Beberapa hari kemudian tibalah hari minggu jadi Dir keluar jalan-jalan. Tiba-tiba tekaknya rasa nak minum boba tea. Dia pergi ke sebuah mall dan manfaatkan masa 'me time' disebuah cafe. Dia pun order kek juga.
Sedang dia minum dan makan kek tiba-tiba dia ternampak Megat diluar cafe dan Megat menghampiri Dir. Mereka berbual sedikit.
"Buat apa kat sini?" soal Megat.
"Makan kek." kata Dir. Megat mengangguk. Dia order secawan kopi.
"Emm... Dir... Awak nak kahwin dengan saya tak? Tapi tulah saya tak kaya. Office boy je." soal Megat secara tiba-tiba. Office boy lah sangat. Padahal ada pangkat, bos kepada Iffah lagi tu. Cuma syarikat tu bukan Megat punya.
"Hah?" Dir terkejut. Macam tidak percaya sahaja apa yang dia dengar.
"Saya tengah lamar awak ni. Cuma saya tak beli cincin lagi sebab tiba-tiba je nak ajak awak kahwin." kata Megat. Dia pun kurang pasti apa yang dia buat sekarang ini. Buang tabiat agaknya.
Dir mengerutkan dahi. Sukar dia hadam apa yang dikatakan Megat.
"Tiba-tiba je." kata Dir.
"Bukan perempuan suka kejutan ke?" soal Megat.
"Tapi.." kata Dir. Dia ragu-ragu.
"Ala Dir.. cakap yes or no je." kata Megat.
"No." kata Dir. Dia tidak mahu dibuai mimpi. Megat ni entah serius entah tidak. Kena prank ke ni?
"What? Awak tak suka saya dah?" kata Megat.
"Sejak bila saya suka awak?" soal Dir. Dia macam hendak pengsan bila Megat cakap macam tu. Macam mana dia boleh tahu? Tetapi Dir tidak mahu tunjuk sangat yang dia pernah suka Megat. Lagipun itu kisah lama. Jadi dia perlu berpura-pura.
"Dulu." kata Megat.
"Hah? Mana ada." kata Dir. Dir macam nak meletup. Tetapi dia kuatkan semangat. Lagipun dia sendiri yang kata sudah move on.
"Kalau tak. Kenapa blushing?" soal Megat. Dia tersenyum sambil mengangkat keningnya.
"Panas." Dir menipu.
"Ala Dir, awak suka saya kan." kata Megat.
"No." kata Dir.
"Dir.. Jom kahwin. Saya tahu awak suka saya." kata Megat.
"Mana ada." Dir macam hendak menangis. Dia tertekan dengan desakan Megat.
"Dear.." panggil Megat dengan lembut. Nak cuba goda Dir lah tu.
"Kenapa nak paksa pulak ni?" soal Dir. Dia keluar dari kedai tersebut. Megat membuat pembayaran dan terus mendapatkan Dir.
"Sebab nak kahwin dengan awak." bisik Megat. Dia ikut Dir dari belakang.
"Saya tahu awak suka saya." kata Megat.
"Mana awak tahu?" langkah Dir terhenti dan Dir terlepas cakap. Dir pejam mata dan gigit bibirnya.
"Jadi betullah awak suka saya." Megat teruja. Dia berdiri didepan Dir.
"Dir.." panggil Megat.
"Dulu. Sekarang dah move on." kata Dir sambil menunduk. Dir terpaksa berterus terang.
"Lah kenapa move on cepat sangat?" kata Megat. Dia kecewa.
"Biarlah." kata Dir. Cepat apa sudah lima tahun. Dir sekali lagi mahu meninggalkan Megat. Dir turun ditangga escalator. Dia malu sangat.
"Dir wait.." Megat menghalang jalan Dir apabila mereka sudah turun dibawah.
"Nur Dir err.. Will you marry me? Please say yes." ucap Megat.
Dir terkejut bagaikan tidak percaya. Macam mimpi. Dua kali Megat cuba melamar Dir.
"Nama saya pun tak tahu ada hati nak kahwin dengan saya." kata Dir. Tetapi kenapa Megat tunjuk telefon. Lamar pakai telefon? Trend terbaru ke lamar pakai iphone?
"Apa ni?" soal Dir.
"Sorrylah. Kan tadi dah cakap tak beli cincin lagi. So google gambar cincin je sempat." kata Megat. Dia tunjuk gambar cincin ditelefonnya.
Dir nak tergelak. Tetapi dia cover.
"Kenapa nak kahwin dengan saya?" soal Dir.
"Sebab awak suka saya." kata Megat.
"Habistu ex-ex awak tu?" soal Dir.
"Ada sebab dorang jadi ex." balas Megat.
"Mana awak tahu saya suka awak?" Dir sekali lagi berdolah-dalih.
"Tadikan awak bagitahu." Megat memandang wajah Dir.
"Sebelum tu?" Dir menunduk.
"Saya teka je. Lagipun dulu awak suka usha saya. So saya assume awak suka saya." kata Megat.
"Perasannya." kata Dir. Dir terasa malu, macam manalah Megat boleh perasan.
"Dir.. Marry me." pujuk Megat.
"Kenapa saya kena kahwin dengan awak? Err.. Bagi sebab yang munasabah." kata Dir.
"Sebab.. Saya nak kahwin dengan orang yang suka saya." kata Megat.
"Tak cukup menyakinkan." kata Dir.
"Saya.. Saya pun suka awak. Tapi yang bodohnya lepas lima tahun baru nak suka awak. Saya menyesal sebab tak hargai perasaan awak terhadap saya dulu. Jadi sekarang saya nak tebus semua." kata Megat.
Dir terkejut dengan pengakuan Megat. Tetapi belum cukup yakinkan dirinya untuk terima Megat. Walau pada hakikatnya Dir rasa gembira sangat.
"Tapi saya bukan macam perempuan Melayu terakhir." kata Dir. Dia ingat lagi ciri-ciri wanita idaman Megat.
"It is okay. I love you the way you are." kata Megat. Dir terharu.
"Kita kahwin okay? Lepastu kita bercinta." kata Megat. Dia ingat lagi kata-kata Dir tentang bercinta selepas berkahwin. Dir mendiamkan diri.
"Dir.. Orang kata senyap tanda setuju." kata Megat.
"Dear?" panggil Megat.
Dir sedang berfikir. "Awak ikhlas nak kahwin dengan saya?" soal Dir. Perkahwinan bukanlah seperti main pondok-pondok. Tetapi sebuah ikatan cinta. Dir tak nak tersalah langkah.
"100%." kata Megat. Dia memang sukakan Dir. Dia mahu Dir jadi isterinya.
"Kalau macam tu.. Err.. Apa kata kita berkenalan dulu? Macam blind date? At least kita kenalah kenal satu sama lain baru ada chemistry." kata Dir.
"Blind date? No-no. Hmm.. I know trial date. Tiga kali dating lepas tu kahwin. Masa tu kita berkenalan. Pastu buat semua benda macam orang bercinta nak?" kata Megat.
"Hmm.. Okay." kata Dir. Dia bersetuju tanpa berfikir panjang.
"Okay nanti bila kita dah ngam saya akan hantar rombongan meminang. Yeah. Akhirnya saya dapat makan nasi minyak kenduri sendiri." Megat tersenyum lebar.
"Okay tapi lambat lagi ni baru first step. There's many more." Dir pun tersenyum sama.
Share this novel