Bab 39

Drama Completed 14234

"Aduh." kepala Dir terhantuk masa dia buka kabinet dapur. Dia lapar nak makan mee segera.

"Dir? Kenapa saya dengar bunyi tadi?" soal Megat. Dia segera ke dapur bila terdengar bunyi kuat.

"Takde pape." kata Dir. Dia tersengih.

"Ye ke?" soal Megat.

"Awak terhantuk ke?" soal Megat.

"Mana ada." kata Dir.

"Ala, mengaku jelah." Megat cuit dahi Dir. Nampak macam berbenjol sikit.

"Aduh sakitlah.. Merajuklah macam ni." Dir keluar dari dapur. Megat nak ikut Dir tapi kena halau.

"Opss.." kata Megat. Dia pun berlalu ke ruang tamu untuk tonton televisyen semula. Megat sedang tengok filem di netflix. Nak pujuk Dir tapi Dir tak kasi.

Dir masuk ke dapur semula. Dia masak mee segera iaitu ramen chesse dan segelas air milo. Dia duduk diruang tamu. Megat pandang Dir.

"Aik minum sorang je ke?" Megat. Dia tersenyum ke arah Dir. Muka Dir ketat sahaja.

Dir pergi ke dapur dan dia bagi air kosong kepada Megat.

"Air kosong je?" soal Megat.

"Hmm.. Makan apa tu nak sikit." kata Megat. Dia terliur.

Dir senyap je tapi dia hulur mee segera tu pada Megat. Megat pun makan.

"Sedapnya." kata Megat.

"Nah." Dia bagi semula mee segera kepada Dir.

"Banyaknya awak makan? Tinggal sikit je.." kata Dir. Dia buat muka sedih.

"Sorrylah lapar, sedap sangat." kata Megat. Dia saja makan banyak-banyak. Saja nak usik Dir. Asyik senyap je dari tadi.

"Kalau lapar mintaklah nanti kita buatkan." kata Dir.

"Macam mana kita nak minta.. Orang tu merajuk.." kata Megat.

"Kalau dah tahu merajuk.. Pujuklah.." kata Dir.

"Macam mana?" soal Megat.

"Tiup ni. Sakit tau." Dir tunjuk dahinya.

"Okay.." Megat tiup dahi Dir. Lepas tiup dia kucup dahi Dir. Dir terkejut sikit.

"Okay dah?" soal Megat. Dir mengangguk.

"Haish manja betul.." kata Megat. Dia tersenyum. Dir hanya tersengih. Dia buat-buat merajuk je tadi.

"Dear.." panggil Megat.

"Apa?" soal Dir.

"Nak maggi jugak." kata Megat. Dia buat muka kesian.

"Hmm.. Yelah tunggu jap. Milo nak tak?" soal Dir.

"Tak nak. Saya minum air sedap ni je." Megat angkat gelas air sejuk yang Dir beri.

"Betul?" soal Dir. Dia ketawa.

"Yup." kata Megat. Dir pun ke dapur. Setelah itu dia ke ruang tamu semula.

"Nah." Dir hulurkan maggi kepada Megat.

"Thanks Dir." kata Megat.

"Welcome." kata Dir.

"Dir duduk sini." kata Megat. Dia ajak Dir duduk disebelahnya.

"Okay." kata Dir. Mereka tengok televisyen sambil makan maggi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience