Bab 1

Drama Completed 14233

"Dir.. Dah kemas belum?" pekik ibu yang sedang memasak didapur.

Nur Herny Hadirah binti Muhammad Zain itulah nama penuh Dir. Seorang gadis biasa yang tinggal bersama ibu bapanya. Anak kedua daripada tiga orang adik-beradik.

"Ye.. Tengah kemas ni." Dir angkat kotak buku-buku lamanya. Buku sewaktu zaman persekolahannya dulu kira-kira enam tahun yang lepas.

"Banyaknya buku ni. Berat pulak tu." belum mula lagi Dir dah mengeluh.

"Tulah ibu suruh kemas. Jawab nanti-nanti nak tunggu lipas bertelur baru nak kemas." bebel ibu.

Dir diam sahaja. Kalau balas nanti lagi berbakul bebelan yang diterima.

Kotak-kotak tersebut dibuka. Dir mahu melihat sama ada, ada atau pun tidak buku-buku yang masih boleh digunakan.

"Aishemmm.." habuk kotor memasuki rongga hidung Dir. Ini yang buat dia lemah kalau nak mengemas. Hidungnya digaru dan digosok beberapa kali.

Dir mengangkat buku-buku tersebut satu persatu. Disebelah kiri untuk buku yang tidak digunakan manakala disebelah kanan bagi buku yang mungkin boleh digunakan lagi.

"Biologi, fizik, kimia.. Add math?" Dir ketawa kecil.

Dir menyelak buku latihan add math tersebut. "Kosong." Dia ketawa. Sejak dari dulu dia lemah dalam subjek Matematik.

"Macam mana aku boleh ambil aliran sains?" Dir menggelengkan kepala.

Sewaktu tingkatan 3 Dir berada didalam kelas yang keempat iaitu kelas yang ada subjek Ekonomi Rumah Tangga (ERT). Subjek itu dia belajar sejak tingkatan 1 lagi. Paling membanggakan setiap kali Hari Anugerah Cemerlang nama Dir akan tercalon sebagai penerima anugerah terbaik dalam subjek tersebut.

Hal ini membuatkan Dir belajar bersungguh-sungguh kerana subjek tersebut adalah subjek kegemarannya. Guru yang mengajar subjek tersebut menjadi guru pertama yang Dir berikan hadiah untuk Hari Guru.

Semasa PMR pula Dir mendapat keputusan 6A antara subjek tersebut ialah Sains, ERT, Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Geografi. Seperti biasa Matematik Mir mendapat gred D.

Hal ini melayakkan Dir diserap masuk kelas yang pertama iaitu kelas 4 Arif. Dir pun terkejut juga. Dia turut merasa bangga. Dia ingat selama ini dia bodoh. Rupannya boleh juga dia merasa masuk ke kelas nombor satu. Dapat D Matematik pun boleh masuk kelas depan.

Sebenarnya cikgu yang tentukan kelas tetapi para pelajar boleh sahaja menukar kelas aliran lain asalkan telah mengisi borang dan mempunyai alasan yang kukuh.

Dir antara pelajar yang beratur dihadapan Bilik Bimbingan dan Kaunseling untuk mengambil borang. Dia memang nak tukar aliran. Dengar sahaja subjek Biologi, Fizik, Kimia dan ADD MATH buatkan Mir rasa macam nak mati. Memang dia tak boleh bawa subjek tersebut.

Fikirannya teringat masa itu...

"Jom pergi bilik kaunseling. Aku nak tukar aliran." kata Dir. Sebaik sahaja hari pertama persekolahan telah berakhir dengan bunyi loceng.

"Seriuslah?" soal Noranne Laily teman baik Dir sejak tingkatan satu lagi. Dia kelihatan sedih.

Dir mengangguk.

Mereka pun pergi ke bilik tersebut. Ramai pelajar yang beratur. Masing-masing nak tukar kelas dan aliran. Cikgu Hasnah pun mengedarkan borang kepada pelajar.

"Cikgu saya nak borang." pinta Dir. Dia menghampiri Cikgu Hasnah apabila beberapa pelajar telah beredar.

"Borang dah habis. Kamu boleh datang esok." kata Cikgu Hasnah.

"Baik cikgu." Dir kecewa sedikit.

Dia dan rakannya Anne berjalan pulang ke rumah.

"Kau betul ke nak tukar kelas? Tak kesian ke kat aku? Aku takde kawan." kata Anne.

Dir hanya mendengar. Dia tahu tentang itu.

"Tapi.." kata-kata Dir tersekat.

"Ala kalau kau tukar kelas aku nak duduk dengan siapa? Janganlah tukar nanti kita boleh study sama-sama." Anne mula memujuk Dir. Tangan Dir ditarik-tarik.

"Hmm.." balas Dir. Dia bukan mengiakan tetapi dia sedang berfikiran.

"Bye. Jumpa esok." kata Anne apabila tiba dirumahnya.

"Bye.." balas Dir. Dia berjalan pulang ke rumah.

"Assalamulaikum bu." ucap Dir apabila masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumsalam." balas ibu.

Dir meletakkan begnya dibilik. Dia sejukkan badan seketika sebelum terus mandi. Tudung dan baju sekolah digantung. Kalau wangi esok boleh pakai lagi. Usai mandi dia keluar bilik dan berehat diruang tamu.

"Ibu.. Dir nak tanya sikit boleh tak?" soal Dir.

"Nak tanya apa?" soal ibu.

"Dir kan dapat masuk kelas 4A. Tapi kelas tu aliran sains ada dua Matematik. Dir lemah subjek tu. Takut tak boleh bawak. Boleh tak Dir nak tukar kelas?" soal Dir.

"Dah fikir masak-masak? Kalau tak boleh bawak tukar jelah. Tapi belajar ni kena rajin. Usaha sampai pandai. Kelas mana pun sama je yang penting rajin." pesan ibu.

"Okay ibu." jawab Dir. Dir mengangguk.

Fikiran kembali masa kini.

Dia mengasingkan semula buku-bukunya. Hati terasa rindu apabila melihat buku sekolah.

"Indahnya waktu dizaman persekolahan. Zaman dimana aku sangat naif dengan semua benda." kata Dir sendirian. Dia tersenyum.

Share this novel

Norazyah Hamid
2019-10-27 21:00:32 

bila kesudahan tu x sabar nak baca


NovelPlus Premium

The best ads free experience