"Tunggu sini jap. Saya nak pergi sana." kata Megat. Megat pergi mendaftarkan nama dan mengambil nombor cabutan bertuah agaknya.
"Okay." balas Dir.
"Hi? You plus one Megat?" soal seorang wanita. Dia perasan Dir datang bersama Megat.
Dir mengangguk.
"By the way saya Turina. Rakan sekerja Megat. Dah lama korang couple?" soal Turina. Dia pelik setahu dia Megat dengan Raisya.
Dir terdiam.
"Belum couple lagi. Baru dalam proses mengenal hati budi." kata Megat.
Dir tersentak. "Kenapa dia cakap macam tu?" getus hati Dir. Megat ni suka mainkan perasaan Dir.
"Ohh.." balas Turina. Turina pun meninggalkan mereka berdua.
"Sorry terpaksa cakap macam tu." kata Megat.
"Okay.." balas Dir. Dia husnozon sahaja dengan kata-kata Megat.
"Makanlah dulu.. Makan je apa yang nak." pelawa Megat, dia menunjuk ke arah meja yang terdapat makanan jenis finger food. Dir mengangguk.
"Megat." panggil seorang lelaki.
"Isaac." kata Megat. Isaac adalah rakan tempat kerja Megat cumanya dia bekerja dibangunan sebelah. Mereka berbual.
Dir mengambil makanan dan pergi kepada Iffah.
"Nape tak duduk dekat Encik Megat?" soal Iffah.
"Ala.. Kekoklah, lagipun boleh je kan duduk kat mana pun. Kerusi pun takde." kata Dir. Dia tengok meja tiada nombor pun. Lepastu yang ada meja cocktail je. Makan pun kena berdiri.
Lagipun dia segan tiba-tiba hendak duduk dekat dengan Megat. Sudah lah baru jumpa.
"Betul jugak. Eih lupa ni makanan appetizer je. Nanti makan kat dalam. Kau nanti duduk sebelah Encik Megat tau." kata Iffah.
"Oh.. Ingatkan makan ni je." balas Dir.
"Gilalah company besar makanan sikit. Nanti kat dalam ada. Grand punya." kata Iffah. Dia tersenyum.
"Dir macam mana kau kenal Encik Megat?" soal Iffah.
"Oh.. dulu kami satu sekolah." jawab Dir.
"Rapat tak?" soal Iffah. Dia mengangkat kening.
"Biasa je." kata Dir.
"Kesian Encik Megat." kata Iffah.
"Nape kesian pulak?" soal Dir. Patutnya Dir yang lagi kesian.
"Yelah kena tinggal." kata Iffah.
"Hah? Macam mana kau tahu?" soal Dir.
"Eh? Kau tahu?" soal Iffah.
"Err.. Aku nampak dorang gaduh tadi." kata Dir. Dia lupa pada janji dia dengan Megat.
"So betullah Encik Megat dah putus dengan Cik Raisya. Patut aku nampak Cik Raisya datang dengan Encik Farid." kata Iffah.
"Kau kenal dorang?" soal Dir.
"Kenal.. Dulu Cik Raisya kerja company aku. Dia gf Encik Megat. Dorang memang selalu gaduh pun. Sekarang Cik Raisya dah berhenti dan jadi PA company Datuk Mohsin, bapa Encik Farid scandal Cik Raisya. Datuk Mohsin business partner company aku." kata Iffah.
"Ohh.." balas Dir.
"Tapi kau jangan bagitahu sesiapa pulak." kata Iffah.
"Okay." balas Dir.
Setelah puas berborak, mereka pun makan bersama.
"Tadi masa parking kereta aku nampak kau datang dengan perempuan free hair? Tapi tadi masuk dengan kau perempuan berhijab pulak?" soal Isaac.
"Tu grab driver aku." kata Megat. Dia geram pula bila teringat dengan perangai dan sikap Raisya.
"Grab driver pakai dress over? Biar betul? Specialnya kau siap dihantar sampai lobby." soal Isaac. Dia tergelak. Nampak sangat Megat menipu.
"Biarlah dia." kata Megat. Malas hendak bercakap tentang hal itu.
"Okay." balas Isaac.
Setelah itu mereka semua masuk ke dalam dewan. Majlis pun dimulakan.
Share this novel