"Aku, hidupku, masa depanku ditentukan arah kaki ini. Kalau kaki aku salah melangkah maka kacaulah hidupku. Salah aku kerana bermula dengan langkah yang ditentukan orang lain." kata Dir. Dia masih lagi sedang mengemas.
Dir termenung dan fikirannya melayang sekali lagi.
Pada keesokan hari persekolahannya iaitu pada enam tahun lepas dia tidak tukar kelas pun. Dia tetap dalam kelas yang sama. Dia pun ada terfikir kalau dia tukar kelas nanti dia tiada kawan. Dia fikir dia boleh mencuba. Mungkin?
Mula-mula sahajalah dia gembira tetapi lama-lama dia mula rasa tekanan. Salah dia sebab tidak fikir betul-betul. Hampir setiap hari dia menangis dibilik kerana dia langsung tidak memahami apa yang dia belajar. Otak dia rasa kosong sangat. Tetapi sudah terlambat jadi dia teruskan sahaja.
Dir hanya fokuskan pada subjek yang dia dapat kuasai. Subjek lain seperti add math dia redha sahaja. Apabila SPM dia gagal Add Math yang lain cukup-cukup makan je. Dia tidak terkejut. Cuma dia sedih sedikit tetapi hendak buat macam mana masa tidak dapat diputarkan kembali.
Dia berfikir kenapa dia tak tukar kelas dulu. Sebab apa? Kenapa hendak kekal dikelas yang sama? Padahal awal-awal lagi dah dia tahu dia tidak boleh bawa subjek-subjek tu.
"Atau aku sedar yang sebenarnya aku ada alasan yang lain?" Dia mencari majalah sekolahnya.
"Ha.. Ni pun." dia membelek setiap helaian dan berhenti pada helaian yang terpampang wajah-wajah rakan sekelasnya. Gambar tersebut diteliti satu persatu.
"Paunya aku dulu." Dir memuji dirinya sendiri. Pipinya kelihatan bulat ketika itu berbeza dengan sekarang. Tetapi ketinggiannya masih sama seperti sekarang. Cuma tubuhnya yang sekarang lebih berisi sikit.
Dia terpandang seorang pelajar lelaki yang pernah menjadi penghuni disudut hatinya ketika dulu.
Fikirannya kembali ke waktu itu.
"Perhatian! Kepada para pelajar harapan PMR sila berkumpul dibilik mesyuarat selepas waktu sekolah." speaker sekolah memberi pengumuman penting.
"Tu.. Cikgu panggil kita." kata Anne.
"Ye.. Nanti lepas sekolah." balas Dir.
Mereka berdua antara pelajar harapan PMR. Dir tersenarai sebagai pelajar harapan PMR disebabkan memperoleh keputusan yang agak baik semasa percubaan PMR. Hari ini juga merupakan hari yang pertama kali Dir memandang si dia.
Kring... Kring... Loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah pun tamat.
Dir, Anne, Azam dan Muhammad masuk ke dalam bilik mesyuarat. Mereka berempat adalah rakan sekelas dan tersenarai sebagai pelajar harapan PMR. Terdapat beberapa orang pelajar dari kelas lain yang sudah ada disitu.
Dir rasa rendah diri. Yelah sudah lah dari kelas nombor empat yang lain semua dari kelas pandai-pandai iaitu kelas nombor satu hingga tiga.
Dir duduk sebelah Anne bertentangan dengan seorang pelajar lelaki. Hal ini kerana seperti bilik mesyuarat yang biasa mejanya berbentuk bujur. Jadi memang akan saling menghadap satu antara yang lain.
"Siapa tu? Tak pernah nampak pun?" soal hati Dir. Pelajar lelaki tersebut duduk bersebelahan dengan seorang pelajar perempuan.
"Pakwe makwe latu." teka Dir.
Setelah itu, puan pengetua pun datang untuk memberi pesanan dan juga nasihat agar para pelajar sentiasa berusaha dan mencapai kejayaan sekali gus membanggakan pihak sekolah dengan kejayaan yang diperolehi.
Sepanjang sesi perjumpaan itu mata Dir tidak henti memandang pelajar lelaki itu. Tiba-tiba dia rasa macam nak berkenalan pula.
"Apa nama dia eh?" fikir Dir.
"Budak baru ke? Tak pernah nampak pun." fikir Dir lagi.
Walaupun otaknya melayang sana sini namun dia masih mendengar pesanan puan pengetua. Setelah selesai sesi perjumpaan, mereka semua dibenarkan pulang
"Dir dah siap ke?" soal ibu.
Fikiran Dir kembali ke realiti.
"On the way." kata Dir. Dia mengemas sehingga selesai.
"Bu.. Ni buku tak guna." kata Dir. Dia membawa buku tersebut didapur.
"Ha. Letak buku tu kat stor nanti ibu suruh along kitar semula." kata ibu.
"Okay." Dir pun letak buku tersebut dibilik stor.
Along tu abang sulong Dir. Nama dia Ahmad Herzy Haiqal bin Muhammad Zain. Dir anak kedua. Dia ada seorang adik perempuan yang bernama Nur Herly Hazirah binti Muhammad Zain. Dia pun tidak tahu kenapa ibu letak nama dia adik-beradik lebih kurang je. Mungkin nak nampakkan dorang adik-beradik agaknya.
Share this novel