BAB 77

Romance Series 71296

4 Bulan kemudian

Hari ini majlis perkahwinan Ruzaini, Rosyam, Rizman dan majlis aqikah untuk anak-anak Samuel dan Rindiani akan diadakan serentak. Segala persiapan sudah siap tetamu juga sudah ada yang datang. Tan Sri Shamsul, Puan Sri Giselle, Dato Radzi dan Datin Rose ada dihadapan pintu utama dewan untuk menyambut tetamu yang hadir.

“Hubby pergi la sambut tetamu dengan mama, papa, ibu dan baba tu ini pun majlis kita juga kan.” Ujur Rindiani yang sedang duduk sambil menyusui anaknya dengan menggunakan botol susu.

“Honey tadi hubby dah pergi duduk dekat dengan diorang tapi mama dan papa halau hubby diorang kata macam ni ‘ Along pergi la masuk dalam tak payah duduk dekat sini biar kami saja yang sambut tetamu ni semua along pergi teman Indi jaga cucu-cucu mama tu.’ ‘Betul tu Mue pergi la masuk.’ Ha macam tu la dialog mama dan ibu.” Ucap Samuel sambil meniru cara percakapan ibu dan ibu mertuanya itu.

“Ha ye la hubby duduk la disini.” Kata Rindiani dengan sisa ketawanya kepada suaminya itu.

Mereka duduk berbual-bual sambil menidurkan anak mereka. Setelah anak-anak mereka sudah tidur mereka terus meletakkan semula kedalam stroller. Setelah itu Samuel dan Rindiani mengeluarkan telefon dan menaip sesuatu di telefon mereka masing-masing.

“Assalammualaikum.” Ucap seorang wanita sambil duduk dikerusi roda dan disisinya ada seorang lelaki memberi salam kepada Rindiani dan Samuel.

“Wa’alaikummussalam ya ada apa-apa yang boleh saya tolong.” Jawab Rindiani sambil meletakkan telefonnya kedalam stroller anaknya itu.

“Saya datang nak jumpa awak berdua la.” Ujur Wanita itu lagi.

“Kejap ye. Hubby, hubby ada orang nak jumpa hubby kenal ke.” Soal Rindiani kepada Samuel yang masih melihat telefonnya itu.

“Apa honey kejap la hubby tengah chat dengan Ben ni.” Balas Samuel matanya masih memandang telefonnya.

“Ish.. hubby ni, ni ada orang nak jumpa la cuba tengok dulu honey tak kenal kalau honey kenal honey tak kacau hubby la.” Kata Rindiani dengan perlahan dan terus merampas telefon suaminya itu.

“Ye la. Eh Shauki bila sampai.” Tanya Samuel kepada lelaki yang sedang berdiri itu.

“Baru saja kau tu yang tak perasan kami ada dihadapan kau.” Balas lelaki yang bernama Shauki itu.

“Itulah dia ni kalau dah buat kerja memang tak tengok kiri kanan dah dari dulu lagi.” Ujur Wanita yang duduk dikerusi roda itu.

“Memandai saja kau ni eh pergi la makan dulu nanti kita berbual lagi okey.” Ucap Samuel kepada Shauki dan wanita itu dan mereka hanya menganggukkan kepala dan terus berlalu pergi.

Setelah mereka pergi Samuel terus menoleh kearah isterinya itu. Rindiani menoleh kearah suaminya dengan berkerut dahinya.

“Hubby kenal diorang kenapa honey tak pernah nampak diorang pun sebelum ni.” Tanya RIndiani kepada Samuel.

“Oh itu Shauki kawan hubby masa di Universiti dan perempuan yang duduk dikerusi roda tu isteri dia Rania takkan honey tak kenal Rania kot.” Balas Samuel kepada Rindiani yang sedang berkerut dahinya.

“Rania ex-girlfriend hubby tu ke.” Teka Rindiani kepada Samuel.

“Ye betul la tu.” Jawab Samuel dengan senyuman kepada Rindiani.

“Kenapa dia duduk dikerusi roda bukan dia patah kaki saja ke.” Ujur Rindiani sambil melihat kearah Shauki dan Rania.

“Kaki dia memang patah tapi lumpuh lepas dia melahirkan anak sulung diorang sekarang diorang menguruskan rumah anak-anak yatim di kampung Rania. Dan hubby menjadi penyumbang disana honey tak marah kan.” Ucap Samuel kepada isterinya dengan ragu-ragu.

“Buat apa honey nak marah lain kali kalau hubby nak sumbang bagitahu honey sebab nak sumbang juga.” Jawab Rindiani sambil memegang tangan suaminya.

“Okey nanti kalau hubby nak buat sumbangan hubby bagitahu honey okey.” Kata Samuel dengan senyuman yang manis.

Setelah itu mereka bangun dan menghampiri para tetamu yang sedang menjamu selera. Baru saja mereka hendak menghampiri tetamu yang lain terdengar suara pengacara majlis memberi salam dan menjembut pengantin untuk masuk kedalam dewan dan mereka terus duduk di pelamin yang disediakan.

“Assalammualaikum kepada para tetamu yang hadir pada hari ini. Hari ini kita akan meraikan majlis perkahwinan diantara Ruzaini dan Kaysha, Rosyam dan Natasha, Rizman dan Raysya dan majlis aqikah anak kembar Tuan Samuel dan Puan Rindiani iaitu Ahmad Rasyiqul Gabriel dan Nur Rasyiqah Gabrealla untuk memulakan majlis saya ingin menjemput Ustaz Shafwan untuk membacakan doa.” Ucap Nizam selaku pengacara majlis.

“Assalammualaikum terima kasih kepada pengacara majlis baik mari kita mulakan dengan Al-Fatihah.” Ujur Ustaz Shafwan dan terus mula membaca doa.

Semua yang ada didalam dewan itu turut membaca doa yang dipimpin oleh Ustaz Shafwan itu. Setelah Ustaz Shafwan mengakhiri bacaan doa semua yang ada didalam dewan itu turut mengaminkan doa.

“Amin ya rabbal alamin.” Ucap Nizam sambil mengusap wajahnya.

“Baik kita sambung majlis ini dengan menepung tawar para pengantin kita disebelah kanan tuan/puan boleh lihat ada 2 buah buaian untuk acara mengendoi si kembar dan saya mempersilakan Dato Radzi dan Datin Rose selaku ibubapa kepada pengantin lelaki kita untuk mulakan sesi menepung tawar dan Puan Rindiani juga sudah meletakkan si kembar ke dalam buaian yang disediakan.” Sambung Nizam dengan Panjang.

Dato Radzi dan Datin Rose menuju kearah pelamin dan terus menepung tawar anak-anak dan menantu mereka dengan senyuman yang sangat manis. Kemudian diikuti oleh ibubapa pengantin perempuan pula. Majlis berlansung sehingga lewat petang Samuel dan Rindiani bersalam dengan tetamu yang hendak pulang itu diikuti oleh Tan Sri Shamsul, Puan Sri Giselle, Dato Radzi dan Datin Rose. Setelah selesai semua mereka pulang ke rumah masing-masing.

“Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.” Ujur Dato Radzi yang duduk disebelah pemandu itu.

“Ya la abang, ayang bersyukur sangat semua dah selamat.” Sokong Datin Rose dengan kata-kata suaminya itu.

“Along, angah dengan alang memang dah selamat jadi suami orang tapi acik belum lagi ibu tapi asyu bersyukur juga sebab asyu dapat kakak ipar 3 sekali gus hihi.” Kata Rindiani dengan ketawa.

“Tu la ibu pun dapat anak perempuan lagi 3 hai bertambah besar la keluarga kita kan asyu.” Jawab Datin Rose dengan senyuman yang manis.

“Mue pun gembira untuk along, angah dan alang. Ibu, baba Nasib hari ini si kembar tak buat perangai kalau tak aduh habis la dah la tukang pujuk diorang ada diatas pelamin kalau tak naya ja.” Ujur Samuel yang sedang memandu keretanya itu.

“Tu la ibu pun takut yang tu juga tapi semua dah selesai ibu bersyukur sangat.” Balas Datin Rose dengan senyuman.

“Baba diorang balik rumah kita ke rumah mertua diorang.” Tanya Rindiani kepada Dato Radzi.

“Tadi along dan alang cakap balik rumah kita tapi kalau angah baba tak tahu pula.” Balas Dato Radzi kepada anaknya itu.

“Oh yake ha tak apalah kita balik je la lagipun si kembar pun dah tidur ni letih sangat dari tadi tidur sekali saja tu pun kejap je,” Ujur Rindiani Sambil melihat anaknya yang didalam gendongannya dan ibunya itu.

Samuel yang mendengar kata-kata isterinya terus memandu ke rumah mertuanya itu. Dalam perjalanan sempat Samuel berhenti disebuah Restoran dan membeli beberapa jenis lauk untuk makan malam nanti. Setelah membeli Samuel kembali melanjutkan pemanduannya ke rumah mertuannya.

Share this novel

Mia Zara
2024-04-22 03:10:06 

next episode


NovelPlus Premium

The best ads free experience