"Dah sampai." kata Megat. Dia memarkirkan keretanya dihadapan sebuah rumah kampung.
"Jom dear." ajak Megat.
"Okay." Mereka pun keluar dari kereta.
"Kita akan bermalam kat rumah tu." tunjuk Megat ke arah sebuah rumah.
"Rumah tu?" tunjuk Dir.
"Yup." balas Megat.
"Macam besar je." kata Dir. Rumah tu memang agak besar. Macam tidak sesuai untuk didiami oleh dua orang sahaja. Sekurang-kurang sebuah keluarga yang berkapasiti tujuh orang boleh muat.
"Ye ke?" soal Megat.
"Yup." kata Dir.
"Err.. Okaylah tu. Rumah kampung memang besar." kata Megat.
"Tak mahal ke?" soal Dir. Biasanya rumah besar mahal sikit.
"Tak mahal. Okay je." kata Megat.
"Oh. Okaylah." kata Dir.
"Assalamulaikum." tegur seorang mak cik.
"Waalaikumsalam." kata Megat.
"Megat ka ni? Hat booking homestay ritu?" soal mak cik tersebut.
"Ye saya mak cik." Megat mengangguk.
"Ha.. Panggil Mak Dah ja. Laki bini ka ni?" soal Mak Dah. Dia perlu mengambil tahu tentang penyewanya.
"Ye. Ni isteri saya, Dir." kata Megat. Dir bersalaman dengan Mak Dah.
"Jom kita pi homestay." ajak Mal Dah. Mereka pun berjalan ke homestay tersebut.
"Nilah rumah tu." kata Mak Dah. Megat mengangguk. Mereka masuk ke rumah.
"Rumah ni ada tiga bilik. Semua ada cuma aircond dengan ayaq panas ja takda. Hampa okay kan?" kata Mak Dah.
"Okay je. Tapi kipas ada kan?" soal Dir.
"Ada." kata Mak Dah.
"Kat sini boleh masak tak?" soal Dir.
"Boleh. Gas ada, periuk semua ada." kata Mak Dah.
"Oh.. Okay." Dir mengangguk.
"Ada nak tanya apa-apa lagi?" soal Mak Dah. Dir menggeleng.
"Kalau macam tu Mak Dah balik dulu la noh." kata Mak Dah.
"Okay, terima kasih Mak Dah.." kata Dir
"Mak Dah, duit bayaran saya dah transfer." kata Megat.
"Ha, ada. Takpalah hampa rehatlah dulu. Kalau ada apa-apa cari ja Mak Dah. Mak Dah dok dirumah ja." kata Mak Dah.
"Okay. Terima kasih Mak Dah." ucap Megat.
"Sama-sama." kata Mak Dah.
Dir dan Megat pun ambil barang-barang mereka bawa masuk ke rumah. Mereka pun mandi dan rehat dirumah.
Share this novel