Bab 16

Drama Completed 14234

Hari Ahad, 8 September 2019.

"Dah siap ke semua?" soal ayah. Ayah duduk disofa sambil menunggu anak dan isterinya bersiap. Biasalah orang perempuan.

"Jap-jap." kata Dir. Dia sedang memakai tudung.

"Lambatlah angah ni." kata Ira.

"Sabarlah." kata Dir.

Setelah selesai bersiap, mereka pun ke kenduri kahwin kakak Iffah.

"Dir.." panggil Iffah dari jauh sebaik sahaja dia nampak Dir.

"Pak cik, mak cik, Ira jemputlah." pelawa Iffah. Ibu dan ayah Dir mengangguk. Along Dir tidak ikut. Dia ada kerja.

Ayah, ibu dan Ira masuk ke dewan. Mereka bertemu dengan mak dan abah Iffah. Dir sembang dengan Iffah.

"Cantik tak aku?" soal Iffah. Dia mengayakan pakaiannya kepada Dir.

"Cantik." Dir mengangkat ibu jarinya.

"Dir kau pergilah makan dulu." kata Iffah.

"Okay." kata Dir. Dir pun masuk ke rumah. Dia pun menjamu selera.

"Sedap tak?" soal Iffah. Dia duduk sebelah Dir sambil minum air.

"Sedap!" Dir mengangguk.

"Dir.. Lepas makan jangan balik lagi tau." kata Iffah.

"Kenapa pulak?" soal Dir.

"Selfie dengan kakak aku. Lepastu teman aku kat sini. Jap lagi orang balik aku takde siapa nak borak." kata Iffah.

"Alah.." balas Dir.

"Please.. Nanti aku hantarkan kau balik. Aku bawa kereta aku." Iffah rapatkan tangannya.

"Okay.." balas Dir.

Ibu dan ayah serta Ira pun pulang setelah itu. Mereka akan singgah dipasar raya untuk membeli barang.

"Kau tunggu sekejap tau. Nak gi sana jap." kata Iffah. Dia ditinggalkan sendirian.

"Hi?" soal Megat.

"Megat?" sebut Dir.

"Sebab ni ke Iffah tak kasi aku balik?" fikir Dir.

"Boleh tumpang duduk sini?" soal Megat.

"Boleh." kata Dir. Dia tersenyum.

"Datang sorang je ke?" soal Megat.

"Family." kata Dir.

"Mana?" Megat angkat lehernya.

"Dah kenapa?" fikir Dir apabila Megat seolah-olah excited bila Dir sebut family.

"Dah balik." kata Dir.

"Ohh.. Dah makan?" soal Megat. Dir mengangguk.

"Dah.. Awak pergilah makan." kata Dir. Dia rasa tak selesa dengan Megat.

"Okay." Megat pun pergi mengambil makanan.

"Makan?" kata Megat apabila dia letak pinggan dimeja.

"Bongoklah Megat ni. Kan aku dah kata aku dah makan." bisik hati Dir. Dia mengeleng.

"Dir.. Nah makan kek." Iffah menghulurkan kek kepada Dir. Dir mengangguk.

"Oh.. Hai Megat." kata Iffah. Megat tersenyum.

"Nak kek?" soal Iffah. Megat mengeleng.

"Okay. Jap eh Dir." kata Iffah. Dia pergi layan tetamunya.

Dir makan kek dan Megat makan nasi. Setelah selesai makan. Megat berbual dengan Dir.

"Dir.. Dah lama saya nak cakap." kata Megat.

"Cakap apa?" soal Dir. Dia nervous.

"Saya nak minta maaf sebab sebelum ni masa sekolah saya suka kacau awak." kata Megat.

"Ohh.. Takpe saya dah lupakan." kata Dir.

"Okay." kata Megat.

"Dir.. Boleh tak kita jadi kawan?" soal Megat.

"Kawan?" soal Dir. Megat mengangguk.

"Okay je." kata Dir. Dia tak nak tapi tercakap okay pula.

"Thanks." kata Megat. Dir tersenyum sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience