambil berpeluk tubuh.
“Kau marah sebab apa cuba kau cerita kat aku.” Ujur Cikgu Haziq sambil duduk dihadapan Samuel.
“Aku marah sebab ni.” Ucap Samuel sambil menunjukkan telefonnya pada Cikgu Haziq.
“Astaghfirullah mana kau dapat gambar ni Mue.” Soal Cikgu Haziq kepada Samuel.
“Tadi masa aku tengah berbual dengan Indi dan kawan-kawan dia sebab tu aku datang sini.” Jawab Samuel.
“Aku rasa ada orang yang cuba nak pisahkan korang ni dan tentang gambar tu mesti edit.” Ujur Cikgu Haziq sambil menunjuk kearah gambar itu.
“Entahlah aku pun tak tahu. Kenapa bila aku dah bagi hati aku pada seseorang perempuan tu pasti akan jadi macam ni. Dulu Rania dan sekarang Rindiani pula.” Ucap Samuel sambil mengusap rambutnya.
“Aku rasa baik kau siasat dulu tentang ni aku tak nak kau menyesal di kemudian hari.” Kata Cikgu Haziq kepada Samuel.
“Entah la aku serabut sangat sekarang ni dengan hal pejabat dan sekarang hal ini pula.” Balas Samuel sambil memicit kepalanya.
“Apa kata kau upah penyiasat persendirian untuk handle hal ini tak pun kau suruh anak buah kau yang uruskan.” Ujur Cikgu Haziq sambil bermain telefonnya.
“Nanti la aki fikir macam mana sekarang aku nak tenangkan fikiran dulu dah la bro aku nak minta cuti untuk beberapa hari harap-harap pengetua bagi la.” Ucap Samuel dan terus berlalu pergi.
Cikgu Haziq yang melihat hanya mengelengkan kepala saja. Samuel keluar dari makmal sains itu dan terus ke perjabat untuk berjumpa dengan pengetua. Setelah mendapat izin dari pengetua Samuel terus menelefon anak buahnya untuk mengambilnya. Kemudian Samuel menghantar chat kepada Rindiani pula.
“Untuk beberapa hari aku tak balik rumah papa kau tak perlu tunggu aku kalau kau nak balik rumah baba aku izinkan.”- My Hubby.
Ting..
Rindiani yang sedang berbual-bual dengan rakan-rakannya terhenti kerana mendengar bunyi chat masuk. Dia terus membuka dan membaca chat itu terkejut dia bila di abaca chat itu. Hatinya merasa sakit bila Samuel berAku-Kau semula dengannya RIndiani membalas chat itu dengan segera.
‘Kenapa hubby berAku-Kau dengan honey. Honey ada buat salah ke kalau honey ada buat salah honey minta maaf tapi honey nak tahu apa salah honey sampai hubby boleh berAku-Kau dengan honey semula.’- My Wife.
Setelah menghantar chat kepada suaminya Rindiani menunggu jawapan dari Samuel dengan sabar. Samaira yang dari tadi melihat Rindiani terus bertanya.
“Indi kau okey tak.” Tanya Samaira sambil memegang bahu kakak iparnya itu.
“Aku okey tapi aku cuma sedih sikit.” Balas Rindiani kepada Samaira.
“Kau sedih kenapa.” Soal Kaysha pula.
“Suami aku dia tukar nama panggilan kitorang dari hubby-honey ke aku-kau. Aku ada buat salah ke pada dia sampai dia tukar nama panggilan itu.” Jawab Rindiani dengan nada sedih.
“Mungkin along ada masalah dengan perjabat tu yang dia tersalah tapi kot dah kau jangan la sedih.” Ujur Samaira sambil menaip sesuatu di telefonnya.
“Entahlah.” Ucap Rindiani dan terus bersandar di bahu Kaysha.
Semua yang melihat Rindiani begitu turut merasa sedih. Tanpa sedar airmata Rindiani mengalir Samaira yang melihat Rindiani mengalirkan airmatanya terus menghampiri Rindiani dan memeluknya.
Share this novel