Bab 17

Drama Completed 14233

"Bosankan?" kata Megat apabila dia selesai makan.

"Aduh.. Megat ni kalau bosan pergilah balik." fikir Dir. Dia mengangguk.

"Dir, saya ada satu soalan. Anggap macam saya sebagai kawan tanya soalan untuk awak." kata Megat.

"Okay. Soalan apa?" soal Dir. Dia tertanya-tanya.

"Apa pendapat Dir tentang kahwin muda?" soal Megat.

"Hah?" Dir tersentak dengan soalan Megat. Dir dan Megat saling berbalas pandangan. Cepat-cepat Dir alihkan pandangan.

"Entahlah. Saya mana kahwin lagi. Macam mana nak bagi pendapat." kata Dir. Dia rasa lemah betul bila Megat tanya pasal kahwin. Dah lah mereka dekat kenduri kahwin sekarang ni.

"Ala Dir, bagi pendapat peribadi je. Apa yang awak rasa." kata Megat.

"Oh personal review ke?" kata Dir.

Megat tergelak. "Personal view Dir." kata Megat.

"Err.." Dir termalu sendiri.

"Okay je kot." kata Dir bagi menutup malunya.

"Takkan tu je?" soal Megat.

"Hmm.. Bagi saya kahwin muda tu okey je kalau pasangan tu dah bersedia mental, fizikal and dorang mampu." kata Dir.

"Mampu dari segi?" soal Megat.

"Kewangan? Rumah, kereta and benda-benda basic macam kerja, agama dan tanggungjawab." kata Dir.

Megat mengangguk. "Ya. Betul tu." kata Megat.

"Kenapa tiba-tiba tanya?" soal Dir.

"Saje." kata Megat. Dia menunjukkan giginya.

"Okay." balas Dir.

"Dir, awak prefer bercinta sebelum kahwin atau bercinta selepas kahwin?" soal Megat.

"Megat, awak nak kahwin ke?" soal Dir. Dia pelik dengan Megat dari tadi tanya soalan pasal kahwin.

"Taklah saya tanya je. Takde niat lain." kata Megat. Megat mengangkat kedua tapak tanganya.

"Hmm.. bercinta sebelum kahwin atau bercinta selepas kahwin sama je. Melainkan kalau lepas kahwin awak tak cintakan isteri awak. Lagipun lepas kahwin mesti lagi cinta kan. So no issue about that." kata Dir.

"It is true. Tapi bercinta dan cinta tak sama Dir and awak pilih yang mana?" soal Megat.

"Saya tak kisah. Cuma kalau bercinta sebelum kahwin mungkin akan buat perkahwinan itu sedikit hambar. Mungkin? Yelah, dah tahu semua pasal pasangan sebelum kahwin. So benda tu a little bit boring. Tapi kalau bercinta lepas kahwin hubungan tu lebih excited. Sebab everything pasal pasangan kita dapat tahu masa dah halal. So takde batas boleh buat semua benda sama-sama. Hari-hari pun rasa teruja je. Tapi tak boleh jadikan tu alasan sebab bila dah kahwin kita kena setialah pada pasangan kita tak kisahlah kita dah kenal dan bercinta sebelum kahwin atau tak. Kata pun sayang kan?" terang Dir.

"Ohh.. Sayang-sayang." balas Megat.

"Haish Megat ni." bisik hati Dir.

"Dir apa ciri-ciri lelaki idaman awak?" soal Megat.

"Hah?" respon Dir.

"Asal nak tahu?" soal Dir. Dia rasa berdebar.

"Saje je. Tak boleh ke? Saya nak juga dengar dari mulut seorang perempuan pasal lelaki. Kot nanti boleh buat rujukan." kata Megat.

"Tanyalah gf awak." kata Dir.

"Saya single. Dah lupa ke?" kata Megat.

"Setiap orang berbeza lah. Tak sama." kata Dir.

"Kedekut. Tanya pun tak boleh." Megat menjeling.

"Alah mamat ni jeling aku pulak. Cungkil mata tu baru tau." bisik Dir.

"Awak cuba bagi tahu ciri-ciri perempuan yang awak suka." kata Dir. Dia pun tahu jugak ciri-ciri perempuan yang Megat suka. Mana tahu boleh buat penilaian pada diri sendiri.

"Orang tanya dia, dia tanya kita pulak." kata Megat.

"Ish, jawab jelah." kata Dir.

"Okay, first dia mestilah ala-ala perempuan Melayu terakhir. Kedua sopan, ketiga lemah lembut. Keempat rupa, tapi saya tak kisah sangat. Janji sedap mata memandang. Kelima yang paling penting menghormati saya dan parent saya. Tu paling penting." kata Megat.

"Nombor 1 fail, nombor 2 fail, nombor 3 fail, nombor 4 bolehlah, nombor 5 Insha Allah boleh. Two out of five. Sah-sahlah aku bukan jodoh dia. Ciri-ciri pun dah kelaut. Memang patut pun aku move on." bisik hati Dir.

"Oi berangan." panggil Megat.

"Mana ada berangan." kata Dir.

"Habistu?" kata Megat.

"Dahaga. Nak minum air." Dir berlalu untuk mengambil air.

"Jom Dir. Ambik gambar." ajak Iffah. Dia pun ajak Megat juga. Mereka mengambil gambar bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience