Bab 20

Drama Completed 14233

Keesokan harinya pagi-pagi lagi Dir dah keluar ikut Kak El hantar goodies dan kek kahwin rakannya. Anak-anak Kak El ditumpangkan dirumah jiran Kak El sekejap.

"Jauh ke kenduri tu Kak El?" soal Dir.

"Taklah jauh sangat." kata Kak El. Dia memandu ke sebuah dewan.

"Jom." kata Kak El. Dia keluar dari kereta dan dia buka but keretanya. Barangan goodies dikeluarkan.

"Bawa, letak ke mana kak?" soal Dir.

"Terus masuk dewan." kata Kak El.

"Okay." kata Dir. Dia angkat goodies-goodies tersebut. Mereka pun masuk ke dalam dewan.

"El." panggil seorang perempuan.

"Yes." balas Kak El.

"Thanks tau." kata Medina kawan Kak El, sepupu pengantin perempuan. Kak Medinalah yang minta Kak El buat kek kahwin. Kek itu untuk sepupunya yang berkahwin.

"Sama-sama. Medina kenalkan ni adik sepupu aku, Dir." kata Kak El. Dia kenalkan Dir kepada Medina.

"Oh hai Dir. Akak Kak Medina." kata Kak Medina. Dir senyum.

"Medina.. Kek nak letak mana?" soal Kak El.

"Oh. Err letak sana. Tepi pelamin. Ada meja kek kat situ." kata Kak Medina. Dia tunjuk ke arah pelamin.

"Oh.. Jom Dir angkat kek." kata Kak El. Dir mengangguk.

"Banyak ke kena angkat?" soal Kak Medina.

"Tak lah banyak cuma ada tiga biji kek kena angkat." kata Kak El. Kek kahwin tu tiga tingkat dan Kak El letakkan kek itu didalam kotak secara berasingan.

Tet.. Tet.. Bunyi mesej masuk ditelefon Dir.

"Oh, takpe aku minta adik aku tolong. Im.. Sini jap." Kak Medina panggil adiknya.

"Ye kak? Ada apa?" soal adik Medina.

"Macam pernah dengar je suara adik Kak Medina ni." bisik hati Dir. Dia sedang membaca mesej yang masuk ditelefonnya.

"Tolong kawan akak. Angkat kek." kata Kak Medina. Dia tunjuk ke arah Dir dan Kak El.

"Okay. Boleh kak." jawab adik Kak Medina. Adik Kak Medina pandang Dir dan Kak El.

"Dir??" sebut adik Medina.

Dir mengangkat kepala. Dia pandang adik Kak Medina.

"Megat?" kata Dir. Haish.. Megat ni kat mana-mana pun ada.

"Kenal ke?" soal Kak Medina.

"Kenal." kata Megat. Dir mengangguk.

"Oh.. Tolong Kak El dan Dir angkat kek." kata Kak Medina.

"Jom." kata Kak El. Mereka pun ke kereta Kak El untuk mengangkat kek.

"Hi Dir." tegur Megat semasa mengangkat kek.

"Hi." balas Dir. Mereka berjalan beriringan.

"Dah dua kali kita jumpa kat kenduri kahwin orang. Mungkin kali yang ketiga kita jumpa dikenduri sendiri." kata Megat. Dia berjalan ke depan tinggal Dir dibelakang.

Dir hampir sahaja terpeleot. Nasib baik Megat tak nampak. "Astaghfirullah hal adzim. Megat ni.. Bergurau ke apa ni?" bisik Dir. Dia rasa gementar. Nasib baik jugalah kek yang dipegang Dir tidak terlepas.

Kek itu pun dibawa masuk ke dalam dewan dan diletakkan dimeja yang disediakan. Kek disusun oleh Kak El dan diberi sedikit kemasan.

"Terima kasih tau El." kata Kak Medina. Megat sudah pun menghilangkan diri.

"Sama-sama." balas Kak El.

"Korang makanlah dulu." ajak Kak Medina.

"Okay." kata El. Dia dan Dir makan nasi kenduri. Setelah itu, barulah mereka pulang.

"Dir.. Akak nak minta tolong boleh tak?" soal Kak El.

"Tolong apa?" soal Dir.

"Tolong jaga anak-anak akak. Dir tahukan akak kerja akak macam mana. Lately ni busy sikit sebab kena ambil stok barang. Banyak kenduri. Jadi akak nak minta Dir jaga anak-anak hari Isnin sampai Jumaat je. Sebab nanny dorang balik kampung. Tapi sampai sekarang tak balik." jelas Kak El.

"Oh.." kata Dir.

"Akak bayar gaji Dir. Dir tengah cari kerja kan sekarang? Anggap je ni macam kerja baru untuk Dir." kata Kak El.

"Dir kena tanya ibu, ayah dulu." kata Dir.

"Oh.. Okay Dir tanya dorang dulu. Cakap akak minta tolong." kata Kak El.

"Hmm.. Okay. Insha Allah. Dir tolong akak. Tapi akak jangan salah faham pulak tau." kata Dir.

"Ye.. Akak faham Dir. Thank you tau. Nanti akak bagitahu bila Dir boleh start." kata Kak El.

"Okay." kata Dir. Dia pun pulang ke rumah setelah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience