Bab 58

Drama Completed 14234

Seharian Dir hilangkan diri. Megat makin buntu hendak mencari Dir dimana. Tiada jejak Dir dimana-mana. Sebarang petunjuk pun tiada.

"Ya Allah dear.. Awak kat mana ni?" soal hati Megat.

"Saya risaukan awak." bisik Megat.

Macam-macam cara dah Megat buat tapi Dir masih belum ditemui.

Sepanjang kehilangan Dir, Megat tidak berhenti berdoa agar untuk kesejahteraan dan Dir dilindungi oleh Allah. Megat juga membuat solat hajat bagi meminta petunjuk dan Dir pulang semula ke pangkuannya.

Megat sedang duduk dihadapan rumahnya. Dia rehat sekejap. Nanti dia sambung cari Dir lagi.

"Megat.. Bini hang tak balik lagi ka?" tegur Mak Dah. Dia dapat tahu mengenai kehilangan isteri Megat daripada anaknya, Siti. Terkejut juga Mak Dah dibuatnya.

"Belum balik lagi mak cik." kata Megat. Dia mengeluh.

"Sabar banyak lah noh. Insha Allah dia tak dak apa-apa. Mak Dah doakan dia cepat balik." kata Mak Dah. Dia pun pelik apabila Dir tiba-tiba sahaja hilangkan diri. Padahal sebelum ini Dir nampak okay sahaja. Mungkin ada sesuatu telah terjadi.

"Insha Allah Mak Dah. Mak Dah tolong doakan tau." kata Megat. Saat ini dia perlu bantuan daripada semua orang.

"Ya." kata Mak Dah. Dia simpati atas perkara yang menimpa Megat. Dia sendiri akan panik kalau ahli keluarganya hilang.

"Mak Dah balik dulu nah." kata Mak Dah.

"Ye. Terima kasih Mak Dah." kata Megat. Mak Dah mengangguk dan pulang ke rumahnya.

Megat masih lagi tidak berputus asa mencari Dir. Siang, malam, pagi, petang dihabiskan untuk mencari Dir.

Dir pula masih diikat dan dikurung oleh penculik itu. Dir sendiri tidak tahu dia berada dimana. Dia nak balik rumah jumpa keluarga. Dia rindu akan keluarganya.

"Macam mana perempuan tu? Okay?" soal penculik perempuan.

"Okay je. Kita orang dah ikat dia betul-betul. Confirm takkan terlepas." kata Haze.

"Bagus." balas penculik perempuan.

"Sampai bila kau nak kurung dia?" soal Haze.

"Tak tahu lagi. Tapi mungkin lama sikit. Sebab aku nak fikir apa yang aku nak buat lepas ni." kata penculik perempuan itu.

"Okay." balas Haze.

"Korang jaga je perempuan tu. Bagi dia makan. Aku tak nak dia mati. Make sure dia hidup." kata perempuan itu.

"Ye." kata Haze.

"Takpelah aku pergi dulu. Kalau ada apa-apa call je aku." kata perempuan itu.

"Okay. Kau jangan risau. Kita orang make sure semua okay." kata Haze.

"Okay." perempuan itu terus berlalu pergi.

Haze pun pergi ke bilik Dir dikurung.

"Hoi bangun." kata Haze. Kaki Dir disepak.

"Hah?" Dir terkejut. Dia terjaga.

"Makan ni." Haze menyuap makanan ke mulut Dir.

"Saya tak nak makan. Saya nak balik." kata Dir.

"Kau takkan dapat balik." kata Haze.

"Tapi kenapa?" soal Dir.

"Entah." kata Haze.

"Sampai bila korang nak kurung saya?" soal Dir.

"Entah." balas Haze.

"Tolong lepaskan saya. Saya nak balik." rayu Dir.

"Bisinglah kau ni. Makan ni." kata Haze.

"Tak nak." Dir berkeras.

"Jangan degil boleh tak? Aku malas nak pukul perempuan. Lebih baik kau makan. Kalau tak, tak tahulah nasib kau." tengking Haze. Dir terpaksa menurut sahaja. Dia jadi takut.

Begitulah nasib Dir. Dia sentiasa seksa oleh penculik perempuan. Mereka buat Dir seperti tahanan tanpa ada sebab yang jelas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience