Setelah 5 minit mendiamkan diri Samuel terus berjalan mendekati isterinya. Samuel mengisyaratkan kepada semua anak-anak buahnya untuk keluar dari situ. Anak-anak buahnya terus keluar selepas mendapat isyarat oleh Samuel.
“Honey, honey buat apa dekat sini baik honey pergi berehat dulu.” Kata Samuel sambil mengusap tangan Rindiani.
“No honey nak duduk di sini dengan hubby.” Balas Rindiani sambil melihat wajah Samuel.
“No honey tak boleh ada dekat sini. Semua ni tak bagus untuk honey lihat please honey.” Ujur Samuel sambil melutut dihadapan isterinya.
“Baik kalau itu yang hubby mahukan honey boleh tunaikan tapi dengan satu syarat.” Ucap Rindiani kepada Samuel.
“Apa syaratnya.” Tanya Samuel dengan senyuman.
“Syaratnya adalah hubby lawan dengan honey dekat luar kalau hubby menang honey akan ikut semua arahan hubby tapi kalau honey yang menang hubby kena ikut semua arahan honey boleh.” Balas Rindiani sambil bangun berdiri di hadapan suaminya.
“Takkan hubby nak lawan dengan honey tak mungkinlah.” Ujur Samuel sambil melihat wajah Rindiani.
“Eleh takut la tu.” Ucap Rindiani sambil berpeluk tubuh.
“WHAT!! Hell no okey hubby terima cabaran dari honey tu jom keluar.” Balas Samuel dengan tegas dan terus keluar dari markasnya.
Samuel dan Rindiani keluar dari markas itu dan terus mengambil posisi masing-masing. Semua anak-anak buah Samuel melihat tingkah laku mereka dengan berkerut dahi. Samantha dan Samaira juga turut mendekati mereka semua yang ada diluar markas.
“Along, Indi korang nak buat apa ni.” Tanya Samantha kepada abang dan kakak iparnya.
“Kitorang nak bertarung siapa yang kalah akan mengikuti semua arahan dari yang menang so you all just wait and see okey.” Balas Rindiani sambil melakukan pemanas badan.
“Oh kalau macam tu okey nak juga aku tengok abang aku ni kalah dengan isteri dia sendiri macam mana.” Ujur Samaira sambil berpeluk tubuh.
“Taka da maknanya aku tak pernah kalah walaupun melawan perempuan tau.” Ucap Samuel dengan sedikit nada sombong.
“Well we will see oh ya Indi kau guna saja Teknik baru kau tu untuk melawan along.” Kata Samaira kepada Rindiani.
“Boleh ke aku baru beberapa kali saja guna teknik tu kalau dia cedera macam mana.” Jawab Rindiani dengan berkerut dahi.
“It’s Okey kalau cedera pun patah tulang saja kot tapi itu pun kalau kau nak menang la.” Ujur Samaira dan terus duduk diatas rumput.
“Tengok la macam mana nanti.” Balas Rindiani sambil melihat wajah suaminya.
“Boleh kita mulakan sekarang Puan Rindiani.” Soal Samuel kepada Rindiani.
“Yeah sure.” Jawab Rindiani sambil memasang kuda-kuda.
Mereka mula berlawan dengan serius sekali semua orang yang ada di situ hanya mendiamkan diri sahaja. Sudah 1 jam mereka berlawan ada kalanya Samuel yang menguasai pertarungan itu dan ada kalanya Rindiani yang menguasai. Sudah banyak tenaga yang keluar dan kedua-dua mereka sudah kepenatan sambil menatap wajah masing-masing.
“Wey Indi bila nak habis ni sudah nak masuk tengahari dah ni panas la cepat ka kalahkan along tu aduk kau ni.” Kata Samaira sambil menutup kepalanya mengunakan tangannya.
“Okey-okey kau sabar boleh tak.” Balas Rindiani dengan matanya masih melihat wajah suaminya.
‘Tak boleh jadi aku kena guna juga teknik bar utu.’ Gumum Rindiani di dalam hatinya.
Rindiani kembali menyerang Samuel dengan memukul wajah Samuel walaupun hanya mengenai tangan Samuel yang menutupi wajahnya. Setelah banyak kali dia memukul tangan Samuel kemudian Rindiani menendang kedua-dua kaki Samuel yang menbuat Samuel terjatuh ke tanah dan terdengar ada bunyi seperti tulang patah dari Samuel yang terbaring di atas rumput.
“Allah hubby sorry honey tak sengaja tendang kuat sakit dekat mana bagitahu honey.” Tanya Rindiani sambil mendekati Samuel yang masih berbaring diatas rumput itu.
“Pinggang dan kaki hubby sakit honey.” Balas Samuel dengan berkerut dahinya.
“Allah apa aku dah buat ni Ben, Iman tolong angkat masuk ke dalam markas sekarang.” Kata Rindiani kepada anak-anak buah Samuel.
Setelah Samuel diangkat masuk ke dalam markas Rindiani terus menelefon seseorang dan setelah itu dia terus masuk kedalam untuk melihat keadaan Samuel. Samuel hanya terbaring diatas sebuat kalit king yang ada di dalam markas itu sambil menutup matanya.
“Hubby, honey nak minta maaf sebab buat hubby macam ni.” Ujur Rindiani sambil menyalam tangan Samuel.
“Tak apa honey kejap lagi baik la ni.” Balas Samuel dengan berkerut dahinya.
“Honey dah coll Doktor kejap lagi sampai hubby bertahan ya.” Ucap Rindiani sambil menundukkan kepalanya.
“Okey Honey.” Jawab Samuel dengan senyuman yang hambar.
Tok.. Tok..
“Ya masuk.” Laung Rindiani dengan kuat.
“Maaf Puan di luar ada doktor katanya Puan yang suruh datang sini.” Ujur Ben sambil berdiri dihadapan pintu itu.
“Oh ye tolong suruh dia masuk cepat ye.” Ucap Rindiani yang masih duduk disisi suaminya.
“Baik Puan.” Balas Ben dan terus berlalu pergi.
Setelah Ben pergi Rindiani bangun dan mengusap kepala Samuel dan menghadiahkan sebuah ciuman didahi suaminya itu. Samuel yang sedang memejamkan mata terus membuka matanya bila merasa sesuatu yang basah di dahinya.
“Doktor dah sampai kejap lagi masuk la tu.” kata Rindiani kepada Samuel.
“Maaf mengganggu boleh saya masuk.” Ujur seseorang yang memakai kemeja berwarna biru laut itu.
“Boleh masuk la Abang Hafiz.” Balas Rindiani dengan senyuman.
“Terima kasih jadi boleh kita mulakan sekarang kejap lagi abang ada appointment.” Ucap Doktor Hafiz yang merupakan doktor peribadi Rindiani.
“Boleh silakan Indi nak keluar kejap ye nanti Indi datang balik okey.” Jawab Rindiani dan terus berlalu pergi.
Setelah Rindiani keluar dari bilik itu Samuel terus bangun dan duduk dengan senyuman yang manis. Doktor Hafiz yang melihat terus terkejut Samuel yang perasan riaksi wajah Doktor Hafiz berubah terus mengisyaratkan supaya Doktor Hafiz mendekatinya. Doktor Hafiz mendekati Samuel dan terus Samuel membisikkan sesuatu pada Doktor Hafiz.
“Oh kalau macam tu aku akan tolong kau sekarang kau baring aku akan mulakan rancangan kau tu.” kata Doktor Hafiz kepada Samuel.
“Okey Baik.” Balas Samuel dan terus berbaring semula.
Setelah Samuel berbaring diatas katil itu Doktor Hafiz terus melakukan seperti yang dirancang. Samuel hanya tersenyum bila melihat Doktor Hafiz sedang membalut kakinya. Rindiani yang baru masuk terus mendekati Samuel yang sedang berbaring itu.
“Macam mana Abang Hafiz ada apa-apa yang serius tak.” Tanya Rindiani kepada Doktor Hafiz.
“Setelah diperiksa pinggang dan kaki Mue saja yang teruk sikit tadi Mue ada bagitahu badannya terhempas ditanah dengan kuat itu yang menyebabkan kesakitan di pinggangnya dan kaki dia pula terseliuh mungkin ambil masa 2 minggu untuk pulih so Abang nak Indi jaga Mue baik-baik lepas 2 minggu Abang akan datang lagi kalau kaki Mue tak okey lagi Abang akan denda Indi faham.” Balas Doktor Hafiz dengan nada tegas kepada Rindiani.
“Baiklah Doktor Hafiz saya akan ingat pesan Doktor tu oh ya nanti senarai ubat Abang tolong bagi pada Ben ye biar dia pergi beli terus tadi Indi sudah pesan pada dia.” Ujur Rindiani kepada Doktor Hafiz.
“Ha ye la okey kalau taka da apa-apa lagi Abang balik dulu ye Assalammualaikum.” Ucap Doktor Hafiz dan terus bersalam dengan Samuel dan Samuel membalas dengan kenyit mata pada Doktor Hafiz.
“Wa’alaikummussalam.” Jawab Rindiani dan Samuel serentak.
Setelah Doktor Hafis keluar Rindiani terus menutup dan mengunci pintu bilik itu dan mendekati Samuel yang sedang menyandar di kepala katil itu. Rindiani terus mencium tangan kanan Samuel dengan lama dan Sauel terus mengusap kepala Rindiani dengan penuh kasih sayang. Rindiani mengangkat kepalanya dan melihat ke wajah suaminya yang sedang tersenyum.
“Hubby, honey minta maaf sangat-sangat pada hubby. Honey janji honey takkan guna lagi teknik tu lepas ni maafkan honey, hubby.” Ujur Rindiani dengan mata berkaca-kaca.
“It’s okey hubby akan maafkan honey tapi dengan satu syarat.” Balas Samuel dengan senyuman yang nakal.
“Apa syaratnya.” Tanya Rindiani dengan berkerut dahinya.
Tanpa menjawab soalan dari isterinya Samuel terus menekan suatu butang yang ada di tepi katil dan dia terus mengucup bibir Rindiani lama. Rindiani yang faham akan syarat suaminya terus menutup lampu bilik itu dan yang tinggal hanya lampu meja saja. Setelah 1 jam bermadu kasih kini mereka berbaring sambil berpelukkan.
“Oh ya hubby lupa nak tanya Ben tadi spy dari syarikat pesaing hubby tu macam mana dia dah uruskan ke belum.” Soal Samuel sambul mengusap rambut Rindiani.
“Sudah yang tu hubby tak perlu risau semua sudah settle sekarang jom kita tidur honey mengantuk la penat.” Jawab Rindiani sambil membelai pipi suaminya.
“Okey jom.” Ucap Samuel dan terus memeluk tubuh isterinya.
Mereka tidur bersama-sama tanpa diganggu oleh siapapun. Rindiani terbangun bila mendengar suara azan dia terus membuka suis lampu bilik itu dan melihat jam didinding bilik itu. Terbuntang matanya bila melihat jam itu Rindiani terus membangunkan Samuel yang sedang nyenyak tidur itu.
“Hubby bangun la kita dah terbabas dah ni cepat.” Kata Rindiani sambil menepuk bahu Samuel.
“Ye kenapa honey.” Balas Samuel dalam keadaan mamai.
“Kita dah terbabas solat hubby cepat bangun.” Ujur Rindiani kepada Samuel.
“WHAT!! Sekarang pukul berapa.” Tanya Samuel sambil mengosok matanya.
“Sudah nak masuk pukul 5 dah hubby cepat la.” Balas Rindiani sambil menutup badannya dengan selimut.
“Dah honey pergi mandi dulu bilik air pintu yang berwarna hijau nanti hubby minta tolong adik ambilkan baju dah pergi sekarang.” Kata Samuel sambil memakai seluarnya dengan perlahan-lahan. Rindiani hanya menganggukkan kepalanya saja.
Tanpa menunggu lama Rindiani terus bangun ke bilik air dengan menyelimuti tubuhnya dengan selimut. Samuel yang melihat gelagat isterinya terus tersenyum lebar. Setelah itu Samuel terus menelefon Samaira untuk mengambil bajunya dan baju Rindiani. Setelah itu dia kembali duduk dibirai katil sambil bermain telefonnya.
Share this novel