Seminggu kemudian..
"Ish mana pendrive aku ni?" Iffah bercakap dengan diri sendiri. Dia selongkar habis begnya dan laci meja kerjanya.
"Alamak.." Iffah menepuk dahi. Baru dia teringat dia tertinggal pemacu penanya dimeja bilik tidur.
"Aduh.. Macam mana ni.. Jap lagi meeting. Mati aku." Iffah mundar mandir memikirkan sesuatu.
"Sigh." Iffah mengeluh. Macam manalah dia boleh lalai macam ni?
"Ha! Dir!" kata Iffah. Dia terus menghubungi Dir.
"Hello Dir. Kau kat rumah ke?" soal Iffah.
"Yup. Nape?" soal Dir.
"Alhamdulillah Dir.. Tolong aku. Pergi rumah aku. Cakap kat mak aku pendrive aku tertinggal kat bilik. Aku ada meeting jap lagi Dir." kata Iffah.
"Okay.." kata Dir.
"Dir. Dir.. Boleh minta tolong lagi tak?" soal Iffah.
"Apa?" soal Dir.
"Tolong bawa pendrive tu kat office aku. Tolong weh. Kau boleh bawa motor kan? Aku tak boleh balik sebab nak lengahkan meeting. Nak bagitahu bos lagi. Lagipun kau tahukan kereta aku rosak kat bengkel. Macam mana nak balik? Naik public takut lambat." kata Iffah.
"Err.." balas Dir.
"Please Dir kau satu-satunya penyelamat aku. Soal hidup dan mati kerja aku bergantung pada kau. Tolong.." kata Iffah.
"Okaylah. Okaylah. Aku pergi office kau. Tunggu jap." kata Dir. Lagipun dia tidak membuat apa-apa ketika ini.
"Terima kasih weh." kata Iffah. Dia bersyukur sangat.
"Okay." panggilan dimatikan. Dir bersiap, minta izin dari ibu dan terus ke rumah sebelah.
"Assalamulaikum.." ucap Dir.
"Waalaikumsalam. Ye Dir?" soal Mak Cik Khatijah, mak Iffah.
"Mak cik.. Iffah minta tolong tadi. Pendrive dia tertinggal. Dia suruh saya ambil dan bawa pergi office dia. Dia ada meeting." kata Dir.
"La.. Iffah ni. Masuklah Dir. Kamu cari benda yang kamu kata tu kat bilik Iffah." kata Mak Cik Khatijah.
"Baik." kata Mak Cik Khatijah. Dir pun masuk ke bilik Iffah. Dia mengambil pemacu pena itu.
"Ada Dir?" soal Mak Cik Khatijah.
"Ada." kata Dir.
"Mak cik saya pergi dulu. Terima kasih." kata Dir. Dia kena cepat.
"Ye. Hati-hati. Terima kasih ye Dir." Mak Cik Khatijah.
Dir mengangguk. Dia keluar dari rumah Mak Cik Khatijah dan terus membonceng motor ke pejabat Iffah.
"Mana Dir ni? Harap-harap tak jem." kata Iffah. Dia berdebar-debar.
Setelah beberapa minit, Dir tiba dipejabat Iffah. Dia menghubungi Iffah.
"Fah, aku dah sampai ni." kata Dir.
"Okay-okay. Naik tingkat 3." kata Iffah.
"Aku boleh naik ke?" soal Dir.
"Boleh. Kau pergi kat admin. Sebut nama aku then naik tingkat 3. Aku dah pesan kat admin." kata Iffah.
"Okay." Dir pun ke kaunter dan buat apa yang Iffah suruh. Setelah itu, dia pergi ke lif.
"Hei. You gf baru Megat kan?" soal Raisya. Dir menoleh ke arah Raisya.
"Buat apa sini?" soal Raisya.
Dir senyap.
"Hello?" panggil Raisya.
"Dear.." sebut Megat yang tiba-tiba muncul.
"Dear?" Raisya cemburu. Sebelum ni Megat tak pernah pun panggil dia dengan panggilan manja.
"Dear buat kat sini? Rindu saya ke? Nak ajak dating?" soal Megat. Dia tersenyum ke arah Dir. Raisya dan Megat memandang Dir.
"Gilalah Megat ni." fikir Dir.
"Err.. Pendrive?" kata Dir. Dia menunjukkan pemacu pena ditangannya. Dir terkejut sebenarnya bila Megat kata macam tu. Rasa nak pecah jantung Dir.
"Oh..." kata Megat.
"Saya ada meeting sebenarnya sekarang. Tapi takpe awak tunggu kat office saya jap. Pastu lunch nanti kita date. Jom dear." kata Megat. Dir terpaksa ikut. Mereka pun masuk ke dalam lif. Pintu lif terus ditutup oleh Megat.
Raisya tercengang. "How dare you Megat." kata Raisya.
"Err. Megat. Sebenarnya saya nak jumpa Iffah." kata Dir.
"Kenapa nak jumpa Iffah?" soal Megat.
"Dia tertinggal pendrive." kata Dir. Mereka keluar dari lif.
"Takpelah bagi pendrive tu kat saya. Nanti saya bagi Iffah lagi pun saya attend meeting tu." kata Megat. Dia tahu Iffah tertinggal pemacu pena itu. Iffah ada beritahunya tadi.
"Okay. Nah." Dir memberi pemacu pena itu.
"Kalau macam tu saya balik dulu." Dir menekan butang lif untuk turun.
"Dir.. Sorry terpaksa menipu lagi pasal tadi." kata Megat.
Dir mengangguk. Dia tahu mesti Megat saja cakap macam tu untuk jealouskan Raisya. Lalu dia pun turun ke bawah.
"Encik Megat.." panggil Iffah. Dia mengelabah.
"Jom masuk meeting." kata Megat.
"Tapi pendrive.." kata Iffah.
"Dah jom." Megat menujukkan pemacu pena kepada Iffah.
"Macam mana pendrive tu ada kat Encik?" soal Iffah.
"Saya jumpa Dir tadi." kata Megat.
"Ohh.." Iffah merasa lega. Mereka pun masuk ke bilik mesyuarat. Hari ini syarikat mereka bermesyuarat dengan Datuk Mohsin sebab itu Raisya ada disini.
Share this novel