BAB 6
Kring… Kring…
Samuel bangun dari tidurnya dan terus menutup jam telefonnya. Selepas itu dia terus ke bilik air membersihkan diri setelah itu dia terus keluar dan menunaikan solat subuh. Setelah menunaikan solat Samuel terus bersiap untuk ke sekolah.
Tok.. Tok..
“Masuk.” Laung Samuel dengan kuat sambil membetulkan tali lehernya.
“Along, mama nak cakap sikit boleh tak.” Kata Puan Sri Giselle sambil menutup pintu bilik Samuel.
“Boleh. Mama nak cakap apa mama.” Balas Samuel sambil duduk disisi mamanya.
“Mama nak bagitahu kemarin auntie Rose coll bagitahu yang Indi mengamuk sebab Along bagi homework banyak. Along kalau nak bagi homework tu berpada-pada la seharian Indi tak makan apa-apa malam baru dia mau makan. Along takkan tak ingat perangai Indi macam mana.” Ujur Puan Sri Giselle sambil memegang tangan anaknya.
“Ya Allah mama Along lupa tapi dia tak apa-apakan. Lepas ni Along akan kurangkan homework untuk diorang. Okey la mama Along pergi dulu ye.” Jawab Samuel sambil berdiri dan menghulurkan tangannya untuk bersalam.
“Along tak sarapan dulu ke.” Soal Puan Sri Giselle sambil menyambut tangan anaknya.
“Tak mama Along beli diluar saja.” Balas Samuel dengan senyuman.
“Ha yela hati-hati memandu tu.” Pesan Puan Sri Giselle kepada anaknya.
“Baik mama. Bye assalammualaikum.” Ucap Samuel sambil mengambil beg kerjanya.
“Wa’alaikummussalam.” Jawab Puan Sri Giselle lalu keluar dari bilik anaknya itu.
Setelah turun ke ruang tamu Samuel duduk di sebuah kerusi dan memakai sarung kakinya. Setelah itu dia mengambil kunci keretanya dan terus memandu kereta BMW X3 miliknya ke kedai 7Eleven. Samuel mengambil dua kotak spaghetti meatball dan dimasukkan ke dalam microwave yang ada disitu setelah siap dia mengambil 2 cup cappuccino dan terus pergi ke kaunter dan membayarnya.
“Berapa adik.” Tanya Samuel sambil mengambil dompetnya yang ada di poket belakang.
“Semuanya Rm 45.” Balas Panjaga kaunter itu.
“Okey baki simpan ye.” Ujur Samuel sambil menghulurkan sekeping not 50 kepada penjaga kaunter itu.
“Terima kasih datang lagi.” Ucap Penjaga kaunter itu.
“Sama-sama.” Jawab Samuel dan terus berlalu keluar dengan sebuah beg plastik di tangannya.
Setelah meletakkan plastik itu di kerusi penumpang belakang Samuel terus memandu ke sekolah Edward Smith. Dia memarking keretanya di tempat yang disediakan dan terus keluar dengan beg kerjanya dan beg plastik tadi. Samuel masuk kedalam kelas Rindiani dan meletakkan sebekas spegati meatball dan 1 cup air cappuccino di bawah meja Rindiani berserta sebuah nota dan dia terus Kembali ke bilik guru.
“Awal kau hari ini Mue.” Tanya Cikgu Haziq dengan senyuman.
“Saja aku datang awal sebab hari ni aku ada kelas pagi ni.” Balas Samuel sambil duduk di kerusinya.
“Oh yeka ha okey kau dah sarapan belum kalau belum jom pergi sarapan dengan aku sekali.” Soal Cikgu Haziq .
“Ha boleh juga aku ada beli makanan tadi tapi aku beli untuk aku saja la tak tahu pula kau pun datang awal hari ini kalau tak aku boleh beli untuk kau sekali.” Jawab Samuel sambil menunjuk kearah plastik 7Eleven itu.
“Eh tak apa aku pun ingat nak makan kuih saja pagi ni kalau makan berat mau tidur bukan mengajar aku kejap lagi la jawabnya.” Ujur Cikgu Haziq dengan senyuman.
“Ha kalau macam tu jom pergi kantin. Nanti bila-bila aku belanja kau.” Ucap Samuel sambil membawa bekalnya kearah pintu.
Samuel dan Cikgu Haziq terus pergi ke kantin sekolah dan terserempak dengan Samaira dan kawan-kawannya. Samuel terus mengajak Cikgu Haziq mendekati kearah mereka yang sedang duduk di sebuah pondok.
“Adik, adik dah sarapan ke.” Tanya Samuel sambil memasukkan tangannya kedalam poket seluarnya.
“Sudah tadi adik sarapan di rumah.” Balas Samaira yang duduk disisi Rindiani.
“Okey ni ambil ni belanja semua kawan-kawan adik okey.” Kata Samuel sambil menghulurkan sehelai not 50 kepada Samaira.
“Okey thanks along.” Ucap Samaira dengan senyuman yang manis.
“Welcome okey la along pergi sarapan dulu.” Jawab Samuel dan terus berlalu pergi diikuti oleh Cikgu Haziq.
“Wow baik gila Sir untung kau dapat abang macam Sir tu Maira.” Kata Amy dengan senyuman.
“Em.. Boleh la tapi dia ada hari dia. Kalau mood dia okey dia akan jadi macam sekarang tapi kalau mood dia tak okey jangan harap dia akan macam ni silap sikit je mesti akan kena balik dengan dia.” Balas Samaira.
“Ye ke aduh takut pula aku bila dengar macam tu.” Ujur Natasha yang duduk di sisi Amy.
“Eh dah la jom masuk kelas nanti rehat aku belanja korang okey.” Ucap Samaira dengan senyuman.
“Okey.” Jawab semua kawan-kawannya.
Mereka masuk kedalam kelas dan duduk di tempat masing-masing Rindiani yang baru duduk di tempatnya menyedari ada sesuatu di bawah mejanya. Dia mengambil dan terdapat ada nota diatas bekas makanan itu. Dia membuka dan membaca nota itu.
‘Sorry sebab bagi homework banyak abang harap indi tak marah lagi pasal itu sebagai permohonan maaf abang ada beli makanan kesukaan indi harap indi terima ye. Yang Benar S.G.’ tulisan yang ada di nota itu.
Rindiani yang membaca nota itu dengan senyuman yang sangat manis dan menampakkan lesung pipitnya. Kaysha yang melihat Rindiani membaca sesuatu terus melihat apa isi kandungannya.
“Wow pujaan hati bagi nota sweetnya.” Kata Kaysha dengan berbisik-bisik.
“Mengada la kau ni dah la.” Balas Rindiani dan terus menyimpan nota itu kedalam beg sekolahnya.
“Ala malu-malu pula kalau suka bagi tahu sajalah bukan aku tak tahu perasaan kau tu.” Ujur Kaysha sambil menepuk bahu Rindiani.
“Aku pun tak sangka yang dia akan bagi ni pada aku.” Ucap Rindiani dengan seyuman yang sangat manis.
“Tapi tula aku sedih la Kay dia dah ada yang punya. Aku betul-betul cintakan dia tapi dia cintakan orang lain aku dah cuba untuk lupakan dia tapi tak boleh.” Sambung Rindiani dengan wajah bertukar sedih.
“Insyaallah kalau ada jodoh kau dengan dia Allah akan permudahkan aku akan selalu doakan kau Indi.” Kata Kaysha sambil memeluk bahu Rindiani. Rindiani hanya tersenyum kearah Kaysha.
Rindiani sangat bersyukur kerana ada kawan-kawan yang sangat menyokongnya selain abang-abangnya. Kawan-kawan Rindiani yang lain hanya mendengar perbualan Rindiani dan Kaysha dan mereka juga tahu siapa pujaan hati Rindiani itu.
Share this novel