Selesai majlis para tetamu pun bersurai.
"Jom saya hantar awak balik." kata Megat.
"Takpe saya balik dengan Iffah." kata Dir. Dia tidak selesa berdua dengan Megat. Kalau Megat tu pemandu grab yang dia tempah dia okay je. Tetapi malangnya bukan.
"Saya dah bagitahu Iffah yang saya akan hantar awak balik." kata Megat.
"Apa?" balas Dir. Suka hati je Megat buat keputusan sendiri.
"Jom?" ajak Megat.
"Kenapalah dia ni macam ni?" bisik Dir. Dia rasa nak marah. Tetapi dia tahan sahaja.
Dir terpaksa juga ikut Megat. Namun bila sampai ditempat letak kenderaan Dir terasa hendak marah semula.
"Macam mana nak naik?" soal Dir. Dia melihat motorsikal berkuasa tinggi milik Megat. Sudahlah dia memakai gaun. Dir muslimah tau. Mana boleh naik motor pakai gaun. Terselak nanti naya.
"Alamak." Megat baru tersedar. Dia lupa hari ni dia bawa motor.
"Takpelah saya balik dengan Iffah je. Mesti dia tak balik lagi." kata Dir. Dia ingin meninggalkan Megat.
"Wait." kata Megat. Dia tahan Dir. Dir pandang Megat tak puas hati. Megat menelefon rakannya Isaac.
"Isaac kau dah balik?" soal Megat.
"Baru nak keluar hotel. Asal?" kata Isaac.
"Cantik. Kau datang sini jap boleh tak? Tempat parking motor. Urgent." kata Megat.
"Yelah kejap." kata Isaac. Dia pun pergi ke parking motor.
"Asal bro?" soal Isaac.
"Boleh pinjam kereta kau tak? Aku nak hantar Dir." rayu Megat.
"Aik tadi dia datang macam mana? Bukan tadi kau kata naik grab?" soal Isaac.
"Aku naik motor. Kita orang datang asing. Bolehlah aku pinjam kereta kau. Kau guna motor aku. Kita switch. Esok pulangkan balik." kata Megat.
"Hm.." fikir Isaac.
"Bolehlah eh?" kata Megat.
"Ha. Yelah." Isaac serahkan kunci kereta kepada Megat. Lagipun sudah lama dia teringin nak bawa motor Megat.
"Thank you." kata Megat. Dia serahkan kunci motornya.
Isaac membawa motor Megat dan pulang ke rumahnya.
"Jom?" Megat membuka pintu untuk Dir. Haih Megat ni kenapa sweet sangat pulak ni? Tak kesian kat Dir ke? Dir dah move on!
Dir masuk ke dalam kereta. Dia senyap sahaja.
"Awak marah saya ke?" soal Megat.
"Buat apa nak marah?" kata Dir. Dia keliru dengan apa yang jadi sekarang ni.
"Yelah seorang random guy paksa awak jadi plus one lepas tu suka hati nak hantarkan awak balik." kata Megat. Dia pun pelik dengan diri sendiri hari ini.
"Hmm.. Saya kenal awak. Awak Megat kan? Awak bukan orang jahat kan?" balas Dir. Tidak tahu nak respon apa.
Megat mengangguk.
"Dir.. Saya tak tahu alamat awak." kata Megat. Kereta dah jalan tapi alamat Dir tak tahu lagi. Tulah Megat sibuk sangat nak hantar Dir.
"Bagi telefon awak." kata Dir. Dia menghulurkan tangannya.
"Hah?" balas Megat. Dia pandang Dir.
"Bagi jelah." kata Dir. Jarinya digerak-gerak.
"Okay.." Megat memberi telefonnya kepada Dir.
Dir selamba sahaja buka telefon Megat. "Password?" soal Dir. Apabila telefon Megat dikunci dengan nombor.
"Err.. 9614." kata Megat.
Dir membuka aplikasi google map. Dia masukkan alamatnya. Aplikasi itu dihidupkan. Selamba sahaja Dir bagi alamat rumahnya kepada Megat.
"Nah." kata Dir.
Megat lihat telefonnya. "Okay." kata Megat.
Dir saja buat macam tu. Sebab dia tak pandai bab mengarah-arah orang ni.
Setelah itu, mereka pun tiba dihadapan rumah Dir.
"Dah sampai." kata Megat.
"Terima kasih." kata Dir. Dia cepat-cepat keluar dari kereta.
"Dir.." panggil Megat. Dir menoleh.
"Thank you. See you next time." kata Megat sambil melambai. Dir hanya tersenyum kelat.
Share this novel