BAB 35

Romance Series 71296

Setelah meletakkan Rindiani diatas katil Samuel terus menyelimuti Rindiani yang masih menangis itu. Samuel duduk disisi Rindiani sambil memujuk dan mengusap kepala Rindiani.

“Shu.. awak dah saya ada dengan awak sekarang ni. Awak tidur dulu awak selamat dekat sini okey.” Kata Samuel dengan lemah lembut.

“Awak jangan tinggalkan saya please saya takut.” Balas Rindiani sambil memegang tangan Samuel.

“Sudah tak ada apa yang awak nak takutkan saya ada dengan awak. Awak jangan risau okey.” Ujur Samuel dan terus mengucup dahi isterinya itu. Rindiani hanya menganggukkan kepala dan terus memejamkan mata.

Setelah memastikan Rindiani sudah tidur Samuel terus keluar dari caravan itu dan terus mendekati anak-anak buahnya. Mereka yang melihat Samuel turun dari caravan itu terus menundukkan wajah.

“Aku nak tahu macam mana benda ni boleh terjadi.” Tanya Samuel dengan tegas dan kuat. Tapi semua anak-anak buahnya hanya diam tanpa sebarang kata.

“Aku tanya jawab bukan tunduk saja atau korang nak makan peluru aku ni.” Sambung Samuel sambil mengeluarkan pistolnya dari belakangnya.

“Tak bos tadi saya ada hantar chat pada bos tapi bos tak baca.” Kata Zaki sambil berdiri tegak. Samuel terus mengambil telefonnya dari poket seluarnya dan terus membuka chat dari Zaki itu.

‘Bos, budak Alisya tu masuk tandas sekejap saja dan Puan masih didalam tandas.’- Zaki

‘Aduh macam mana aku boleh tak dengar kalau ada chat masuk ni.’ Gumum Samuel didalam hati dan tangannya memicit dahinya yang tak sakit itu sambil memeriksa telefonnya.
“Sorry fon aku silent mode lepas ni korang jangan chat korang terus coll aku kalau tak dapat juga korang cari aku terus faham kali ni aku lepas korang tapi ingat jangan lalai lagi.” Pesan Samuel dengan tegas.

“Baik bos.” Jawab semua anak-anak buahnya serentak.

“Dah aku nak pergi jumpa dengan Haziq kejap Fir dan Iman korang jaga caravan aku jangan bagi orang masuk kecuali aku faham. Ben kau pergi jaga adik aku dan kau Zaki perhati Alisya tu baik-baik apa-apa terus coll aku. Faham semua.” Ujur Samuel dengan tegas.

“Faham bos.” Jawab mereka semua dan terus ke posisi masing-masing.

Setelah anak buahnya berlalu pergi dia terus berjumpa dengan Cikgu Haziq dan berbincang tentang hal yang baru terjadi pada Rindiani. Cikgu Haziq memberi cadangan agak memberi Alisya hukuman tapi Samuel masih mahu memberi peluang pada Alisya.

“Kau bagi saja dia hukuman agar dia serik untuk buat macam tu lagi pada Indi. Aku takut dia akan buat lagi teruk dari ni nanti.” Cadang Cikgu Haziq kepada Samuel.

“Betul tu Sir Samuel saya juga sudah tak tahan dengan kelakuan Alisya ni ingatkan dia dah serik tapi masih ada lagi perangai dia tu.” Kata Cikgu Hisyam pula.

“Tak apa kali ni saya bagi peluang tapi kalau dia buat lagi saya sendiri akan ambil tindakan dan kalau saya hukum dia nanti saya tak nak seorang cikgu pun yang akan hentikan saya boleh.” Balas Samuel sambil berpeluk tubuh. Semua guru-guru yang ada disitu hanya menganggukkan kepala saja.

“Boleh tapi Sir Samuel nak lakukan hukuman yang macam mana.” Tanya Ustazah Hashitah dengan berkerut dahinya.

“Ustazah jangan risau saya akan lakukan hukuman yang akan menginsafkan dia kalau Ustazah dan cikgu-cikgu lain nak tahu kena tunggu okey.” Balas Samuel sambil mengangkat keningnya beberapa kali.

Sedang mereka berbual-bual seorang anak buah Samuel berlari kearah mereka Samuel terus menoleh kearah yang di tunjukkan oleh Cikgu Haziq. Berkerut dahinya bila melihat anak buahnya itu.

“Kenapa ni Iman.” Tanya Samuel yang masih berkerut dahinya.

“Sorry menganggu bos tapi tu Puan dia nak keluar dari caravan kami cuba menghalang tapi..” Kata-kata Iman terhenti apabila Samuel terus saja berlari meninggalkan mereka semua.

Samuel terus berlari dengan sepantas yang boleh dari jauh dia dapat melihat Rindiani sedang berdiri di hadapan pintu caravan sambil menekup wajahnya. Rindiani terus menyeka airmatanya bila melihat Samuel berlari mendekatinya dan dia terus masuk semula kedalam caravan itu.

” Honey, why did Iman tell me that you want to get out of here why?? Awak nak pergi mana.” Tanya Samuel sambil duduk disisi Rindiani.

“Saya nak pergi cari awak. Tadi masa saya bangun awak tak ada sebab tu saya nak pergi cari awak.” Balas Rindiani sambil melihat wajah Samuel.

“Saya pergi jumpa Haziq kejap kenapa awak cari saya.” Soal Samuel sambil mengusap kepala Rindiani.

“Saya cuma nak tanya siapa yang kunci saya dekat tandas tadi. Awak mesti tahukan.” Jawab Rindiani.

“Ye saya tahu siapa yang buat semua tu tapi saya rasa awak pun tahu siapa yang buatkan.” Ujur Samuel kepada Rindiani sambil mengenggam tangan Rindiani.

“Siapa mesti Alisya kan.” Ucap Rindiani dan melihat kearah Samuel. Samuel hanya menganggukkan kepala saja.

“Tak apalah awak saya nak solat dulu nanti habis pula waktunya. Awak dah solat.” Tanya Rindiani kepada Samuel.
“Belum kita solat Jemaah lah dekat sini.” Balas Samuel sambil baring atas katil itu.

“Okey tapi telekung saya ada di khemah la awak.” Kata Rindiani sambil membuka tudungnya.

“Tak apa dalam laci warna purple tu ada telekung baru awak guna la sekarang awak ambil wuduk dulu lepastu saya pula.” Balas Samuel yang masih baring atas katil.

“Okey.” Ucap Rindiani dan terus ke bilik air yang ada di dalam caravan itu.

Setelah mengambil wuduk Rindiani keluar dan menyuruh Samuel mengambil wuduk pula. Setelah selesai mengambil wuduk Samuel menukar pakaiannya dan mula mengimamkan solat mereka.

“Ya Allah kau ampunkanlah dosaku, dosa isteriku, dosa ibubapaku, ibubapa mertuaku dan seluruh keluargaku Ya Allah kau limpahkanlah rezeki kepada kami kau lindungilah aku, isteriku dan keluargaku Ya Allah dan kau rahmatilah rumahtanggaku Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.” Doa Samuel dan terus menoleh kearah isterinya. Rindiani menyalami Samuel dan terus bangun dan melipat telekung yang dia gunakan dan juga sejadahnya dan Samuel itu.

“Awak dah okey ke.” Tanya Samuel sambil duduk di katilnya.

“Saya dah okey awak jangan risau ye.” Balas Rindiani sambil memakai tudungnya semula.

“Kalau macam tu baiklah malam ni ada buat BBQ rugilah kalau awak tak join tapi saya tak nak awak jalan merata tempat kalau saya nampat awak berjalan merata saya akan kurung awak dalam caravan ni faham.” Kata Samuel sambil bangun mendekati almarinya.

“Baik bos.” Jawab Rindiani sambil mengangkat tangan dan diletakkan di dahinya seperti askar.

“Sudah tak payah nak jadi Askar sangat baik kita pergi berkumpul dengan yang lain nanti apa pula yang diorang cakap.” Ucap Samuel sambil membuka pintu caravan itu.

Rindiani hanya mengikuti suaminya tanpa banyak kata anak buah Samuel juga mengikuti mereka dari belakang. Setelah sampai di tempat berkumpul kawan-kawannya terus datang menghampiri Rindiani. Samuel hanya memberi isyarat saja pada anak-anak buahnya dan mereka membalas dengan anggukkan kepala saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience