Setelah sampai di markasnya Samuel terus masuk dan didalam sudah ada anak buahnya yang sedang menunggu. Samuel berjalanm dan duduk ditempatnya setelah dia duduk Ben menyerahkan sebuah fail kepada Samuel.
“Semua ada didalam ni.” Tanya Samuel kepada Ben.
“Ya bos semua lengkap seperti yang bos arahkan.” Balas Ben sambil melihat wajah Samuel.
“Good semua boleh duduk dulu biar aku check dulu.” Ujur Samuel sambil membuka fail itu.
“Em bos saya nak tanya sesuatu boleh.” Soal Iman dengan tenangnya.
“Nak tanya apa.” Balas Samuel sambil meneliti fail itu.
“Anak buah kitorang lelaki ke perempuan.” Tanya Iman lagi.
“Dua-dua.” Jawab Samuel dengan ringkas dan matanya masih meneliti fail di tangannya itu.
“Dua-dua maksudnya.” Kata Iman dengan berkerut dahinya. Semua yang ada didalam bilik itu terus menepuk dahi mereka serentak.
“Dua-dua tu maksudnya lelaki ada perempuan ada sebab anak bos kembar sepasang faham.” Balas Ben dengan geram.
“Oh ye ka wow hebatlah bos boleh bagi tips tak macam mana nak dapat kembar macam tu.” Ujur Iman lagi kepada Samuel.
“Boleh tapi kau kena kahwin dulu baru aku bagitahu tipsnya okey sekarang fokus tentang hal ini.” Ucap Samuel kepada semua anak buahnya itu.
“Baik bos.” Jawab semua anak buahnya serentak.
Setelah memberi arahan kepada anak buahnya Samuel kembali fokus membaca fail dihadapannya. Setelah selesai meneliti fail itu Samuel menyerahkannya kepada Ben semula Samuel bangun dari kerusinya dan terus berjalan ke water dispenser dan mengisi air kedalam cawannya.
“Ben aku nak korang tangkap semua yang ada didalam senarai tu ke balai dan serahkan semua bukti yang kau dapat pada polis aku dah tak nak tengok lagi muka diorang di office aku faham.” Ujur Samuel dengan tegas dan sambil berjalan ke tempat duduknya semula.
“Faham bos.” Ucap semua anak buahnya serentak.
“Baik kalau macam tu korang boleh jalankan perintah aku dan aku keluar dulu.” Kata Samuel dan terus melangkah keluar dari markas itu.
Setelah keluar dari markas itu Samuel terus ke lift. Tapi belum masuk kedalam lift nama penuhnya dipanggil oleh Tan Sri Shamsul. Samuel yang mendengar terus menoleh kearah ruangtamu dan berjalan mendekati bapanya itu.
“Ya papa.” Jawab Samuel sambil duduk disofa hadapan Tan Sri Shamsul.
“Macam mana kes seleweng duit syarikat tu ada apa-apa update tak.” Tanya Tan Sri Shamsul kepada anak lelakinya itu.
“Dah papa, along dah arahkan anak buah along uruskan diorang, papa jangan risau la.” Balas Samuel dengan sedikit tegas.
“Good nanti apa-apa bagitahu papa okey.” Ujur Tan Sri Shamsul kepada anaknya itu.
“Baik papa kalau tak ada apa-apa lagi along naik dulu papa.” Ucap Samuel dan terus masuk ke dalam lift.
Setelah sampai ditingkat 2 Samuel terus ke biliknya. Masuk saja kedalam biliknya dia melihat Samantha masih ada didalam biliknya. Rindiani dan Samantha melihat kearah pintu dan mengisyaratkan supaya diam dan dijawab dengan anggukkan oleh Samuel.
“Hubby pergi mana lama sangat.” Tanya Rindiani kepada Samuel dengan berkerut dahinya.
“Pergi markas bincang tentang kes yang dihadapi oleh office.” Balas Samuel dengan nada perlahan.
“Kes?? Kes apa.” Soal Rindiani dengan kerut di dahinya bertambah.
“Oh kes seleweng duit syarikat tu ke along.” Ujur Samantha kepada abangnya itu.
“Haah tadi Ben bagi semua data tentang semua yang terlibat dan along sudah suruh diorang uruskan. Papa juga sudah tahu sebelum naik sini papa panggil along diruang tamu tanya soal kes tu dan along juga sudah bagitahu semuanya pada papa.” Jawab Samuel sambil duduk disisi Rindiani.
“Kalau angah boleh tahu siapa saja yang terlibat.” Tanya Samantha dengan penasaran kepada Samuel.
“Group B.” ucap Samuel dengan ringkas.
“Group B along biar betul.” Ujur Samantha kurang percaya.
“Yes semua yang ada dalam Group B itu terlibat nanti along suruh Ben share info yang along dapat tadi pada angah.” Ucap Samuel kepada Samantha.
“Okey. Eh sekarang dah pukul berapa ya.” Soal Samantha sambil mencari jam didalam bilik itu.
“Tadi masa along naik tadi dah pukul 4 kenapa.” Balas Samuel kepada adiknya itu.
“What!!! Dah pukul 4 aduh aku dah lambat mati la.” Ujur Samantha dan terus berlari keluar dari bilik abangnya itu.
Setelah Samantha keluar dari bilik itu Samuel dan Rindiani hanya mampu mengerutkan dahi saja. Setelah itu Samuel terus mengambil telefonnya dari dalam poket seluarnya dan terus menghantar chat kepada anak buahnya. Setelah itu dia menyimpan telefonnya diatas meja sisi katil selepas itu dia bersandar di kepala katil.
“Hubby okey.” Tanya Rindiani sambil mengusap tangan suaminya itu.
“Okey cuma masih tunggu Ben dan yang lain update tentang kes tadi.” Balas Samuel sambil memandang telefonnya.
“Hubby jangan risau la honey yakin yang diorang boleh selesaikan dengan secepatnya sekarang hubby rehat dulu okey.” Ujur Rindiani sambil menyusap lengan suaminya itu.
“Tak apa lagi honey rehat la dulu nanti hubby rehat hubby nak check email kejap.” Ucap Samuel dan terus membuka email di telefonnya.
Rindiani membalas dengan anggukan dan terus berbaring disisi Samuel. Samuel melihat kearah isterinya dan kembali melihat skrin telefonnya semula. Tak berapa lama kemudian Rindiani tidur sambil memeluk pinggang suaminya. Setelah menyiapkan kerjanya Samuel menoleh kearah isterinya yang sedang tidur nyenyak itu. Dia mengusap kepala isterinya dan mengusap puncak kepala isterinya dengan penuh kasih sayang dan dia turut baring disisi Rindiani.
Share this novel