BAB 20
Setelah 3 hari berehat dirumah akhirnya hari ini Rindiani kembali ke sekolah. Rindiani yang baru sampai bersama Samuel terus ingin keluar dari kereta tapi Samuel menarik tangan Rindiani. Rindiani menoleh melihat kearah Samuel dan tangannya yang dipegang oleh Samuel silih ganti.
“Apa.” Tanya Rindiani ringkas.
“Ni duit saku untuk kau, kau guna saja untuk beli barang keperluan kau.” Balas Samuel sambil menghulur 4 keping not 100 kepada Rindiani.
“Tak perlu la saya sudah ada duit saku awak simpan saja duit tu untuk kekasih awak.” Kata Rindiani sambil menarik tangannya yang di pegang oleh Samuel.
“No kau ambil saja duit ni. Ini duit nafkah untuk kau ini tanggungjawab aku sebagai seorang suami.” Jawab Samuel sambil melihat wajah Rindiani.
“Baik kalau itu yang awak nak saya ambil dan terima kasih untuk nafkah ini.” Ucap Rindiani sambil mengambil duit itu dan dimasukkan kedalam dompetnya.
“Saya pergi dulu Assalammualaikum.” Sambung Rindiani dan terus keluar dari kereta Samuel.
“Wa’alaikummussalam.” Jawab Samuel dan terus memperbaiki tali lehernya.
Setelah keluar dari kereta itu Rindiani terus menuju ke pondok tempat dia dan kawan-kawannya berkumpul. Rindiani menghampiri kawan-kawannya yang sedang berbual-bual tanpa menoleh kiri dan kanan.
“Assalammualaikum.” Ucap Rindiani dengan senyuman.
“Wa’alaikummussalam,” jawab Semua kawan-kawannya serentak.
“Ya Allah Indi rindunya aku kat kau.” Kata Kaysha sambil memeluk Rindiani dengan erat.
“Aku pun rindu dengan korang.” Balas Rindiani sambil membalas pelukan Kaysha itu.
“Eh jom masuk kelas nanti lambat pula.” Sambung Rindiani sambil meleraikan pelukan itu.
Mereka berlalu ke kelas mereka dan mereka duduk ditempat masing-masing. Sedang mereka berbual-bual ada sekumpulan pelajar perempuan masuk ke dalam kelas itu.
“Wey tu ada perempuan tak tahu malu la berani dia tunjuk muka dia selepas apa yang berlaku dah la Sir Samuel angkat dia depan orang ramai lepastu hari ini dia datang sekolah pula.” Ujur Alisya dengan nada sinis.
Rindiani hanya membiarkan saja apa yang dikatakan oleh Alisya. Alisya merasa sakit hati bila melihat Rindiani hanya mendiamkan diri saja. Alisya mendekati Rindiani dan terus menolak bahu Rindiani dari belakang.
“Hoi perempuan kau dengar tak apa aku cakap ni.” Kata Alisya dengan kuat.
“Apa lagi kau tak puas hati dengan aku Alisya cuba kau cakap dengan aku.” Tanya Rindiani sambil bangun berdiri.
“Kau tanya akua pa yang aku tak puas hati pada kau. Banyak yang aku tak puas hati pada kau pertama sebab Shafik, aku cinta pada Shafik tapi dia suka pada kau. Kedua Khairul saat aku luahkan perasaan aku pada dia tapi dia tolak aku mentah-mentah sebab dia suka pada kau dan yang ketiga Sir Samuel aku sudah mula sukakan dia tapi dia bagitahu yang dia dah berpunya aku terima tapi bila aku tengok dia angkat kau macam tu saja so maknanya kau dengan dia ada hubungan special la. Kenapa setiap orang yang aku suka tu mesti menyukai kau dan sebab tu sampai sekarang aku benci kau.” Terang Alisya dengan Panjang.
“Sebab tu je ke.” Soal Rindiani.
“Ye.” Jawab Alisya ringkas.
“Haha kalau Khairul dan Shafik diorang yang suka kat aku tapi aku langsung tak suka diorang dan Sir Samuel pula dia ada kekasih yang bernama Nur Rania Aliya iaitu seorang model terkenal dan Sir Samuel adalah dua sepupu aku kalau kau tak percaya kau boleh tanya Maira sendiri.” Ujur Rindiani.
“Ye betul aku, Sir Samuel dan Indi dua sepupu. Nenek kitorang adik beradik tapi sekarang Indi adalah kakak..” Kata-kata Samaira terhenti kerana Rindiani memegang lengannya.
“Kakak apa.” Tanya Alisya.
“Aku dah anggap Indi macam kakak aku sendiri sebab dari kecil kami rapat.” Balas Samaira lagi.
‘Hampir saja terlepas cakap.’ Gumum Rindiani di dalam hati.
Tanpa mereka sedari ada yang mendengar apa yang mereka bualkan setelah itu orang itu terus berlalu pergi dari situ. Alisya dan kawan-kawannya kembali duduk di tempat masing-masing.
“Indi kenapa kau tak bagitahu saja yang Sir Samuel tu suami kau.” Bisik Natasha.
“Belum tiba waktu untuk semua tahu tentang itu.” Balas Rindiani juga dengan berbisik-bisik.
“Ha ye la.” Kata Natasha ringkas.
Cikgu Haziq masuk kedalam kelas dan mula mengajar di kelas itu. Mereka belajar bersungguh-sungguh. Loceng tamat sekolah sudah berbunyi dan Rindiani terus mengemas begnya.
“Wey kejap lagi datang rumah aku kita buat study group nak.” Kata Rindiani sambil mengemas begnya.
“Boleh juga lagi pun aku tak berapa faham tadi masa Cikgu Haziq mengajar.” Balas Amy sambil berdiri.
“Macam mana tak faham kalau kau asyik duk tenung Cikgu Haziq saja sampai apa yang Cikgu Haziq ajar langsung tak masuk dalam kepala.” Ujur Natasha dengan senyuman.
“Betul tu eh okey la aku balik dulu nanti marah pula big boss aku tu. Maira nak balik sekali tak.” Tanya Rindiani kepada Samaira.
“Tak apa la Kak Long eh sorry Indi, Pak Kamal dah tunggu di depan.” Balas Samaira.
“Ha ye la. Jadi macam mana on tak on study group kat rumah aku.” Soal Rindiani.
“On.” Jawab semua kawan-kawannya.
“Okey aku akan minta Mak Moon masuk special untuk korang.” Ujur Rindiani dan terus berlalu pergi.
Setelah sampai di kereta Samuel dia terus masuk kedalam kereta itu. Samuel terus memandu ke rumah Dato Radzi. Rindiani keluar dari kereta dan terus masuk ke dalam rumah. Samuel mengikut Rindiani dari belakang.
“Kenapa awak tak balik rumah mama.” Tanya Rindiani kepada Samuel.
Tanpa menjawab soalan Rindiani, Samuel terus memeluk Rindiani dengan erat. Rindiani hairan kepada Samuel tiba-tiba memeluknya. Samuel meleraikan pelukan dan menatap wajah Rindiani mata mereka bertentangan dan wajah mereka semakin rapat. Lama ciuman mereka bertaut kutukan pintu mengejutkan mereka dan Rindiani terus melepaskan ciuman itu.
“Ye siapa.” Tanya Rindiani dengan kuat.
“Indi kawan-kawan kamu sudah sampai.” Balas Mak Moon.
“Baik Mak Moon terima kasih.” Kata Rindiani dan terus ke bilik air.
Setelah membersihkan diri Rindiani terus ke ruang tamu dengan beg sekolahnya. Mereka belajar bersama-sama sehingga malam menjelma. Semua pulang ke rumah masing-masing dan Samaira pulang bersama Samuel.
Share this novel