"Ibu esok Dir nak keluar tau." kata Dir.
"Keluar pergi mana?" soal ibu.
"Pergi beli pencuci muka. Lepastu jalan-jalan." kata Dir. Dia memang nak beli pencuci muka pun memandangkan ada suatu farmasi ni buat promosi hebat. Lepastu niat utama semestinya bertemu janji dengan Megat.
Dir belum bersedia lagi nak beritahu keluarga tentang Megat. In fact dia tak tahu macam mana nak bagitahu.
"Dengan siapa?" soal ibu.
"Err.." balas Dir.
"Dengan Ira." kata Ira. Dia tersenyum dan duduk sebelah Dir.
"Eh?" balas Dir. Ira kelipkan matanya.
"Ira pun nak beli pencuci muka jugak." kata Ira.
"Ohh.. Takpe kalau macam tu." kata ibu. Ira buat simbol okay kepada Dir.
"Esok Ira nak beli jugak pencuci muka tu. Ira tau ada sale. Angah tumpangkan Ira lepastu angah tinggal je Ira kat mall depan tu. Ira balik dengan kawan Ira, Rania dengan Fitri. Dorang ajak lepak esok. Tapi jumpa sana. Ira pun boleh tolong belikan pencuci muka untuk angah." bisik Ira.
"Ira tolong angah. Angah tolong Ira okay?" kata Ira.
"Tapi.." jari Ira diletakkan dibibir Dir. Ira mengeleng.
"Angah nak Ira bocorkan rahsia angah?" Ira mengangkat keningnya beberapa kali.
"Haish. Ira ni." kata Dir. Dia rasa jengkel.
"Thanks angah. I love you." kata Ira. Sebenarnya dia nak jimat duit. Kalau tidak esok dia kena naik bas ke pusat membeli belah itu. Mereka telah berjanji untuk jumpa disana.
Keesokan harinya..
"Hi Dir." tegur Megat apabila Dir berdiri ditepi keretanya. Dir tersenyum kelat.
"Emm.. Megat saya ada benda sikit nak cakap." kata Dir.
"Hi." tegur Ira yang tiba-tiba muncul. Megat terkejut sikit. Dia tersenyum.
"Ni adik saya, Ira. Dia nak minta tumpang. Tolong hantar dia kat mall depan tu boleh?" kata Dir. Ira mengangguk.
"Ohh. Boleh je naiklah." kata Megat. Dir dan Ira pun masuk ke kereta Megat.
"Abang ni nama sape?" soal Ira. Dir toleh ke belakang. Dia buat isyarat senyap kepada Ira.
"Dah lama kenal angah?" soal Ira. Dia endahkan sahaja Dir.
"Megat. Dah lama, kenal masa zaman sekolah lagi." kata Megat.
"Ohh.. Abang jaga angah elok-elok tau. Nanti nak kahwin jangan lupa jemput." balas Ira.
"Ira!" sebut Dir. Megat dan Ira ketawa.
"Insha Allah. Doakan." kata Megat. Ira mengangguk sambil ketawa.
Mereka pun tiba dipusat membeli belah tersebut.
"Terima kasih tumpangkan Ira." kata Ira.
"Sama-sama." kata Megat.
"Jangan merayau jauh-jauh. Balik awal." pesan Dir.
"Okay, angah pun. Jangan nakal-nakal." kata Ira. Dia ketawa.
"Ira ni!" bisik Dir. Ira pun berlalu pergi.
"Dah ready?" soal Megat. Dir mengangguk. Kereta Megat terus dipandu.
"Kita nak pergi mana ni?" soal Dir.
"Rahsia." kata Megat.
"Okay." kata Dir.
Mereka pun tiba disebuah taman tema. Megat memakirkan keretanya.
"Kita nak pergi sini ke?" soal Dir. Dia rasa teruja. Biasanya orang bercinta selalu datang sini.
"Yup. Jom." mereka pun keluar dari kereta. Mereka membeli tiket dan masuk ke dalam taman tema tersebut.
"Wah.. Bestnya.." kata Dir didalam hati.
"Dir, awak dah sarapan?" soal Megat. Dia memandang Dir.
"Dah." Dir mengangguk.
"Awak makan apa tadi?" soal Megat.
"Roti bakar dengan nutella." kata Dir.
"Ohh.." kata Megat.
"Kenapa tanya?" soal Dir.
"Sebab nak ajak awak naik roller coaster." kata Megat.
"Roller coaster?" soal Dir.
"Kenapa awak takut ke?" soal Megat.
"Taklah mana ada." kata Dir. Dia takut juga sikit sebenarnya.
"Tapi sebelum tu kita main permainan dulu. Yang roller coaster tu last-last baru kita main." kata Megat.
"Okay.." Dir mengangguk.
Mereka mencuba pelbagai permainan yang ada disana. Mereka juga mengambil gambar sebagai kenangan. Dir juga dapat seekor patung beruang.
"Dah ready nak main roller coaster?" soal Megat. Dir lihat roller coaster yang berpusing. Dir mengangguk perlahan.
Mereka pun beratur untuk menaiki roller coaster. Dir senyap sahaja.
"Takut ke?" soal Megat.
"Err.. Okay je." kata Dir. Dia rasa sedikit resah.
Beberapa minit berlalu tibalah masa untuk mereka menaiki roller coaster. Mereka duduk bersebelahan. Tali pinggang dipakai dan dikemaskan.
"Okay ready." kata pekerja disitu. Gerabak roller coaster pun bergerak. Dir memejam mata.
"Dir, jom start sesi Q and A." kata Megat.
"Sekarang?" kata Dir. Buang tabiat ke Megat nak tanya soalan masa naik roller coaster.
"Yup. Soalan pertama, apa yang paling awak suka?" soal Megat.
"Makanan! Woah.." Dir menjerit sedikit apabila roller coaster meluncur laju.
"Makanan kegemaran awak?" soal Megat.
"Apa-apa je jenis manisan." kata Dir sambil memejam mata.
"Haiwan yang awak paling takut?" soal Megat. Dia tersengih melihat Dir.
"Err.." otak Dir bercelaru.
"Lipas." kata Dir.
"Cita-cita awak?" soal Megat.
"Nak jadi kaya." kata Dir.
"Awak suka saya tak?" soal Megat.
"Suka." kata Dir.
"Nak kahwin dengan saya?" soal Megat.
"Nak." kata Dir. Dia jadi malu dengan pertanyaan Megat.
Setelah itu roller coaster pun berhenti dan mereka pun turun.
"Awak okay?" soal Megat kepada Dir. Dir nampak lain macam.
Dir buat simbol okay.
"Toilet." kata Dir sambil menutup mulut. Dia rasa mual. Dia nak muntah.
"Hah? Err sana." tunjuk Megat.
Dir pun berlari ke tandas. Dia terus muntah dan basuh mukanya. Dir tergelak melihat dirinya dicermin. Megat pula tunggu diluar.
"Awak okay tak?" soal Megat. Dia risaukan Dir. Rasa menyesal pula bawa Dir naik roller coaster.
"Saya okay." kata Dir. Dia nampak lega dan tersenyum.
"Okay. Kita balik eh?" kata Megat. Dir mengangguk. Memang dia rasa nak balik.
"Megat. Ni gelang haritu." Dir hulurkan gelang namanya kepada Megat.
"Oh ye gelang tu. Awak ambil gelang awak kat dalam dashboard tu. Yang saya punya letak kat situ." kata Megat yang sedang memandu.
"Okay." Dir mengambil kotak kecil yang ada didalam.
"Simpan tau." kata Megat. Dir mengangguk.
Tamat trial date volume 2..
Share this novel