Bab 41

Drama Completed 14233

"Dir.. Awak percaya saya tak?" soal Megat. Dia memegang bahu Dir.

"Hah?" Dir mengelipkan matanya beberapa kali. Dia rasa sesuatu yang tidak kena.

"Err.. Percaya." Dir teragak-agak nak jawab.

"Okay." Megat mengusap kepala Dir. Dia tersenyum memandang Dir.

"Saya nak pergi kerja dulu. Jaga diri." kata Megat. Tangannya dihulurkan kepada Dir. Dir bersalaman dengan Megat.

"Bye." kata Megat. Dia pun keluar dari rumah.

"Kenapa dengan Megat?" soal Dir sendirian.

"Ada masalah ke?" fikir Dir. Dia mula berteka-teki dengan apa yang berlaku. Soalan Megat membuatkan dia berfikir yang bukan-bukan.

"Ya Allah.. Kau lindungilah suamiku dan selamatkanlah dia dari sebarang bahaya." Dir berdoa untuk Megat.

Ting.. Ting.. Telefon Dir berbunyi tanda ada mesej yang masuk.

'Dear.. Hari saya nak makan nasi daging tau.'

Megat yang mesej. Dir pun membalas.

'Okay.' bersama emoji senyum.

"Nasi daging? Haish! Aku mana reti masak nasi daging. Makan pernahlah masa pergi Kedah dulu. Dah lama sangat." kata Dir.

"Hmm.. Google jelah." Dir pun google cara membuat nasi daging. Daripada blog, youtube semua dia buka untuk dapatkan resepi. Setelah mencatat semua senarai bahan-bahan. Dia pun ke kedai. Dekat je. Dia pun jalan kaki sahaja ke sana.

Bakul dia ambil. Senarai bahan-bahan dikeluarkan.

"Okay mula-mula cari tomato, bawang, untuk buat air asam." bahan-bahan tersebut diambil Dir. Setelah itu dia pergi ke bahagian rempah. Dia mengambil rempah sup dan rempah nasi daging. Resepi asal tiada sup pun. Dia saje tambah untuk kuah.

"Next daging. Berapa kilo nak beli ni?" fikir Dir. Dia buka blog yang dia kunjungi semula.

"Hmm.. Setengah kilo cukup kot." kata Dir. Dia pun ambil daging tersebut. Setelah yakin membeli semua bahan dia pun beratur ke kaunter untuk buat pembayaran.

"Orang baru kat sini? Tak pernah nampak pun." tegur seorang mak cik.

"Ye baru pindah sini." kata Dir. Dia tersenyum.

"Ohh. Kerja dekat-dekat sini ke?" soal mak cik itu.

"Tak.. Ikut suami." kata Dir.

"Ohh. Baru kahwin ye?" mak cik tersebut melihat inai dijari Dir.

"Ye." kata Dir. Mak cik itu tersenyum. Setelah itu, Dir pun membayar barangnya dan pulang ke rumah.

Dia pun terus masak nasi daging khas untuk Megat yang tersayang. Segala kasih sayang dicurahkan semasa memasak.

"It's done." kata Dir apabila dia selesai masak. Dia ambil telefonnya dan tangkap gambar makanan tersebut dan dia hantar kepada Megat.

'Nasi daging dah siap.'

Tulis Dir.

'Wah sedapnya. Tak sabar nak makan.'

Balas Megat.

Dir tersenyum membaca mesej itu.

Megat balik awal hari ni sebab dia tak sabar nak makan Nasi Daging yang dimasak oleh Dir.

"Sedap tak?" soal Dir. Dia tak sabar nak tahu komen Megat.

"Hmm.." Megat berfikir.

"Kurang.." kata Megat.

"Hah kurang? Apa yang kurang?" soal Dir.

"Kurang senyuman awak." kata Megat.

"Hah?" kata Dir. Setelah itu, Dir tersenyum.

"Ha.. Macam ni baru sedap." kata Megat.

"Awak ni.." kata Dir. Megat tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience