Dir tersenyum-senyum bila teringat peristiwa semalam.
"Hah.. Tengah fikir pasal sayalah tu." kata Megat.
"Mana ada." kata Dir. Dia jadi malu. Dia sedang membancuh kopi.
"Yelah tu." Megat duduk dimeja makan.
"Tak.." Dir letak air kopi dan biskut. Pagi ni mereka sarapan itu sahaja.
"Okay.." Megat seperti merajuk. Kopi dan biskut tidak terusik.
"Merajuk ke tu?" soal Dir. Dia duduk berhadapan dengan Megat.
"Tak.." kata Megat. Dia menggeleng. Tetapi wajahnya nampak sedih.
"Ahh.." Dir ingin menyuapkan biskut ke mulut Megat. Megat tutup mulutnya dengan rapat. Dia tidak mahu makan.
"Haish mengadanya Megat saya ni." kata Dir sambil tersenyum. Megat menjeling.
"Oh.. Jeling." kata Dir.
"Kalau merajuk cakaplah merajuk. Kalau tak boleh kita pujuk." kata Dir. Dia makan biskut itu. Megat merapatkan wajahnya pada Dir.
"Ya Allah." Dir terkejut. Dia menampar pipi Megat.
"Aduh." sekarang Megat rasa nak merajuk betul-betul.
"Ya Allah. Megat sorry. Sorry tak sengaja." kata Dir.
"Kejam eh awak." kata Megat.
"Sorry. Sorry Megat." Dir usap perlahan-lahan pipi Megat. Megat pegang tangan Dir. Megat tersenyum.
"Dir.." panggil Megat.
"Ye Megat." balas Dir.
"Awak tak bosan ke?" soal Megat.
"Bosan." Dir mengangguk.
"Jom keluar nak? Jalan-jalan." kata Megat.
"Nak!" laju sahaja Dir menjawab.
"Okay siap cepat. Kita keluar." kata Megat.
"Sekarang?" soal Dir. Dia teruja.
"Yup." kata Megat. Dir pun bersiap.
Ring.. Ring.. Sedang Dir bersiap telefonnya berbunyi.
"Assalamulaikum ibu." Dir menjawab panggilan ibu.
"Waalaikumsalam." jawab ibu.
"Ye ibu.. Ada apa?" soal Dir.
"Takde apa. Saja call. Syok ke Dir kat Kedah tu?" soal ibu. Sebelum ni Dir ada memberitahu ibu yang dia dan Megat ke Kedah untuk beberapa hari.
"Best. Sawah padi cantik ibu." kata Dir.
"Oh.. Sekarang ni musim hujan. Jangan main hujan pulak." pesan ibu.
"Hehe. Okay ibu. Ibu Dir nak keluar ni. Ibu nak kirim apa-apa tak?" soal Dir.
"Ada, belikan ibu kuah rojak Mak Bee dengan pekasam." kata ibu.
"Okay.. Ada lagi tak?" soal Dir.
"Takde tu je. Pergilah jalan-jalan tu jangan lupa bawa payung." kata ibu.
"Oh. Okay. Bye ibu. Assalamulaikum." panggilan pun dimatikan.
Dir dan Megat pun keluar setelah itu.
Share this novel