Bab 62

Drama Completed 14233

"Kau sure ke mamat tu lalu sini?" soal Uno. Dia pandang muka Haze. Sudah beberapa minit mereka tersadai ditepi jalan bersama kereta mereka.

"Yes. Memang dia lalu sini." jawab Haze dengan yakin. Memang dia sudah selidik sebelum ini. Memang mamat itu akan guna jalan ini. Hal ini kerana jalan ini jalan utama kampung ini.

"Okay." kata Uno.

Setelah beberapa minit berlalu..

"Tu kereta dia. Tahan cepat." kata Haze. Uno pun segera menahan kereta Megat.

Megat berhenti ditepi dan terus keluar dari kereta. Dia tidak mengesyaki apa-apa.

"Kereta rosak ke bang?" soal Megat.

"Ha'ah rosak. Tak boleh hidup." kata Haze.

"Boleh tolong tengok kan?" soal Uno. Dia buat muka kesian.

"Err.. Saya sebenarnya tak berapa pandai. Tapi.." kata Megat. Megat pun lihat enjin kereta Haze.

Secara iba-tiba kepala Megat dipukul dari belakang. Megat pengsan dan terus dibawa ke tempat yang sama Dir diculik. Dia diikat.

"One's down and one more coming up." kata Uno sambil tersenyum.

"Jom." kata Haze.

"Sorang lagi tu kita nak cari kat mana?" soal Uno.

"Masjid." kata Haze.

"Kau gila nak culik orang kat masjid?" soal Uno. Dia terkejut.

"Kau gila ke nak culik orang kat masjid? Kita tunggu kat luar masjid lah. Bila dia dah jauh dari masjid dan orang ramai baru kita culik." kata Haze. Dia menggeleng.

"Oh. Okay." Mereka pun bertolak ke tempat yang dikatakan.

"Betul ke dia datang sini?" soal Uno. Mereka tunggu didalam kereta. Dah dekat tiga puluh minit mereka tunggu. Azan zohor pun berkumandang.

"Tunggu jelah." kata Haze. Mata Haze melilau mencari.

"Tu dia." kata Haze. Dia tunjuk ke arah seseorang.

"Jom ah apa lagi." kata Uno. Dia tidak sabar.

"Tunggu dulu. Orang ramai kot. Nanti dia habis solat baru kita culik." kata Haze.

"Tunggu lagi?" soal Uno. Dia kebosanan.

"Yup." kata Haze.

"Lamanya?" soal Uno.

"Sabarlah orang tua memang wirid lama sikit." kata Haze.

"Mana kau tahu?" soal Uno. Haze senyap.

"Kau pernah solat ke?" soal Uno.

"Shuh. Diam." kata Haze. Mereka memerhatikan gerak geri orang dimasjid.

Setelah usai solat, lelaki itu pun keluar dari masjid dengan menunggang motorsikal. Mereka pun ikut dari belakang. Apabila sudah jauh dari masjid, kereta mereka pun menghampiri lelaki itu.

"Assalamulaikum pak cik. Boleh tumpang tanya?" tegur Haze dengan sopan.

"Waalaikumsalam. Nak tanya apa nak?" soal pak cik itu. Mereka pun berhenti ditepi.

"Ni pak cik, saya nak cari rumah sedara. Dah puas kami pusing-pusing tak jumpa." kata Haze. Dia tunjukkan sebuah alamat ditelefon bimbitnya.

"Oh.." pak cik tersebut lihat telefon Haze dan tiba-tiba mulut pak cik itu ditutup dengan kain dari belakang. Pak cik tersebut meronta-ronta dan pengsan selepas itu.

"Settle!" kata Uno. Pak cik tersebut dibawa masuk ke dalam kereta. Manakala motorsikalnya dibawa Haze ke lokasi tempat penculikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience