Setelah 3 jam setengah perjalanan akhirnya mereka sampai di destinasi mereka. Rindiani berkemas barang-barangnya lalu membangunkan Samuel yang masih tertidur nyenyak itu.
“Awak bangun kita dah sampai ni awak.” Panggil Rindiani sambil menepuk bahu Samuel.
“Ye kejap.” Ujur Samuel sambil bangun duduk dalam keadaan mamai.
“Okey la saya turun dulu ye.” Kata Rindiani sambil mengalas begnya.
“Wait honey.” Ucap Samuel sambil menguap.
“Ada apa.” Tanya Rindiani kepada Samuel.
“Kita turun sekali jom.” Balas Samuel sambil berdiri dan mula menuruni tangga bas itu.
Setelah semua yang ada di dalam bas itu turun lalu mereka turun dengan senyuman. Alisya yang melihat kearah Rindiani dan Samuel terus mengenggam tangannya dengan kuat. Rindiani terus bergerak kearah kawan-kawannya yang sedang berkempul di tepi bas. Setelah semua berkumpul kini tiba masa mereka menaiki bot untuk ke Pulau Perhentian.
“Wey korang kita satu khemah nak tak.” Kata Rindiani sambil duduk di sisi Samaira.
“Boleh kejap lagi aku dengan Amy pergi jumpa dengan Cikgu Haziq tanya macam mana.” Balas Natasha sambil menutup novel yang ada ditangannya.
“Okey baik.” Ucap Rindiani dengan gembira dan dia terus melihat sekelilingnya.
Ketika dia melihat sekeliling dia ternampak Samuel yang sedang berbual dengan 4 orang lelaki yang dia tidak kenal di jauh di belakang tapi dia hanya membiarkan saja. Samuel yang sedang memberi arahan pada anak-anak buahnya dengan tegas sekali.
“Aku nak korang jaga isteri aku baik-baik kalau ada apa-apa yang terjadi dia korang akan dapat hukuman faham. Tapi korang just pantau dari jauh saja aku tak nak korang ganggu aktiviti dia disini Faham.” Kata Samuel dengan tegas.
“Faham Boss.” Jawab semua anak buahnya itu.
“Kalau faham korang boleh mulakan tugas korang sekarang dan kalau korang nampak budak dalam gambar yang aku bagi tadi ada cari pasal dengan isteri aku korang terus bagitahu aku faham.” Ujur Samuel kepada anak-anak buahnya.
“Baik bos.” Balas semua anak-anak buahnya.
“Good.” Ucap Samuel ringkas dan terus menoleh kearah Cikgu Haziq dan mereka berbual-bual.
Setelah Samuel menolehkan badan anak-anak buahnya juga terus mengikut arahan yang di beritahu oleh Samuel tadi. Mereka melihat kearah Rindiani dari jauh sambil berbual.
“Zaki, kau pantau budak yang bos bagi gambar dia tadi kami akan pantau Puan okey.” Kata Ben sambil duduk.
“Baik kalau macam tu nanti ada apa-apa aku bagitahu korang.” Balas Zaki yang sedang duduk dihadapan Alisya.
Samuel hanya memerhati anak-anak buahnya dari jauh dan setelah itu dia kembali berbincang dengan Cikgu Haziq. Rindiani pula hanya fokus dengan buku nota dia saya tanpa memperdulikan kawan-kawannya.
“Wey Indi kau ni asyik dengan buku nota kau saja sampai kami tanya pun kau tak dengar,” Ujur Kaysha sambil menepuk bahu Rindiani.
“Sorry la korang aku sedang dapat idea ni tu yang aku fokus sangat tu. Kau tengok Sha tu baca novel aku dah nak habis dah sebab tu aku kena cepat tulis novel aku yang baru nanti peminat aku lari la.” Balas Rindiani tanpa melihat kearah kawan-kawannya.
“Eleh.. oh ya Indi novel kau yang sebelum yang ni macam mana okey tak.” Tanya Natasha kepada Rindiani sambil menutup novel yang ada di tangannya.
“Oh yang tu okey je sekarang tinggal tunggu untuk diorang cetak dan jual kenapa tanya.” Soal Rindiani kepada Natasha balik.
“Tak ada apa ye la novel kau yang ni aku dah nak habis baca jadi aku nak beli novel kau yang baru la pula. Kau tak bagitahu pun apa tajuk novel kau yang bakal keluar nanti.” Balas Natasha dengan senyuman yang sangat manis.
“Layakkah aku mendapat cintamu. Itu tajuk novel aku yang akan keluar.” Ujur Rindiani yang masih fokus menulis itu.
“Okey nanti aku pergi cari thanks Indi.” Ucap Natasha dengan gembira.
“Welcome.” Jawab Rindiani ringkas.
Mereka berbual-bual dan bergelak ketawa. Setelah sampai di jeti Pulau Perhentian mereka terus turun dari bot dengan barang masing-masing. Cikgu Haziq menyuruh mereka berkumpul di bawah pohon yang ada di persisiran pantai itu dan kemudian mereka berjalan menuju kearah sebuah resort.
“Baik sekarang saya akan edarkan khemah dan dalam sebuah khemah kena ada 5 orang jadi kamu boleh pilih kawan-kawan kamu sekarang dan datang kepada Sir Samuel beri nama dan ambil khemah kamu okey kamu boleh cari sekarang.” Ujur Cikgu Haziq sambil menggunakan handheld megaphone.
“Baik Cikgu.” Jawab semua para pelajar dan terus bergerak mencari kawan masing-masing.
Setelah mendengar kata-kata Cikgu Haziq, Rindiani dan kawan-kawannya terus kearah Samuel setelah memberi nama dan mengambil khemah mereka kembali ke dalam barisan semula. Setelah 30 minit menunggu Cikgu Haziq memberi arahan lagi kepada mereka.
“Baik semua sudah dapat khemah masing-masing.” Tanya Cikgu Haziq.
“Sudah Cikgu.” Jawab semua pelajar dengan kuat.
“Baik kalau macam itu selepas kamu memasang khemah masing-masing kamu dan kamu boleh pergi bersihkan diri dan selepas itu kamu boleh menunaikan solat di surau yang disediakan bagi pelajar yang islam dan pelajar yang non muslim kamu boleh tolong saya, Sir Samuel dan Ustazah Hashitah sediakan makanan ye selepas itu kita akan makan bersama-sama faham.” Ujur Cikgu Haziq dengan mengunakan speaker.
“Faham Cikgu.” Ucap semua pelajar dengan kuat.
“Baik kalau macam itu kamu boleh gerak sekarang.” Balas Cikgu Haziq dan terus menutup speaker dan bergerak kearah Guru-guru yang lain.
Selepas mendengar arahan yang Cikgu Haziq berikan mereka terus mendirikan khemah mereka. Rindiani dan Kaysha memasang khemah dan yang lain membawa barang-barang mereka ke tapak khemah mereka. Setelah selesai memasang khemah dan menyimpan barang-barang mereka di dalam khemah mereka terus pergi membersihkan diri di bilik air yang disediakan setelah itu mereka terus pergi ke surau yang ada berdekatan dengan bilik air itu dan menunaikan solat.
“Wey korang cepat la aku dah lapar dah ni.” Kata Rindiani sambil memegang perutnya.
“Sabarlah kot ye pun kau ni. Kita baru saja habis solatkan.” Balas Kaysha sambil melipat telekungnya.
“Ye la.” Ujur Rindiani dengan muncung itiknya.
“Sudah jom nanti kebulur pula kawan aku ni.” Jawab Natasha sambil menarik tangan Rindiani keluar dari surau itu.
Mereka kembali ke khemah dan menyimpan semua barang-barang mereka dah terus pergi kearah Ustazah Hashitah dan yang lain. Mereka menolong Ustazah hashitah dan yang lain menghidangkan makanan. Ada seorang pelajar lelaki cina datang menghampiri Rindiani dan kawan-kawannya.
“Rindiani, Samaira, Sir Samuel panggil kamu katanya nak jumpa kamu dekat bot warna hitam.” Kata pelajar cina dengan senyuman.
“Oh okey thanks.” Ucap Rindiani dengan senyuman dan terus menarik tangan adik iparnya ke lokasi yang diberitahu oleh pelajar cina itu tadi.
Rindiani dan Samaira berlari kearah bot berwarna hitam yang ada di persisiran pantai itu dan mereka terus mendekati Samuel yang sedang bersandar disisi container caravan itu. Samuel yang melihat isteri dan adiknya mendekat terus membuka pintu caravan itu dan mengambil beberapa kotak kecil yang berwarna hijau itu.
“Ada apa along nak jumpa dengan kami.” Tanya Samaira kepada Samuel.
“Along cuma nak bagi benda ni saja. Kongsi dengan Kaysha, Natasha dan Amy sekali selalu pakai tak kira dimana saja korang duduk faham along tak nak korang digigit nyamuk.” Balas Samuel sambil menyerahkan kotak itu pada Samaira.
“Baik along. Eh kejap sebenarnya dari tadi adik nak tanya tapi lupa kenapa anak-anak buah along ada disini bukan ini perkhemahan sekolah ke tapi kenapa perlu bawa diorang sekali.” Soal Samaira kepada Samuel.
“Along suruh mereka jaga korang berdua along tak nak apa-apa terjadi pada kamu berdua faham. Lepas apa yang Alisya buat pada Indi along tak rasa yang dia akan berhenti disitu saja kamu berdua perlu berhati-hati walaupun anak-anak buah along ada untuk menjaga korang tapi ada tempat yang anak-anak buah along tak boleh ikut sekali so waspada faham.” Terang Samuel dengan tegas.
“Faham.” Jawab Rindiani dan Samaira serentak.
“Good adik kau boleh pergi dulu along nak cakap sikit dengan Isteri along ni boleh.” Ujur Samuel dengan senyuman.
“Boleh along take your time bye.” Ucap Samaira dan terus berlalu pergi.
Setelah Samaira pergi Samuel terus menarik tangan Rindiani menaiki container caravan yang berhubung dengan bot berwarna hitam itu. Samuel mengisyaratkan agar Rindiani duduk di sebuah katil yang ada didalam container caravan itu dan Rindiani hanya mengikuti saja arahan itu.
Share this novel