Megat benar-benar rindukan Dir. Dia tidak tahan menahan rindu. Dir sudah beberapa hari dingin dengannya. Jadi dia berhadapan dengan Dir. Dia perlu jernihkan segala permasalahan hubungan mereka.
"Dir.." panggil Megat. Dir duduk diluar rumahnya ketika itu. Dia hanya termenung. Ibu, ayah keluar sebentar. Manakala Ira ada disekolahnya. Hanya Dir dan Megat dirumah itu.
Dir pun masuk ke dalam rumah. Dia tidak mahu bercakap Megat.
"Dir kenapa awak asyik mengelak?" soal Megat.
"Apa salah saya?" soal Megat. Dia pegang tangan Dir.
"Lepas!" kata Dir.
"Saya tak lepas selagi awak tak bagitahu apa salah saya? Kenapa awak seksa saya macam ni? Saya rindukan awak Dir. Saya rindu isteri saya. Saya sayang awak" luah Megat.
"Tipu." kata Dir.
"Hah?" kata Megat.
"Awak curang!" kata Dir. Mungkin sudah sampai masanya.
"Hah?" Megat terkejut. Bila masa dia curang pula ni?
"Awak curang pada saya. Tergamak awak." kata Dir.
Walaupun Raisya beritahu perkara terkutuk yang mereka berdua lakukan adalah sebelum Dir dan Megat berkahwin lagi. Dir tetap anggap Megat curang kerana Raisya sudah mengandung. Mengandung anak Megat.
"Apa maksud awak?" soal Megat. Dia terkejut.
"Tak payah buat-buat terkejutlah. Awak ingat saya tak tahu apa yang jadi pada awak dan Raisya. Tergamak betul awak." kata Dir.
"Apa maksud Dir ni?" soal Megat.
"Mengakulah. Sampai bila nak berlakon?" soal Dir.
"Hah?" Megat tak faham.
"Awak lelaki tak guna!" kata Dir.
"Dir? Kenapa cakap macam ni? Saya suami awak?" kata Megat. Dia terkesan dengan kata-kata Dir.
"Suami konon. Entah-entah awak kahwin dengan saya nak tutup dosa awak tu." kata Dir.
"Ya Allah, Dir?" Megat terkejut sangat. Airmatanya mengalir.
"Pandai awak berlakon. Patutlah tiba-tiba lari pergi Kedah rupanya sebab nak lari dari tanggungjawab. Kena kejar dengan along konon. Semua tu tipu je kan." kata Dir.
"Dir cakap apa ni?" soal Megat. Megat tidak faham.
"Haish. Sebenarnya Raisya tu mengandungkan anak awak kan? Tapi awak tak bertanggunjawab. Dulu yang dia jumpa awak sebab tu kan?" kata Dir.
"Ya Allah Dir. Apa yang awak dengar tu salah. Raisya fitnah saya." kata Megat.
"Tipu." kata Dir.
"Saya bukan sekeji tu Dir." kata Megat.
"Boleh percaya ke? Lelaki dahlah kuat menipu." kata Dir.
"Dir.." Megat terus peluk Dir. Dia terasa dengan kata-kata Dir.
"Lepaskan saya." kata Dir dia pukul belakang Megat.
"No. Takkan lepaskan awak. Percayalah Dir saya cinta awak seorang. Diri saya hanya untuk awak. Hanya maut sahaja pemisah kita. I love you Dir. I really, really love you." kata Megat ditelinga Dir.
"Tipu." Dir menangis.
"Saya takkan menduakan awak. Sumpah saya tak pernah sentuh Raisya seumur hidup saya. Saya lelaki yang ada harga diri." kata Megat.
"Tapi Raisya kata.." kata Dir.
"Dir.. Raisya gila. Awak tak nampak ke sebelum ni dia macam mana? Saya baru dapat tahu semuanya dirancang oleh Raisya. Dia yang fitnah saya kat tempat kerja dan dia juga buat saya berhutang dengan along. Semua tu rancang dia. Tapi hal tu dah dapat diselesaikan." kata Megat. Dir senyap.
"Ye Raisya memang mengandung tapi tu bukan anak saya. Tapi anak Farid. Farid tinggalkan Raisya dan Raisya rasa tertekan. Dia jumpa saya hari tu memang dia ajak getback. Dia pun suruh saya jadi pak sanggup. Tapi saya tak terima sebab saya ada awak. Dan saya takkan bertanggungjawab atas dosa yang Raisya buat." kata Megat.
"Percayalah Dir. Sebenarnya Dir.. Saya dah lama sukakan awak. Awak ingat lagi tak masa kita tingkatan 3 masa kat bilik meeting perjumpaan pelajar harapan PMR. Saya perhatikan awak masa tu saya rasa something pada awak. Tu first time saya nampak awak. Disebabkan saya ada Yasmin, saya nafikan perasaan saya. Tapi hati saya rasa sesuatu bila kita satu kelas." kata Megat. Dir pandang muka Megat. Dia terkejut.
"Hari berganti tahun dan saya putus dengan Yasmin. Kami bawa haluan masing-masing. Saya cuba cari awak tapi tak jumpa. Saya jadi rindu pada awak. Tak sangka kita jumpa malam tu. Terus hati saya kuat mengatakan awaklah jodoh saya. Sebab tu jugaklah saya ajak awak kahwin." kata Megat. Dir senyap. Dia terharu dan tidak sangka Megat juga rasa apa yang dia rasa.
"Awak tahu tak Dir ada seribu sebab mengapa seorang perempuan menangis tapi ada satu sebab je mengapa lelaki menangis. Awak tahu tak apa sebab?" kata Megat.
"Sebab apa?" soal Dir.
"Kehilangan orang yang dia paling sayang. Saya tak nak perkara tu berlaku. Saya sayangkan awak Dir. I love you. Percayalah sayang hanya awak yang ada dalam hati saya dan saya tidak akan sesekali menduakan dan mendustakan cinta awak sehingga akhir nafas saya." kata Megat.
Dir membalas pelukan Megat. Dia rasa amat bersalah. Tuduhan dia terhadap Megat sangat besar. Dia terlalu mempercayai kata-kata Raisya sampai mengkhianati kepercayaan terhadap Megat.
"Saya minta maaf Dir kerana saya awak terpaksa tanggung semua rasa ni." kata Megat. Pelukan dilepaskan.
"Saya minta maaf." kata Dir. Megat menggeleng.
"Awak tak salah." kata Megat.
Share this novel