Bab 6

Drama Completed 14233

Keesokan harinya..

"Hello Dir, aku ni Iffah. Esok kau free tak?" soal Nor Iffah Fatini, jiran Dir merangkap bff nya. Dia sedang menelefon Dir ketika ini.

"Esok ahad kan? Free je. Nape?" soal Dir. Dia melihat kalender dimeja belajar. Sememangnya tiada apa-apa perancangan pada hari esok.

"Great. Aku nak ajak kau pergi dinner. Company punya, boleh bawa plus one. Aku takde partner. So aku bawa kau boleh?" kata Iffah.

Iffah dan Dir sudah lama berkawan sejak Dir pindah disini lagi. Mereka sudah berjiran hampir 5 tahun. Susah senang mereka kongsi bersama.

"Err.. Dinner company?" Dir rasa berat hati hendak pergi. Mesti nanti ramai orang korporat. Iffah pernah kata bos dan juga klien syarikat dia ramai yang datuk, datin. Dir sudahlah orang biasa-biasa sahaja.

"Nape?" soal Iffah. Dia sedikit hampa.

"Segan. Lagipun dinner mesti ada tema kan? Aku mana ada baju cantik." kata Dir.

"Alah Dir. Kau pakai je baju aku." kata Iffah.

"Hmm.." balas Dir.

"Dir datang rumah aku sekarang." kata Iffah.

"Sekarang?" soal Dir.

"Yup. Cepat." balas Iffah.

"Okay." panggilan dimatikan. Dir bersiap.

"Ibu nak pergi rumah sebelah sekejap boleh?" Dir meminta izin kepada ibunya.

"Yelah." balas ibu. Ibu tahu tentu Dir nak jumpa Iffah.

"Kejap Dir, ni bagi Iffah. Pulangkan bekas mak dia." Ibu memberi kuih karipap kepada Dir.

"Okay ibu. Pergi dulu." kata Dir. Dia pun keluar dari rumah.

"Assalamulaikum. Iffah.." Dir berdiri didepan rumah Iffah.

"Waalaikumsalam. Masuklah." ajak Iffah.

Dir pun masuk ke dalam setelah membuka kasut.

"Mak aku bagi." Dir memulangkan semula bekas mak Iffah.

"Oh. Thank you." kata Iffah.

Dir mengangguk.

"Assalamulaikum mak cik." ucap Dir kepada mak Iffah. Dia bersalaman dengan mak Iffah.

"Waalaikumsalam." mak Iffah tersenyum.

"Jom." Iffah tarik tangan Dir masuk ke dalam biliknya.

"Kau betul ke nak aku join dinner esok? Aku takde baju ni?" soal Dir. Dir buat muka kesian. Iffah mendorong Dir duduk dikatilnya.

"Betullah. Lagipun aku ada dress yang sesuai untuk kau. Memang ikut tema." kata Iffah.

"Tada!" Iffah berikan sehelai gaun glamour berwarna ungu gelap kepada Dir.

"Dress kau ke ni?" soal Dir. Cantik juga gaun itu.

"Dress sepupu aku, dia beli online tapi dia tak muat then dia bagi aku tapi singkat pulak bila aku pakai. So aku bagi kau. Mesti sesuai dengan kau. Cubalah." kata Iffah.

"Err.." Dir rasa rendah diri. Gaun itu terlalu cantik untuk Dir.

"Kau cuba dulu. Cepat." kata Iffah. Dir pun cuba pakai gaun itu.

"Cantik. Ngam-ngam. So bolehlah pakai esok. Aku bagi kau." puji Iffah.

"Eh? Takpe ke? Ni kan dress sepupu kau." Dir terkejut.

"Takpe lagi pun dia bagi aku. So ni dress aku." kata Iffah. Dia pegang bahu Dir.

"Okay.. Tapi kau?" balas Dir.

"Aku dah beli dah yang baru." kata Iffah. Dir mengangguk.

"Teman aku tau esok? Aku seganlah sorang-sorang. Kalau ada kawan okay sikit." kata Iffah. Dia buat muka comel.

"Okaylah. Tapi aku kena tumpang kaulah sebab macam mana nak naik motor kalau pakai dress." kata Dir. Dir hanya ada lesen motor sahaja.

"Oh.. Tu mesti! Kita pergi dan balik sama-sama." kata Iffah. Dia tersenyum.

"Alright. Kalau macam tu aku balik dulu. Dah nak maghrib ni." Dir bangun.

"Terima kasih bagi baju." Dir ambil gaun tersebut.

"Sama-sama. Jumpa esok. Esok kau tunggu kat rumah kau pukul 8 malam tau." kata Iffah.

"Okay cik pah." Dir ketawa dan pulang ke rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience