"Dir.. Awak dah ready ke nak jumpa family saya?" soal Megat. Hari ni mereka keluar bertemu janji.
"Insha Allah." kata Dir. Dia mengangguk.
"Kita pergi minggu depan tau." kata Megat. Dir mengangguk.
"Megat, rumah family awak tu kat mana?" soal Dir. Selama ni Megat tak pernah cerita keluarganya tinggal dimana.
"Sarawak." kata Megat.
"Hah? Sarawak? Kenapa awak tak bagitahu saya?" soal Dir. Dir terkejut.
"Kenapa terkejut sangat?" soal Megat. Dia pelik.
"Err.. Pergi sana kena naik flight kan? Mesti kena beli tiket. Saya.." kata Dir. Duit dia belum tentu cukup nak beli tiket. Dia dahlah baru kerja. Nasib baik passport dia ada.
"Don't worry Dir. Tiket tu on me. Saya dah beli. Pergi dan balik." kata Megat.
"Ohh.. Terima kasih." dia lega. "Kita balik hari ke?" soal Dir.
"Sama-sama. Err.. Sebenarnya tiga hari." kata Megat. Dia dah lama tak balik. Jadi dia ingat nak stay beberapa hari.
"Tiga hari?" soal Dir.
"Ye.. Lagipun saya boleh bawa awak jalan-jalan sana." kata Megat.
"Oh.. Okay." kata Dir. Tulah takkan nak pergi sekejap je rugilah.
Balik sahaja dari dating. Dir bagitahu keluarganya. Awalnya ibu dan ayah berat hati sebab agak jauh dan Dir berdua sahaja. Tetapi Megat telah maklumkan pada keluarga Dir yang Megat akan bertanggungjawab sepenuhnya pada Dir dan mereka pun setuju.
"Awak pernah naik flight?" soal Megat. Mereka berada dilapangan terbang ketika ini.
"Pernah." Dir pernah naik kapal terbang tahun lepas. Dia ke Vietnam bersama Kak El. Kak El yang ajak teman.
"Oh.. So ada experience la ni?" kata Megat. Dir mengangguk. Mereka pun menaiki kapal terbang selepas itu.
Lebih kurang 2 jam penerbangan mereka pun tiba dilapangan terbang Kuching. Rumah keluarga Megat terletak berdekatan dengan bandar Kuching.
"Welcome Dir ke Kuching, Sarawak." kata Megat. Dir tersenyum dan mengangguk. Abang saudara Megat yang jemput mereka.
"Assalamulaikum mama.. papa.. nenek. Ni kawan Im Dir." kata Megat kepada keluarganya. Im nama timangan Megat dalam keluarganya.
"Waalaikumsalam. Oh.. Hai Dir." kata mama Megat. Dir tersenyum. Dia bersalaman dengan mama dan nenek Megat. Mama Megat tersenyum melihat Dir. Ayu sahaja Dir dimatanya. Ni barulah calon yang sesuai untuk anaknya.
"Jom kita makan dulu. Mesti korang dah lapar kan." kata mama.
Hari ni mama dan nenek Megat masak masakan Sarawak. Ada laksa sarawak. Kalau nasi pula ada lauk ayam pansuh, midin belacan dan umai udang. Semuanya sedap belaka.
"Nanti Im bawalah Dir jalan-jalan." kata mama.
"Ya Im bawa Dir jalan-jalan kat sini. Tengok tempat." kata nenek. Aku tersenyum.
"Yup." Megat mengangguk. Mereka makan sambil berbual. Banyak juga yang mereka bualkan.
"Lama kamu kenal Im?" soal papa Megat.
"Ye pak cik." kata Dir.
"Kami kenal masa sekolah pa." kata Megat.
"Oh.. Kamu memang suka sama suka?" soal papa.
"Ye.." Dir jadi malu. Megat mengangguk.
"Kalau macam tu bulan depan kami jumpa family kamu Dir." kata papa.
Dir mengangguk. Dia gembira. Selama tiga hari di Sarawak Megat bawa Dir jalan-jalan. Mereka pergi ke Sarawak Culture Village, Cat Museum, Pasar Satok, Kuching Waterfront dan naik penambang ke seberang untuk ke kedai kek lapis Dayang Salhah. Dir beli banyak kek lapis.
Sejujurnya Dir suka betul datang ke Sarawak. Keluarga Megat pun baik. Mereka sangat menerima kehadiran Dir disini. Dir bersyukur.
Setelah tiga hari berlalu, Dir dan Megat pun akan pulang ke Kuala Lumpur semula. Dir beli pelbagai jenis ole-ole. Mama dan nenek Megat pun ada memberi sedikit buah tangan.
"Nanti datanglah sini lagi." pesan mama.
"Ye.." balasku.
"Insha Allah ma. Nanti Im bawa Dir sebagai isteri." kata Megat.
"Amboi.." kata nenek. Mereka semua ketawa.
Share this novel