BAB 14
Setelah masuk kedalam bilik Pengetua Tuan Ibrahim mempersilakan Dato Radzi dan Tan Sri Shamsul untuk duduk di kerusi yang ada dihadapannya. Terkejut bukan kepalang Dato Radzi dan Datin Rose bila mendengar apa yang diberitahu oleh Pengetua itu. Samuel dan Rindiani diberi peluang untuk menceritakan apa yang berlaku. Sekarang mereka menunggu apa keputusan Pengetua sekolah.
“Ibu, asyu tak salah.” Kata Rindiani dengan mata yang berkaca-kaca.
“Ye ibu tahu sekarang kita tunggu keputusan Pengetua ye.” Balas Datin Rose sambil memeluk bahu Rindiani.
‘Aku akan cari siapa dalang di sebalik semua ni. Kau takkan terlepas dari aku.’ Gumum Samuel di dalam hatinya.
“Maaf kerana lama menunggu sekarang Pengetua nak jumpa dengan semua sekali.” Ujur Ustazah Solehah dengan senyuman nipis.
“Terima kasih Ustazah.” Ucap Samuel dan berlalu masuk ke dalam bilik Pengetua itu.
Setelah semua masuk kedalam bilik itu Dato Radzi dan Tan Sri Shamsul duduk dihadapan Pengetua itu manakala yang lain hanya berdiri di belakang Dato Radzi dan Tan Sri Shamsul.
“Baik selepas kami berbincang dan kami bersepakat supaya Sir Samuel dan Rindiani untuk segera berkahwin dengan secepat yang mungkin.” Ujur Tuan Ibrahim dengan nada tegas.
“Tapi Tuan kami tak buat apa-apa pun Tuan ini semua perangkap je Tuan.” Bantah Samuel.
“Maaf Sir Samuel ini sudah menjadi keputusan kami pihak sekolah dan pihak sekolah akan siasat siapa dalang di sebalik semua ini.” Ucap Tuan Ibrahim.
“Tapi takkan sampai..” Belum sempat Samuel menghabiskan kata-katanya Tan Sri Shamsul terus memotong.
“Baik kalau macam tu kami balik dulu untuk membuat persiapan perkahwinan Samuel dengan Rindiani.” Kata Tan Sri Shamsul sambil bangun berdiri dan bersalam dengan Tuan Ibrahim.
“What!!! Papa apa ni pa takkan sampai kena kahwin papa.” Ujur Samuel mengekori Tan Sri Shamsul keluar dari bilik Pengetua itu.
“Yes dan papa taknak berita tentang semua ni tersebar mungkin dalang semua ni sudah rakam jadi papa nak kamu berdua kahwin juga hujung minggu ni faham.” Ucap Tan Sri Shamsul sambil menuruni tangga.
“Tapi uncle Indi dengan abang Mue tak buat apa pun kenapa sampai perlu kahwin lagi pun Indi masih belajar lepas ni Indi nak sambung belajar di luar negara tak boleh ke kalau tak kahwin lagi pun abang Mue sudah ada pilihan dia sendiri uncle.” Kata Rindiani yang ada di belakang Dato Radzi.
“Betul tu papa along ada Rania along cintakan Rania papa.” Sokong Samuel dengan kata-kata yang diucapkan oleh Rindiani.
“No papa tak kira along dengan Indi kena kahwin juga. Papa tak suka along dengan Rania berhubungan dari dulu lagikan dah berapa kali papa dan mama suruh along putuskan hubungan along dengan Rania tu tapi along degil dan sekarang keputusan papa muktamat along kena kahwin dengan Rindiani juga full stop understood.” Ujur Tan Sri Shamsul dengan tegas dan nada yang tinggi
“Baik Faham papa.” Balas Samuel sambil menundukan kepalanya.
Selepas mendengar jawapan dari Samuel, Tan Sri Shamsul terus berlalu ke keretanya dan diikuti oleh Puan Sri Giselle. Rindiani yang masih dalam pelukan Datin Rose terus melepaskan pelukan itu dan menatap wajah Datin Rose.
“Ibu, asyu nak ikut ibu dan baba balik. Asyu pergi ambil beg kejap ye.” Ujur Rindiani dan terus berlalu ke kelasnya.
Sampai saja di hadapan Kelas Rindiani terus masuk dan berjumpa dengan Cikgu Haziq yang sedang mengajar. Semua kawan-kawan Rindiani melihat saja gelagat Rindiani dari mula masuk kelas sehingga sekarang.
“Cikgu saya nak minta izin untuk balik sekarang saya tak berapa sihat.” Kata Rindiani sambil menundukkan kepala.
“Okey saya izinkan awak balik. Nanti balik rehat ye dan jangan strees sangat pasal tadi okey.” Balas Cikgu Haziq dengan nada berbisik.
“Cikgu sekarang memang saya tengah strees. Sekarang pengetua sudah buat keputusan yang kami kena kahwin dan mungkin hujung minggu ni kami akan berkahwin cikgu tapi masalahnya sekarang ni Sir tu dah ada pilihan sendiri sekarang ni kalau ikutkan hati saya ni dah lama saya pergi jauh dari sini cikgu.” Ujur Rindiani dengan berbisik-bisik.
Rindiani dan Cikgu Haziq memang rapat sebab Cikgu Haziq kawan kepada Abang Rindiani iaitu adalah Rosyam. Cikgu Haziq diamanahkan untuk menjaga Rindiani semasa di sekolah.
“Dah tak perlu la sedih lepas ni Indi buat solat istikharah minta jawapan dari Allah okey kalau Indi perlukan teman cerita Indi boleh coll saya okey.” Kata Cikgu Haziq.
“Okey thanks Cikgu. Saya balik dulu la ibu dengan baba pun dah tunggu tu Assalammualaikum.” Balas Rindiani dan terus berlalu mengambil beg sekolahnya dan terus berlalu keluar dari kelas itu.
“Wa’alaikummussalam.” Jawab Cikgu Haziq sambil melihat Rindiani yang sedang melangkah keluar.
Selepas Rindiani keluar dari kelas itu Cikgu Haziq terus mengambil telefonnya dan menghantar chat kepada Rosyam. Banyak kali dia menaip tapi dia kembali memadam chat itu rasa bersalah menyelubung dirinya kerana gagal menjaga Rindiani. Cikgu Haziq menarik nafas dalam dan terus menghembus dan terus menaip lagi chat kepada Rosyam.
‘Assalammualaikum, Bro sebelum apa-apa aku nak minta maaf sangat-sangat sebab aku gagal jaga Indi tadi pengetua tangkap Indi dengan Samuel di Makmal sains berdua-duaan aku pun tak tahu macam mana kejadiannya kau boleh tanya ibu dengan baba kau. Sekali lagi bro aku betul-betul minta maaf sangat bro.’- Haziq.
Selepas menghantar chat kepada Rosyam, Cikgu Haziq terus bangun untuk menyambung mengajar sehingga habis kelasnya. Rosyam yang sedang meeting teus melihat kearah telefonnya yang bergetar dia terus membuka chat itu dan terus terbuntang matanya bila membaca chat dari sahabatnya itu.
“Sorry kita tangguhkan dulu meeting ni saya ada kecemasan sekarang. Khal kau uruskan aku keluar dulu.” Ujur Rosyam dengan nada yang tegas kepada P.Anya yang bernama Khalish dan terus berlalu kelaur dari ruangan itu.
‘Korang balik rumah sekarang ada benda penting jadi pada asyu.’- Angah.
Selepas menghantar chat itu Rosyam terus ke keretanya dan terus memandu dengan laju pulang ke rumah ibubapanya. Setelah sampai Rosyam terus masuk ke dalam rumah dan terus mencari ibubapanya tapi tak ada dia terus turun ke bawah semula.
“Eh Syam awal balik hari ini kenapa.” Tanya Mak Moon yang keluar dari dapur.
“Mak Moon, ibu dengan baba mana Mak Moon.” Soal Rosyam kepada Mak Moon semula.
“Dato dan Datin pergi sekolah Indi tadi dan masih belum balik lagi Syam.” Jawab Mak Moon sambil Menyusun pinggan di atas meja.
“Oh Okey terima kasih Mak Moon.” Kata Rosyam.
Rosyam terus menelefon Dato Radzi dan panggilan dijawab oleh Dato Radzi dengan memberi salam terlebih dahulu selepas Rosyam menjawab salam dia terus bertanya keadaan adiknya itu dan Dato Radzi terus memberitahu apa yang terjadi kepada Rosyam. Rosyam yang mendengar terus mengepalkan penumbuknya rasa marah semakin menebal didalam dirinya sehingga merah wajahnya bila mendengar kata-kata Dato Radzi.
Share this novel