Bab 36

Drama Completed 14234

Baru seminggu Dir dan Megat bertunang sudah muncul suatu dugaan. Sebenarnya bukan dugaan tapi lebih bersifat salah faham. Masa Dir keluar jalan-jalan dengan Iffah, dia ternampak Raisya dan Megat. Mereka makan disebuah cafe dan hanya ada mereka berdua sahaja. Dir jadi cemburu.

"Eh Dir.. Tu Megat kan?" soal Iffah. Dia ternampak Megat makan disebuah cafe berdekatan.

"Mana?" soal Dir. Mata Dir meliar mencari.

"Tu.." Iffah tunjukkan ke arah cafe tersebut.

"Ye Megat.." kata Dir. Tapi Megat makan dengan perempuan mana tu? Siapa perempuan tu? Hari ni hari Ahad. Mustahil kalau ada meeting.

"Eh tu Raisya. Megat dengan Raisya? Dorang dah berbaik ke?" soal Iffah. Dia rasa sedikit musykil.

"Entahlah." kata Dir. Muka Dir berubah sedikit. Dia mula fikir yang bukan-bukan.

"Maybe just saje-saje jumpa kot. Nak ucap tahniah." kata Iffah. Dia cuba untuk sedapkan hati Dir. Dia nampak perubahan yang terpancar diwajah Dir.

"Hmm.." balas Dir. Setelah itu, mereka pun pulang ke rumah.

Keesokan harinya Megat ajak Dir jumpa. Memandang hari Isnin ada cuti. Mereka makan disebuah restoran. Tetapi Dir nampak dingin sahaja. Bila Megat tanya kenapa Dir senyap sahaja.

"Dear saya ada buat salah ke? Kenapa awak senyap je ni?" soal Megat. Dia perasan dengan perubahan sikap Dir.

"Semalam awak jumpa siapa eh?" soal Dir. Dia rasa tidak puas hati dengan Megat. Rasa curiga dihatinya tidak dapat dibendung.

"Semalam? Err.." Megat berfikir. Ramai juga dia jumpa orang semalam.

"Kenapa?" soal Megat. Dia terasa pelik.

"Awak jumpa ex awak kan?" perli Dir.

"Oh.. Raisya ke?" soal Megat. Baru dia teringat dia ada jumpa Raisya semalam. Macam mana Dir boleh tahu ni?

"Macam mana awak tahu?" soal Megat.

"Saya nampak." kata Dir.

"Hmm.. Memang saya jumpa Raisya semalam sebab dia yang ajak jumpa." kata Megat.

"Buat apa jumpa dia?" soal Dir.

"Dear jealous eh?" kata Megat. Dia dah tahu kenapa dia berubah jadi pelik. Dir senyap saja.

"Dia ajak get back. Dia kata dia menyesal sebab pilih Farid. Dia baru sedar yang saya lelaki baik walaupun saya tak kaya." kata Megat.

"Hah?" Dir terkejut. Tak sangkanya.

"Habis tu awak cakap apa?" soal Dir. Dia tenung muka Megat.

"Mestilah jawab no. I'm already taken okay." kata Megat. Dia tersenyum. Tak sangka Dir ni kuat cemburu juga. Ingatkan sebab apalah tadi.

"Yes. Taken by me." kata Dir. Dir turut tersenyum.

"Dir jangan risau. Saya tak layan pun dia. Sebab saya setia pada Dir sorang je. Saya dah buang perasaan saya pada dia jauh-jauh." kata Megat.

"Okay. Saya pegang kata-kata awak." kata Dir. Mereka pun makan setelah itu.

Hari ni Megat bawa Dir tengok wayang. Dia cuba nak ceriakan Dir semula. Mereka habiskan masa bersama sehari ni. Selepas itu mereka ke butik pengantin untuk membuat survey untuk tempah baju kahwin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience