Setelah selesai menyusun buku dibilik stor, Dir masuk semula ke dalam biliknya. Telefon bimbit dicapai dan dia baring dikatil. Dia membuka instagram miliknya. Lalu dia membuat suatu carian.
"Sigh." Dir mengeluh. Instagram yang diintai diperibadikan. Dia tidak dapat tengok.
Gambar profil yang kecil dia tenung lama-lama.
Fikirannya sekali lagi melayang tetapi kali ni dia kembali ke 8 tahun lepas... Semasa Dir tingkatan 3.
Hari Isnin, hari perhimpunan pagi. Dir datang awal ke sekolah. Dia beratur dibaris kelasnya. Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa. Setelah itu, nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah. Selanjutnya, bacaan ikrar.
Guru yang bertugas memberi sepatah dua kata begitu juga puan pengetua, Puan Razilah.
Setelah itu, acara penyampaian hadiah kepada pemenang sempena Minggu Kemerdekaan. Nama setiap pemenang disebut satu persatu.
"Pemenang bagi pertandingan melukis poster bagi Minggu Kemerdekaan, tempat ketiga dimenangi Megat Muslim Bin Megat Ishak." kata Cikgu Fiona. Para pelajar menepuk tangan.
Pelajar lelaki yang pernah diusha Dir sebelum ini naik ke atas pentas.
"Eh dialah!" kata hati Dir. Tersenyum sedikit.
"Megat Muslim rupanya nama dia." bisik Dir. Akhirnya Dir dapat tahu nama crushnya. Punyalah lama nak dapat tahu.
"Dir tolong buang sampah kat luar." kata Ibu dari luar.
Dir senyap. Lamunannya terhenti.
"Dir.. Ibu suruh buang sampah." kata ibu. Ibu masuk bilik Dir.
"Jap lagi bu." kata Dir.
"Sekarang! Dah lah tak kerja. Asyik terperap dalam bilik main telefon. Cepat pergi buang sampah tu." kata ibu.
"Yelah." Dir bangun dan buang sampah. Dia tidak tahan apabila ibu mula membebel.
Dir sudah tiga bulan berhenti kerja. Jadi selama tiga bulan itu dia duduk dirumah sahaja. Keluar rumah pun jarang-jarang.
Sejak berhenti dari tempat kerja lama. Dir rasa tidak bersemangat hendak cari kerja. Disebabkan kerja dia telah ditikam belakang oleh rakan sendiri. Rakan baiknya itu adalah rakan kolejnya. Salah dia juga sebab pilih satu tempat kerja dengan rakan baik. Patutnya dia tahu tidak sesuai kalau rakan baik bekerja ditempat yang sama. Apa yang jadi pada Dir adalah buktinya.
Sekarang Dir hanya menganggur dan membantu Ibu dirumah sahaja. Kadang-kadang dia membantu kakak sepupunya menyiapkan bungkusan ole-ole untuk orang kahwin. Kakak sepupunya buat perniagaan berkaitan itu.
Dir tidak tahu untuk bekerja dimana. Dia ada juga e-mail kan resume dibeberapa tempat. Tetapi tiada sebarang respon yang diterima. Dia pun tengah runsing. Duit pinjaman ptptn pun tidak terbayar lagi.
"Kan best kalau kahwin tak payah kerja. Jadi suri rumah sepenuh masa. Duit hantaran aku buat bayar ptptn." Dir memasukkan sampah didalam tong sampah.
"Hah! Kahwin? Nak kahwin dengan siapa tu?" tegur Iffah secara tiba-tiba.
"Err.. Kahwin? Siapa nak kahwin? Kau ke?" soal Dir. Dia tidak menyangka Iffah boleh muncul secara tiba-tiba pula. Terpaksalah dia berpura-pura.
"Kaulah tadi sebut-sebut pasal kahwin." kata Iffah.
"Ada ke? Mana ada kau salah dengar tu." kata Dir.
"Tipulah aku dengar tadi." kata Iffah.
"Sebenarnya aku baca novel tadi. Tu ayat dalam novel tu. Tiba-tiba teringat. Tu yang tersebut tadi." tipu Dir.
"Oh novel.. Ingatkan kau ada crush. Boleh pinjam?" soal Iffah. Dia seperti berminat pula.
"Novel cinta. Tak best pun. Tebal gila. Not recomended." Dir tipu lagi.
"Ohh.." balas Iffah. Dia tidak sedar apabila ditipu Dir.
"Ni aku datang nak bagi ni, kek batik mak aku buat." Iffah menghulur bekas berjenama Tupperware kepada Dir.
"Kek batik? Mesti sedap. Terima kasih." kata Dir. Dia gembira.
"Sama-sama. Bye balik dulu." Iffah pun pulang ke rumahnya.
Share this novel