Bab 59

Drama Completed 14233

"Buka kain kat mata perempuan tu." arah perempuan itu. Kain hitam yang menutup mata Dir pun dibuka. Sudah masuk hari ketiga Dir diculik.

"Hi?" tegur perempuan itu.

"Raisya?" sebut Dir.

"Yes bitch. Terkejut?" kata Raisya. Lelaki-lelaki yang culik Dir memakai topeng muka. Raisya sahaja yang tidak menutup mukanya. Mungkin sengaja.

"Kenapa kau culik aku?" soal Dir dengan lemah.

"Semua sebab suami kau tulah." kata Raisya.

"Hah?" Dir terkejut.

"Aku nak suami kau bertanggungjawab." kata Raisya.

"Bertanggungjawab?" soal Dir.

"Yes, bertanggungjawab. Bertanggungjawab atas apa yang dia buat." kata Raisya.

"Hah?" soal Dir.

"Kau ingat malam dinner yang kita orang gaduh besar hari tu?" soal Raisya.

"Kenapa?" soal Dir.

"Malam lepas tu kita orang jumpa. Sebab nak berbincang cara baik. Tapi kita orang jumpa kat trec. Sebab dah malam sangat. Lepastu we both drunk and.. You know what happen lepastu? Lelaki perempuan mabuk? Haha. Malaslah nak cerita pandai-pandai agaklah." kata Raisya sambil tersenyum galak.

"Apa?" Dir terkejut. Air matanya dia mengalir. Dia betul-betul terkejut. Betul ke ni?

"No! Megat bukan lelaki macam tu." kata Dir. Dia percayakan Megat.

"Hei bodoh. Kau kenal dia pun tak sampai setahun. Aku lebih kenal dia." kata Raisya.

"Tak. Saya percaya Megat tak kan buat perkara terkutuk macam tu." kata Dir. Dia tidak percaya dengan kata-kata Raisya. Megat seorang yang baik.

"Haha. Pandai Megat berlakon. Kau tahu kenapa dia lari sampai Kedah?" soal Raisya.

"Sebab ada along kejar dia. Ada orang jadikan dia sebagai penjamin." kata Dir.

"Bodoh! Kau rasa siapa yang bebal sangat nak suruh Megat yang miskin tu jadi penjamin? Tu semua alasan yang dia reka je sebab nak lari dari tanggungjawab." kata Raisya. Dir tersentak.

"Tanggungjawab apa?" soal Dir.

"Tanggungjawab dekat anak dia." Raisya mengusap perutnya.

"Hah?" Dir terkejut bagaikan suatu tamparan hebat menampar dirinya. Airmatanya mengalir. Dia benar-benar tidak sangka.

"Tipu." kata Dir. Selama mereka berkahwin Megat tak pernah ambil kesempatan terhadap Dir. Walhal Dir isteri Megat yang sah. Jadi mesti Raisya menipu.

"Nah." Raisya baling gambar x-tray janinnya depan Dir.

"Tipu. Apa yang kau cakap semua tipu. Aku kenal suami aku dia baik. Dia takkan buat macam tu." kata Dir.

"Aku tak menipu. Semua aku cakap benda betul." kata Raisya.

"Tipu! Entah-entah tu anak Farid." kata Dir.

"Farid? Hahaha. Kesian kau. Mati-mati kena tipu dengan Megat." kata Raisya. Dia ketawa.

"Sedarlah Dir yang Megat tu tak sebaik mana. Sebaik-baik Megat tu ada juga syaitannya." kata Raisya.

"Tak. Kau tipu." jerit Dir.

"Haih.. Masa yang lepas korang tunang. Aku ada jumpa Megat suruh dia bertanggungjawab. Tapi dia tak nak. Dia tak mengaku. Macam-macam alasan dia cakap." kata Raisya.

"Tak!" jerit Dir.

"Shuh. Jangan jeritlah. Anak aku nak tidur." Raisya usap perutnya. Dir nampak baby bump diperut Raisya.

Dir menangis teresak-esak. Dia tidak percaya kata-kata Raisya. Tapi dia keliru. Dia tidak keruan. Dia juga seperti termakan dengan kata-kata Raisya.

"Dah. Nangis puas-puas. Aku nak cakap sikit ni semakin banyak rasa sayang kau pada seseorang, kau akan semakin derita Dir. Terima jelah nasib kau." kata Raisya. Dia pun keluar dari bilik itu. Begitu juga lelaki-lelaki itu.

"Ya Allah.. Megat.." airmata Dir mengalir laju. Dia sedih sangat.

Dir teringat kata-kata Megat dulu. "Dir.. Awak percaya saya tak?" soal Megat.

"Betul ke semua ni? Ya Allah." hati Dir bagai dihunus sembilu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience