Setelah tiga bulan bertunang. Megat dan Dir akhirnya akan berkahwin. Mereka selamat dijab qabulkan. Dengan sekali lafaz Dir menjadi isteri Megat. Ayah sendiri yang nikahkan Dir dan Megat.
Ahli keluarga kedua belah pihak gembira dengan perkahwinan Megat dan Dir. Mereka berdoa agar jodoh Dir dan Megat kekal hingga akhir hayat.
"Tahniah Dir. Aku tak sangka gila kau kahwin dengan Megat." kata Anne sambil tersenyum. Dia berpelukkan dengan Dir. Dia turut memberi sebuah hadiah untuk Dir.
"Dengan crush zaman sekolah kau pulak tu." bisik Anne.
Dir tersenyum. "Terima kasih Anne. Terima kasih sebab datang." kata Dir.
Anne mengangguk. "Sama-sama." kata Anne.
"Dia tahu tak dia tu crush kau?" soal Anne.
"Tahu.. Aku ada terlepas cakap hari tu." kata Dir.
"Ohh.. Dia kata apa?" soal Anne.
"Dia terkejut. Lepastu dia luahkan perasaan dia." kata Dir.
"Ohh.. Ya Allah. Untunglah kau." kata Anne. Dia tersenyum.
Anne datang ke kenduri kahwin Dir pada hari ini. Anne datang bersama tunangnya. Tunang Anne adalah crushnya dulu iaitu Azam. Anne sendiri yang luahkan perasaannya dan Azam ajak Anne bertunang.
Kenduri kahwin antara Dir dan Megat diserikan dengan ramai tetamu yang hadir. Mereka membuat kenduri disebuah dewan. Kak El memberi sponsor goodies kepada Dir. Dia bersyukur sangat. Segalanya berjalan dengan lancar.
Malam pertama..
"Dir.. Awak dah ready nak jalankan tanggungjawab sebagai isteri saya?" soal Megat. Dia pandang Dir.
"Err.." Dir menunduk. Dia malu bercampur takut.
"Kalau tak ready lagi saya boleh bagi masa." kata Megat.
"Sa.. Sa.. Saya.." Dir tergagap.
"Kenapa aku gagap pulak ni?" soal Dir didalam hati. Dia berdebar-debar.
"Saya faham.. Mesti awak nervous kan?" kata Megat. Dia tersenyum. Macamlah dia boleh setenang ni?
Megat tutup lampu dan terus baring dikatil.
"Ya Allah.." debar Dir bertambah. Tetapi Megat macam terus tidur je.
"Eh??" Dir kebingunggan.
"Tidurlah Dir." kata Megat.
"Err.." balas Dir.
"Kita tunggu awak ready okay?" kata Megat. Sebenarnya dia pun berdebar juga. Dia tak nak paksa Dir. Biar semuanya jadi secara semula jadi. Lagipun mereka baru sahaja berkahwin.
Dir mengangguk.
"Ha.." dia tarik nafas lega. Dia pun baring disebelah Megat. Bantal peluk diletakkan ditengah-tengah. Dia pun tidur.
Tetapi setelah Dir terasa pinggangnya yang dipeluk Megat. Dia tersenyum.
"Selamat malam dear.." bisik Megat.
Setelah beberapa bermalam dirumah ayah dan ibu, Dir dan Megat tinggal dirumah Megat. Sebelum ini Megat hanya bersendirian. Tetapi kali ni dia berdua dengan Dir. Mungkin lepas ni bertiga, berempat dan lima. Insha Allah.
Share this novel