Bab 32

Drama Completed 14234

"Hello Dir.." kata Megat apabila panggilan dibuat diangkat. Suara Megat seperti teruja. Ada suatu berita yang dia hendak sampaikan.

"Ye.. Hello Megat." kata Dir.

"Dir minggu depan saya nak bawa awak jumpa family saya." kata Megat.

"Apa? Minggu depan?" kata Dir. Dia terkejut. Cepatnya.

"Yup. Kenapa?" soal Megat.

"Err.. Tak cepat sangat ke?" Dir mengelabah.

"Kan saya dah bagitahu awak yang saya nak bawa awak jumpa family saya. Awak tak ready lagi ke?" soal Megat. Megat dah teruja nak beli tiket kapal terbang.

"Err.. Ye.." jujur Dir. Dia mengangguk perlahan.

"Hmm.. Kalau macam tu bila awak ready nak jumpa family saya?" soal Megat. Dia faham mungkin agak cepat. Dia akan bagi masa kepada Dir.

"Err.. Tak tahu lagi.." kata Dir. Dir tidak pasti lagi.

"Awak tak nak kahwin dengan saya ke?" soal Megat. Suara dia macam sedih je. Hilang teruja yang tadi.

Nasib baiklah Megat tidak beritahu mama dan papa lagi tentang hubungannya dan Dir. Dia baru nak buat kejutan untuk keluarganya.

"Bukan.. Saya belum ready.." kata Dir. Memang Dir tak bersedia lagi. Ibu dan ayah pun tidak tahu lagi mengenai perkara ini. Dir pun belum bersedia nak jumpa keluarga Megat. Takkan nak terjah macam tu je?

"Kenapa Dir? Awak was-was lagi dengan saya?" soal Megat. Dia sedih. Belum cukup lagi effort dia selama ni?

"Err.." Dir kelu lidah. Takut hendak bercakap. Dia menundukkan kepalanya. Dir bukan was-was cumanya semua ni terlalu drastik untuk Dir. Dir takut terburu-buru dalam membuat keputusan.

Kedengaran keluhan kecil daripada Megat. Dir senyap.

"Dir.. Saya cintakan awak. Saya nak habiskan sisa hidup saya dengan orang yang saya paling sayang iaitu awak. Mungkin awak rasa semua ni terlalu cepat. Tetapi tidak bagi saya. Saya yakin awak orang tepat untuk saya. Saya yakin awak jodoh saya." kata Megat.

Hati Dir cair memdengarkan kata-kata Megat.

"Megat.." panggil Dir. Dir pun pelik kenapa hatinya susah nak terima Megat. Mungkin dia tidak pernah bercinta agaknya. Jadi dia masih baru dengan semua perkara.

"Ye?" balas Megat.

"Kalau suatu hari nanti jadi apa-apa dekat saya awak masih sayang saya seadanya?" soal Dir. Dia tanya soalan yang paling dia takut. Yelah mungkin kalau suatu hari nanti terjadi apa-apa Dir nak tahu juga apa respon Megat.

"Mestilah. Awak pun akan jaga sayakan kalau jadi apa-apa kat saya." kata Megat.

"Ye." kata Dir.

"Kalau saya ada penyakit kronik awak masih nak setia dengan saya?" soal Dir. Agaknya ini lah kot ayat yang Ira bagi untuk uji Megat.

"Apa maksud Dir?" soal Megat. Dia rasa sesuatu yang lain macam.

"Jawab soalan saya." kata Dir.

"Saya akan setia sebagaimana awak setia dengan saya." luah Megat.

"Awak jangan pernah putus asa dengan saya." kata Dir.

"Ye. Insha Allah." kata Megat.

"Okay. Terima kasih. Nanti bila saya dah ready saya bagitahu awak." kata Dir.

"Okay.. Tapi Dir takde apa-apa kan? Ada apa yang berlaku ke?" soal Megat. Dia rasa agak risau.

"Ye saya okay. Takde apa-apa. Saya tanya je." balas Dir. Dia takut kalau dah buat Megat rasa risau.

"Okay kalau macam tu alhamdulillah. Ingat Dir walau apa pun terjadi saya tetap ada untuk awak." kata Megat.

"Ye.." kata Dir.

"Dir I got to go. Bye dear. Take care." kata Megat.

"Bye." panggilan dimatikan.

"Dir.. Megat dah lama sukakan Dir. Sejak dulu lagi. Cuma masa tu Megat sentiasa menafikan perasaan Megat. Tapi kali ni tidak lagi." luah Megat sendirian.

Kalau Megat ucap kata-kata ini mungkin Dir akan terus terima Megat. Tetapi Megat malu untuk luahkannya. Dia takut Dir salah faham.

"Haih. Tak baik aku curiga dengan Megat." kata Dir.

"Mungkin Megat betul-betul ikhlas dengan aku. Aku percaya. Insha Allah Megat kita kahwin." bisik hati Dir.

Dir solat hajat agar dipermudakan segala urusan dan juga hatinya menjadi tenteram. Dia sukakan Megat dan dia nak habiskan sisa hidupnya dengan Megat.

Insha Allah nanti Dir akan bagitahu hal ini kepada ibu dan ayahnya.

Setelah itu, Dir pun buat kerja hariannya dirumah Kak El iaitu mengurus dan menjaga Mimi dan Noah. Semakin hari Dir semakin mahir memasak dan menguruskan hal rumah. Dir bangga dengan pencapaiannya. Nanti kalau dah kahwin dan ada anak nanti Dir dah ada pengalaman.

Dir tersenyum sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience